Part 15

6 1 0
                                    

"Adrien anggap, dia adalah punca kematian adiknya.. kerana dalam kemalangan tu, Adrien yang cuai.
Adrien memandu dengan kelajuan 110 km/j"

"Uish... lajunya!"

"Ye, tak sempat brake pun, hampir terlanggar kereta dihadapan mereka..
Adrien belok kereta dan kemudian menuju ke gaung"

"Oh.." Alisa sudah boleh agak apa yang tahu selanjutnya.

"Maaflah kami tak pernah cakap tentang ni.. mommy memang nak bagitahu kamu.. Tapi kamu yang tahu dulu" kata pn mariam.

"Tak ape lah mommy, Alisa tak ambil hati pun.. lis naik dulu ye, nak pujuk ad" katanya lagi sambil mengenyitkan matanya.

***

"Adrien" panggil Alisa menjenguk dri pintu.

Adrien menoleh. "Aku minta maaf" ucapnya tatkala Alisa di sisi.

"Hurm.. kenapa?"
"Sebab aku kasar sikit tadi. Aku cuma... sensitif sikit.."
"Tak Pe, aku okey.. mommy dgn daddy dah cerita pun.."
" Oh, okey.. Jom la tidur.. Esok aku kerja"
" Kau tidurlah dulu.. Aku nak tengok gambar-gambar ellya dulu  boleh?" Pintanya.
"Ye, boleh.. Nanti letak balik" kata Adrien.

Kemudian Alisa turun dari katil. Menuju ke meja kerja Adrien. Album milik 'ellya' dicapai.

Satu persatu helaian diselak.
'Rindu pulak aku dekat kau el, aku minta maaf.. Aku cuma nak bunuh abang kau je.. Sebab abang kau dah bunuh kau, el..' katanya dalam hati

'Dah lama kita kawan baik, aku tak pernah sangka yang kau akan pergi dulu.. maaf sebab abg kau tak tahu hal ni.. Aku janji aku akan balas dendam'

Kemudian, helaian itu telah sampai ke muka surat terakhir. Seorang wanita berwajah kacukan berada di atas gambar itu. Cuma satu perkataan yang tertulis. 'Mom'

Alisa merenung Adrien pula.

Not TrustedWhere stories live. Discover now