FDTKA 1

930 68 10
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh!"

...

MATA Kechik melilau mencari kelibat Ayuyu. Namun, tiada tanda - tanda Ayuyu berada di di situ. Tidak semena - mena, kedengaran bunyi halus keluar  dari punggungnya.

   "Put..."

   "Eh..." Kepala Cakada menjadi pening apabila terbau benda yang amat 'enak' itu menyebabkan dia kehilangan keseimbangan.

   "Eh, eh, eh. Apa fasal goyang - goyang ni?" Gogobi panik tatkala Cakada yang didukungnya terhuyung - hayang seperti orang mabuk. Aktiviti senamrobik goyangkan tubuh terhenti sehingga mereka bertiga jatuh mencium rumput.

   "Aduh, kau kenapa Cakada? Tiba - tiba goyangkan badan macam menari dangdut? Kalau nak menari, menari seorang dirilah!" Teriak Gogobi, marah. Hish, nasib tiada orang. Kalau tidak pasti jatuh maruahnya sebagai orang terkacak di dunia.

   Cakada berang dirinya dipersalahkan. "Aku pula salah. Si Kechik inilah. Mana aku tahu dia nak lepaskan angin. Mangkuk ayun bin mangkuk tingkat betullah."

   "Ish, siapa suruh Ayuyu tu bina rumah atas pokok. Orang bagi salam banyak kali bukan nak jawab. Buat sahajalah rumah atas tanah. Nasib pokok tak tinggi." Bertalu - talu Kechik berkata mempertahankan dirinya.

   "Oh, aku pula salah, ya?" Mereka bertiga tersentak mendengar suara yang cukup dikenali mereka. Mereka bertiga menoleh ke belakang perlahan - lahan. Ah, sudahlah. Itu memang Ayuyu.

   "Oh, taklah. Maksud saya... memang bagus duduk atas rumah pokok. Kalau banjir, selamatlah. Bagus!" Kechik tersengih sambil mengetuk dahan pokok berkali - kali. "Dahlah kukuh. Memang ahli sihir Ayuyu terbaiklah!"

    "Sudahlah. Tak payah membodek! Kau kenal kan anak angkat aku itu, Fang?" Soal Ayuyu, meminta kepastian. Takut nanti dia suruh buat benda jahat dekat Fang, dia buat benda jahat dekat anak datuk bandar pula.

   "Mestilah kenal. Followers dia dekat Instarintis pun dah mencecah seribu kot. Memang ketinggalan zaman betul orang yang tak kenal." Cakada siap menunjukkan akaun Instarintis milik Fang.

   Ayuyu menarik nafas cemburu menjeling pada skrin telefon Cakada. Tongkat itu diayunkan sekali. Serta - merta skrin telefon itu retak seribu.

   Cakada tersenyum palsu memandang telefonnya. Hatinya terdetik berjuta penyesalan kerana menunjukkan angka pengikut Fang di Instarintis.

   Gogobi yang paling matang antara mereka bertanyakan tugas mereka kepada Ayuyu. "Jadi, ahli sihir Ayuyu. Apa tugas kitaorang?"

   Ayuyu melukiskan senyuman sinis pada wajahnya. "Aku nak kau bertiga halau Fang daripada kota ini."

...

   Satu senyuman terbit pada wajah lelaki berambut ungu itu. Baiklah, sumber cahaya sudah sempurna! Posisi tubuh pun sudah terbaiklah. Punat kamera pada skrin telefonnya ditekan.

   "Kcak! Kcak! Kcak!"

   "Kenapa dengan abang tu?" Cardbot yang sedang menjilat aiskrim tertanya melihat Fang duduk mencangkung seperti gaya hendak berak sambil memegang telefon.

   "Itu namanya Instalandak. Jangan layan." Jokertu menolak lembut wajah adik sepupunya, tidak mahu budak kecil itu melihat kelakuan Fang yang tidak senonoh itu.

MastershadowFang : I Love My Fans!

   Fang kembali duduk bersila. Haih... Tiada kerja betul  budak ini duduk mencangkung tengah - tengah taman permainan. Kalau polis peronda Rintis lihat ini, memang tidak cukup tanah dia dikejar oleh awan terbang.

