Part 3

9 2 0
                                    

*

Adrien masih berada di dalam keretanya. Berfikir. 'mungkinkah? takkan dia kut? pelanduk dua serupa agaknya..' Adrien mula teringat akan gadis yang ditemuinya semalam di stesen keretapi bawah tanah. Gadis itu memakai tudung dan berbaju kurung. Gayanya juga sopan santun. Berbeza dengan gadis yang ditemuinya tadi. Dahla lepak club.. memang tak cukup kain la. Dahtu sesuka mulut aje nak cakap aku gila. haih.. entah kenapa takdir temukan dia dengan insan yang berbeza sifat tetapi iras rupanya? 

Tiba-tiba panggilan telefon dari seseorang mematikan lamunannya. Wajah screen handphone ditatapnya. Raziq.

"pehal bro?"sapa adrien tanpa salam

"kau dapat orang yang betul. Kitorang dah dapat dia. Intel tu ada dengan aku sekarang" jawab raziq dihujung talian.

"okey nanti aku sampai" adrien mematikan talian dan memandang ke arah pintu club sebelum meninggalkan kawasan yang penuh dengan syaitan laknatullah itu.

***

Adrien memasuki rumah sewa itu perlahan-lahan. Tidak menghasilkan sebarang bunyi, bimbang mengangu kejiranan. Rumah sewa itu sebenarnya dijadikan tempat perjumpaan dia dan Raziq jika ada hal penting yang peru diselesaikan. Raziq nampaknya sudah berada di atas sofa menunggu kehadirannya.

"macam mana?" soal adrien.

Raziq mencampakkan sebuah pendrive kecil kearah adrien. Pendrive kecil berwarna biru gelap itu mendarat di telapak tangannya.

"thanks" ucap adrien berserta senyuman ikhlas. Alhamdulillah... syukur.. tidak tahu apa yang akan jadi sekiranya pendrive itu tidak dijumpai semula. Kemungkinan besar, adrien boleh gila!

"you're welcome" balas Raziq.

Beberapa hari lalu, pendrive tersebut hilang dari beg galasnya kerana dicuri luke. Terus dia mengejar lelaki tersebut sehingga ke stesen keretapi bawah tanah. Dan ketika itulah dia berjumpa dengan... Ermm.. adrien tidak berputus asa mengejar luke sehinggalah pendrive itu berada di tangannya kini.

"adrien.. kenapa kau nak sangat pendrive tu? Macam terlalu berharga, plus penting gila cara kau gelabah time bnda tu hilang" Tanya Raziq memandang sahabat karibnya.

Adrien tersenyum kemudian duduk disebelah raziq. "memang benda ni terlalu berharga bagi aku ziq.. benda ni aje harta yang arwah tinggalkan untuk aku jaga.. Benda ni hilang time aku nak pergi jumpa kau.. Thanks sangat-sangat." Dia tahu dia boleh harapkan raziq. Penyiasat persendirian itu memang mahir melakukan tugas-tugas sebegini. Raziq tersenyum lagi. Dia tahu adrien dan arwah memang rapat.

"then, apa kita nak buat dengan dia?" Raziq merujuk luke yangsedang berada di dalam salah sebuah bilik dalam rumah sewa itu. "kita takboleh tinggalkan aje dia kat sini"

"erm.. apa dia cakap tdi?"

"dia kata.. ada orang upah dia untuk curi pendrive kau. Aku risau kalau kita lepaskan dia.. Pendrive kau tu boleh hilang lagi" jawab raziq.

**

"Erna??" Tanya adrien sekali lagi. Luke hanya mengangguk. Benar. "macam mana dia tahu aku ada pendrive tu dan alasan apa yang ada untuk dia curi pendrive tu? Pendrive je weh.."

"Aa... Aku tak tahu.. dia Cuma arahkan aku untuk dapatkan pendrive tu.. Selebihnya aku tak tahu.. sumpah!" balas luke perlahan.

"takkan kau tak tahu langsung?" raziq pula mencelah.

"aku tak tahu.. Erna memang macam ni. Dia tak pernah bongkarkan identity dia. Aku pun tak pernah jumpa dia. Yang aku tahu, dia memang dah lama cari intel dalam pendrive tu" terang luke.

"dah lama cari? Siapa erna ni sebenarnya??" soal adrien. Luke menggeleng tanda tidak tahu. "lepaskan jelah aku.. aku nak keluar dari negara ni.. dengan apa yang berlaku sekarang, aku tak rasa erna akan lepaskan aku.. dia mesti akan cari jugak pendrive tu nanti" pohon luka.

Raziq mengisyaratkan agar mereka keluar dari bilik itu sebentar.

"kau nak aku siasat tak? Berkemungkinan erna ni antara salah satu penjenayah bersiri. Mungkin yang berdendam dengan kau jugak" Raziq mengemukakan pendapatnya.

"Maksud kau..macam.. Mikhail?" Mikhail adalah musuh adrien yang paling lama sejak adrien bergelar seorang polis. Mikhail berdendam kerana Adrien berjaya menangkapnya ketika dia sedang melakukan rompakan berjuta billion secara senyap. Penjenayah bersiri itu tidak dapat merompak tetapi berjaya melarikan diri. Sejak itulah, kali terakhir penemuannya dengan Mikhail.

"yep.. tapi kali ni bukan macam Mikhail. Dia perempuan. Dan aku tak rasa dia berdendam dengan kau" ujar raziq.

"Hah? Maksudnya.. dia berdendam dengan Ellya?"

"Mungkin. Sebab pendrive tu arwah ellya yang punya kan. Tapi kita masih tak tahu tujuan dia nak dapatkan pendrive ellya."

"Wait.. semudah tu je kau buat andaian? Hebat.." adrien sebenarnya tidak berapa pasti dengan andaian yang dibuat raziq.

"Aku agak jelah.. Tapi, apa isi dalam pendrive tu bro? luke pun cakap yang erna cuma nak isi yang ada dalam pendrive tu sebenarnya." Raziq masih meneruskan andaian yang dirasaknnya tepat.

"entahlah.. aku pun tak tahu.. aku cuba buka pendrive ni kat laptop tapi tak boleh.. ada password.." jawab adrien.

"hmm.. ada password? Macam penting kan? Aku dah agak erna Cuma nak maklumat dari pendrive ni!"

"Mungkin. Dahla.. yang penting pendrive ni selamat. Lepaskan je budak tak guna tu" adrien merujuk kepada luke.

" ish.. kau ni.. biar aku cuba hack pendrive tu" ujar Raziq

"takpelah.. tak payah.. buat luke janji yang dia akan simpan pasai benda ni"Bila adrien sudah membuat kata putus, maka tiada siapa dapat menghalang.

Not TrustedWhere stories live. Discover now