Part 17

8 1 0
                                    

Beberapa minggu berlalu.. Hari - hari berlangsung seperti biasa. Adrien pergi kerja, Alisa duduk rumah. Bukannya Alisa tidak bekerja, tetapi cuma seminggu sekali. Iaitu pada hari sabtu, hari hari lain dihabiskan waktu dengan pelbagai perkara.

Cuma dulu, dia akan habiskan masa di club. Lepak, wayang.. Tapi sekarang, macam malas nak keluar rumah.

Alisa makan tengah hari seorang diri hari ini, katanya Adrien pulang awal. Puan sharma sudah makan tadi dan terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan fardu zohor.

Klak!
Pintu utama dibuka, Alisa memalingkan mukanya.

"Assalamualaikum"

Dengan rasa berdebar Alisa terus lari ke tingkat atas tanpa membasuh tangannya terlebih dahulu.
Adrien yang melihat juga terkejut, terpaku, tergamam. "Apekah..?"

***

Alisa kembali semula ke meja makan. Tanpa sebarang kata dia terus menyuapkan nasi kedalam mulutnya yang ditinggalkan tadi. Adrien yang berada di depannya tak diendahkan.

"Ehem.." Adrien buat bunyi, sengaja ingin menarik perhatian Alisa. Namun mata Alisa masih melekat di pinggan.

"Lisa, aku nak makan ni.. taknak layan aku ke?" Kata adrien

"Ada kaki ada tangan, buat sendiri" balas Alisa. Adrien senyum kecil. Eh eh, tiba tiba nak emo.. Asal?

"Aku penat tau baru Habis kerja, kau tak kesian ke??" Alisa terus bangun, mengambil pinggan, mencedok nasi, dan meletakkannya di hadapan Adrien.

"Nak lauk apa?" Tanya Alisa tanpa memandang Adrien lagi.. dari tadi menunduk macam padi.

"Nak sotong tu, telur tu, dengan ayam tu.. Haa, sup sekali" Alisa menurut. Dan kembali ke tempat duduknya.

"Sampai bila taknak tengok muka aku ni?" Adrien mencerlung memandang isterinya.

"Kharlish Alisa binti Malik!!" Kata Adrien sambil menepuk meja. Alisa tersentak. "Apa??"
"Kau la kenapa? Dari tadi senyap. Panggil tak menyahut, kau kenapa?"

"Ish, kau jangan buat buat tak Nampak eh" jawab Alisa. Nampak? Nampak apa??

"Nampak apa? Baju seksi kau tadi?" Alisa tersentak. Mukanya merah padam. Adrien terus ketawa.

"Laa.. malu ke apa? Hahaha.. sebelum ni aku tak pernah nampak kau pakai macam tu dalam bilik. Yang hari ni tiba tiba nak pakai kenapa?" Itulah yang berlaku sebentar tadi. Apabila Alisa nampak kelibat Adrien yang baru pulang, terus dia naik tingkat atas untuk menukar baju.

Adrien masih terkekeh ketawa. "Ish, tak payah gelak. Tak kelakar, makan nasi tu" kata Alisa.

"Jawab dulu, kenapa kau pakai macam tu tadi? Pastu aku balik kau tukar.. baik tak payah pakai baju tu kalau kau nak tukar"

"Eh, aku memang selalu aje pakai baju macam tu bila kat rumah. Bukan ada sesiapa.. Ada mama je, tapi sejak berkahwin dengan kau aku dah tak pakai la.. jarang sekali. Tapi kadang kadang aku pakai, bila kau nak balik aku akan tukar. Tapi awal pulak kau balik hari ni"

"Oh, dengan aku kau malu? Kenapa? Aku ni suami kau, kesah apa aku kau nak pakai macam tu"

Hesh.. ini yang segan. Bukannya Alisa malu, tapi segan. Karang tak pasal macam macam jadi.. kita kena la sediakan perisai sebelum terlambat.

"Itulah, aku dah kata.. ikut aku duduk dekat rumah appartment aku, kau tak nak.. kalau duduk situ, kau tak pakai baju pun Takpe, mama pun tak ada kan?" Sambung Adrien.

Alisa dah terbatuk. Terus dia angkat pinggan dan berlalu ke sinki. Malas nak layan. Adrien terkekeh ketawa dan mula membaca doa makan.
Makin menjadi pulak Adrien ni..

Not TrustedWhere stories live. Discover now