Part 12

6 1 0
                                    

Adrien mengintai pintu bilik. Sejak kejadian pagi tadi, Alisa langsung tidak bercakap dengannya. Asyik menjauhkan diri. Jika Adrien ke dapur, Alisa ke ruang tamu. Adrien ke ruang tamu, Alisa ke luar rumah. Jika Adrien ke sana juga, Alisa masuk bilik. Hailah... merajuk ke? Siapa yang salah ni?

Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk. Alisa tidak pedulikan ketukan itu. Sibuk melayan diri membaca buku di atas katil.

"Kau baca apa tu?" Tnya Adrien selepas duduk di sebelah Alisa.
"Baca buku" cuma itu jawapan yang keluar.
"Buku apa?"
"Buku cerita"
Mata Alisa masa tertumpu pada bukunya walaupun telinganya masih mendengar.
"Cerita apa?"
"Si Mati"
"Sejak bila kau membaca?"
"Hobi"
"Kau merajuk ke?"
"Tak"
"Marah aku ke?"
"Tak"
"Kau sayang aku tak?"
"Tak"
.... huh? Sampai hati dia cakap macam tu~
Adrien pandang Alisa yang masih dgn bukunya. Tak boleh jadi ni!

"Hei!" Marah Alisa apabila Adrien merampas buku di tangannya.
"Aku cakap ni.. kau ni kenapa? Tiba-tiba nak moody... Aku ada buat salah ke?" Sungguh Adrien tak tahu pun apa salahnya. Apa yang dia cakap pagi tadi sampai buat Alisa macam ni?

"Ish.. Aku sorry la... paha kau okey tak? Meh sini aku tengok" pinta Alisa
"Paha aku? Dah tak sakit pun.. sikit je ni.. Kau ni okey tak? Dari tadi lagi larikan diri dari aku... Aku tanya pun sepatah je jawab" ye, kakinya tak penting. Yang penting sekarang isterinya!

"Aku rasa bersalah ni... kesian kau.. sampai lebam...."
"La.. Tak payah rasa bersalah la.. Aku okey"
"Tapi tadi kau marah aku" Alisa melarikan pandangannya ke tingkap.
"Mana ada aku marah... Aku tegur... lain kali jangan buat dah.. faham?"
Alisa angguk.
"Come on, janganlah sedih" Adrien meletakkan kembali buku di atas riba Alisa. Alisa berpaling. Terbit senyuman dari bibirnya.
Yeay! Alisa come back!
Senyumannya persis Safiya. Lantas membuatkan Adrien teringat sesuatu.

"Jom balik JB, rumah mummy"
"Bila? Sekarang?"
"Lepas asar la.. Kau bagitahu mama dulu.. Aku nak balik kejap je, ambil barang. Esok pagi baru kita balik sini.."
"Oh, okay. Kau start kerja bila?"
"Tengah hari esok.. Kau duduk rumah aje. Jangan pergi mana-mana" arahan telah  dikeluarkan oleh pegawai Adrien Rizwan.

"Eh, tak boleh! Esok aku dah janji nak keluar.. nak lepak dekat..." eh, takkan nak cakap aku nak pergi club?
" Haa nak pergi mana? Kau nak pergi mana pun aku tak kesah.. Aku izinkan.. Tapi jangan pergi tempat-tempat terlarang. Faham tak?" Sirius aje suara dia.
" Ye.. okey.." nampaknya Alisa kena tukar tempat perjumpaan mereka! ..hmm..

Not TrustedDonde viven las historias. Descúbrelo ahora