Part 20

7 1 0
                                    

Alisa bangun pagi dan terus keluar dari rumah jam 6 pagi. Ya, tak solat subuh. Emm.. tak tahu..

Adrien turun ke tingkat bawah ke ruang tamu. Selalunya, hari sabtu ini Adrien juga kerja. Tapi hari ni cuti.

Dilihatnya En Malik duduk di sofa sambil menonton televisyen.
" papa, lis dah keluar ke? Tak sarapan dulu?" Adrien bertanya. Yelah, sebelum ni dia kan kerja jugak. Manalah dia tahu hari kerja Alisa. Adrien pun keluar rumah lepas subuh. Laju aje tinggalkan Alisa.

"Iye, dah pergi tadi. Tak bagi tahu Ad ke? Katanya nak sarapan kat tempat kerja" jawab papa.

"Ouh, Ad mandi tadi. Tu yang keluar aje Alisa dah tak ada"
"Haih, gelisah ke kamu ni? Biasalah Alisa tu.. jangan peduli sangat. Ke kamu dah rindu??" Papa menjongketkan kening. Adrien tersengih malu. Belakang tengkuknya diurut. " Takdelah papa.."

"Abang, Adrien! Makan!"
"Haa, dah bising mama kamu tu.. cepat! Nanti dia membebel pulak" tv ditutup. Adrien mengikut langkah En Malik sambil ketawa.

***

"Ad, terima kasih sebab ajar Alisa semalam" kata Pn Sharma.

Adrien angkat muka. Nasi ditelan. Senyuman diberikan. "Tak apa mama, memang tugas Ad. Lagipun, Alisa sendiri buat pilihan untuk berubah semula. Adrien suruh dia buat semua tu pun tak bantah"

"Ye??" Tanya papa. Adrien angguk.
"Sebelum ni kalau di suruh dia buat tak tahu, dengan kamu mudah aje bukak hati"
"Erm.. entah la pa, hehe.. hidayah kot" Adrien tersengih malu.
"Tak apa, baguslah dia bukak hati untuk terima teguran kamu" kata mama pula. Adrien cuma senyum. Sebenarnya tak semua pun dia ikut cakap. Alisa tu keras kepala sikit. Boleh ke dia nak solat tanpa ambil wuduk semalam? Haih..

***
Di tempat kerja,
Alisa termenung sendiri sehinggalah rakan sekerja dan juga merupakan teman rapatnya menegur.

"Hei, kau dah kenapa lis? Jauh kau menung eh?"

"Hmm? Aaa... x de lah"

"Ye la tu, kau macam mana dengan Adrien?"

"Mcm mana apa? Macam tu la"

"Kau dah cintakan dia?"

"Rin, tak mungkin aku cintakan dia. Aku dah bagi tahu kau sebab aku kahwin dengan dia. Lagipun, aku memang tak layak untuk jatuh cinta dengan orang mcm dia"

"Iye, aku tahu.. Tapi sampai bila kau tak nak cintakan dia? Sampai mati? Mana nak bahagia macam tu"

"Entah la, mungkin aku dah bunuh dia sebelum sempat aku jatuh cinta dengan dia"

Airin menggeleng. Bukannya dia tak tahu sifat temannya itu. Luar dalam Alisa dan Erna, dia tahu.

"Jangan sampai kau sakitkan diri sendiri" kata Airin lagi sinis.

"Hmm.." "how about him? Adrien cintakan kau?"

Alisa tersentak. "Entah.. nak ke dia jatuh cinta dengan perempuan macam aku?"

"Cinta lis, cinta ni ada kuasa. Kau dah satu bulan tidur sekatil dengan dia, hidup serumah dengan dia, takkan korang x ada apa apa?" Airin cuba menebak.

"Kadang kadang dia tak tidur pun sebelah aku, aku selalu aje suruh dia tidur kat bawah. Tak bantah pun. And dia tak pernah lagi sentuh aku rin"

"Takpelah.. hal rumah tangga kau, settle sendiri. Esok lepak jom? Lama kau tak keluar"

"Dengan siapa?"

"Geng Miya. Jom la, rindu aku nak lepak dengan kau"

Bukannya tak mahu, lagipun memang dah lama dia tak lepak bersama temannya. Sebulan dia berkurung saja dalam rumah.

"Hmm.. okeylah. Tapi nak pergi mana? Aku dah tak boleh nak clubbing"

"Haishh susah la kau. Karaoke la. Boleh?"

Alisa berfikir sejenak. Boleh la kut. "Haa okey, bagi tahu Miya" pesan Alisa.

"Alright. Malam esok kau ambik aku eh? Malas nak drive" Airin mengenyitkan matanya.
"Hmm yelah.." Airin meninggalkan Alisa di kaunter. Jauh di sudut hati, Alisa berasa teruja. Yes! Lepakkkk!!

Vote if you like!❤ thankss

Not TrustedWhere stories live. Discover now