Cinderellah_ : Wah hensemnya Fang. Tidak adalah saya bosan mengemas rumah seorang diri!

._Renpunzelle : Eh @Cinderellah_ ! Fang tu aku punyalah!

Cinderellah_ : @._Renpunzelle Woi, Fang itu aku punyalah! Aku cop dia dulu.

_.Renpunzelle : @Cinderellah_ Kau ingat ni duit kertas ke cop, cop? Fang aku punya lah. Rambut aku mengurai panjang dan bersinar. Mata aku yang hijau bak permata. Heh, mestilah Fang pilih aku!

   Fang menggeleng melihat perbalahan gadis - gadis pada ruangan komen itu. Ah, begini rasanya jadi popular dan digilai ramai! Kembang pula jiwanya ketika ini.

MastershadowFang : @Cinderellah_ @_.Renpunzelle Tidak mengapa. Saya juga sayang diri saya sendiri.

Light_ : @Cinderellah_ @_.Renpunzelle Korang minat ke dengan landak ungu ni? Berlambak aku tengok dekat Taman Landak.  Dari kau pilih dia, baik kau pilih putera raja ke pegawai istana ke. Baru ada class bak kata orang England.

   Panas hati Fang membaca komen tersebut. Pedas betul kata - kata lelaki itu? Belum sempat Fang memberi serangan balas, bahunya ditepuk oleh seseorang.

   Fang menoleh ke belakang. "Kena... oh, Gogobi?"

   "Ahli sihir Ayuyu kata dia nak jumpa kau. Dekat kedai donat lobak merah yang baru buka hari ini."

...

   "PRAKK..."

   Bunyi ranting dipijak mengejutkan Fang sehingga terhinjut bahu lelaki itu. Mata Fang memerhati keadaan sekeliling. Betulkah terdapat satu kedai donat lobak merah berhampiran? Kenapa seperti jauh sahaja.

  Fang membelek telefonnya. Tiada signal! Memanglah tiada signal kerana Internet yang digunakannya hanya boleh digunakan di kawasan Pulau Rintis sahaja.

   "Korang nak bawa aku ke mana sebenarnya?" Fang bertanyakan hala tuju mereka kepada tiga pekerja ibu angkatnya. Dalam diri Fang, sudah tumbuh rasa ragu - ragu terhadap mereka bertiga.

   "Err... kitaorang nak bawa kau pergi sekolah." Tiba - tiba kepala Kechik disiku oleh Cakada. "Pergi kedai donat lobak merahlah."

   Fang hanya mengangguk walaupun dalam hatinya masih lagi meragui kata - kata Kechik. Sebagai persediaan, Fang mengayunkan tangannya mengeluarkan sebatang tongkat sakti. Tongkat tersebut disimpan ke dalam poketnya.

  Setelah beberapa minit mereka berjalan sehingga lenguh kaki Fang dibuatnya, Kechik, Cakada dan Gogobi berhenti melangkah.

   "Kenapa berhenti?" Soal Fang, kehairanan. Dalam masa yang sama, tangannya menyeluk poket mengambil tongkat saktinya.

   Disebabkan suasana hutan yang sunyi, Fang dapat mendengar samar - samar suara mereka seolah - olah membaca ayat magis.

   Terbutang mata Fang melihat kaki mereka yang lama - kelamaan menghilang. Tidak mungkin mereka mahu tinggalkan aku seorang diri di hutan ini?

   "Korang nak buat apa, ha?" Fang melangkah laju mendekati mereka. Belum sempat Fang menghentikan perbuatan mereka, tiba - tiba mereka bertiga melaungkan ayat - ayat magis.

   "Bawa kami pulang ke Rintis!"

   Serentak dengan itu, mereka bertiga hilang dari pandangan Fang. Tangannya terketar - ketar melihat mereka semua hilang meninggalkan dia seorang diri di dalam hutan tersebut.

   Tangannya bercahaya mengeluarkan kelip - kelip ungu, menunjukkan dia rasa sangat terkilan. Kenapa mereka bertiga tinggalkan dia?

  

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now