Part 5

7 2 0
                                    

Alisa termenung sendiri di dalam biliknya. Memikirkan tentang keputusan yang dibuatnya. Yaa!! dia sudah buat kata putus. dia bingkas menuju ke ruang tamu rumahnya. sudah tahu, disitulah mama dan papannya berada.

ternyata sangkaannya meleset. "safi.. mana mama?" tanya alisa apabila hanya kakak kembarnya yang ada di ruang tamu.

"keluar dengan abg khai" jawab safiya. Khai, suami tercinta safiya. En. Malik dan Pn. Sharma hanya dianugerah sepasang kembar cahaya mata. yang kini, sudah berumur 24 tahun

"kenapa kau cari mama dengan papa?" Tanya safiya.

"aku.... Erm... aku.. xpelah"

"eh, kau kenapa? Ada masalah ke? Bagitahu lah aku... aku boleh rasa apa kau rasa.. tau tak?"

"erm.. weh, best ke kahwin?" alisa memandang safiya jujur dari bebola matanya.

"best.. knp?" soalan safiya tidak sempat dijawab alisa kerana safiya sudah menyambungnya. " oh... aku tahu.. kau dah terima adrien kan?" mata safiya seolah-olah bercaya penuh harapan. Hatinya berbunga-bunga. Akhirnya alisa mengangguk. "seriously??" . Angguk.

Safiya menggenggam jemari adiknya. "what?! Aku tak sangka sebenarnya.. tapi.. aku memang dah gembira sekarang!! okey.. jap" safiya mengeluarkan telefonnya dan mula mendail.

"Assalamualikum, mama! Mama dah boleh on the way dengan diorang..... erm, okey... alright, see you guys"

Alisa Cuma mendengar perbualan dengan kakaknya yang sudah pasti bersama mamanya. "kenapa?" Tanya alisa.

"aku nak kau pergi dress up sekarang.. cantik-cantik ok?"

"for what?" hatinya kini terpinga-pinga. Dia cuma mengangguk setuju dengan penerimaan Amar Adrien. Tiba-tiba kakaknya itu suruhnya bersiap-siap... cantik-cantik... amenda nih?

"Family adrien nak datang sini. Nanti diorang sampai dengan mama and papa.. and my husband" raut wajah Safiya tak tergambar cerianya. Siapa yang nak kahwin ni?

"what?!" alisa tergamam tak berkata-kata. Automatic jarinya bergetar. Jantungnya semakin laju. "kau... serius ke ni? Kau jangan main-main.. aku lempang kang confem rosak muka tu"

"aku serius ni.. tak payah buang tenaga kau nak lempang aku. Dah, cepat-cepat!" safiya menarik tubuh adiknya bangun. Kemudian menariknya sehingga kebilk.

Almari pakaian alisa dibuka. Safiya menyelak helaian baju satu per satu. "eh, kau takde ke baju kurung ke.. blouse ke.. yang nampak sopan sikit?"

"tak ada. Kau ingat aku pakai ke baju-baju tu.. almari kau berlambaklah" jawab alisa selamba. Ya, memang dia tak pakai baju-baju macam tu.. bila ada majlis keramaian pun tak pergi. Jarang nak pakai baju-baju macam tu. Selalunya, disebat aje baju safiya.

"okey.. good idea.. aku bagi kau pinjam kalini.. t upon sebab mak mertua kau jugak" kemudian ditariknya lagi tangan alisa ke kamarnya. Alisa didudukkan di atas katil.

"haa.. nah! Yang ni cantik sikit. Ambik ni sekali.." sepasang baju kurung berwarna merah muda dan sehelai shawl putih dilemparkan keribanya. "kau nak aku pakai tudung ke?" berkerut wajah alisa memandang ' benda ' di depannya ini. "kalau taknak maruah kau tercalar tak payah pakai" sinidir safiya bersama senyuman sinis.

"yelah-yelah.." alisa mula menuju ke kamarnya. Safiya memerhatikan adiknya itu. Dia tahu apa yang alisa rasakan sekarang.

Not TrustedWhere stories live. Discover now