FDTKA 2

647 61 13
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh!"
...

FANG mulai resah melihat senja mula menghampiri. Persekitaran hutan itu lama - kelamaan bertukar menjadi sunyi. Serta - merta segala jenis hantu terbayang di minda. Harap - harap warga hantu dari Kerajaan Ghost  seperti Encik Pocong atau Cik Ponti tidak muncul!

   "Hish, bodoh juga aku. Napalah tak rakam sepanjang berjalan melalui hutan ni? Tengoklah! Sekarang dah sesat..." Rungut Fang seorang diri. Dia hanya berjalan menuju ke hadapan yang tidak pasti hala tujunya.

   Fang meluahkan rasa geramnya sambil menyepak batu - batu kecil sepanjang perjalanan. "Kenapa dia orang tinggalkan orang kacak macam aku dekat hutan macam ni? Tak ada kerja betul! Siapalah yang arahkan mereka buat kerja ni?"

   Fang berhenti melangkah tatkala merasakan ayat terakhir itu umpama mengetuk kepalanya. "Tapi... dia orang pekerja ibu. Takkanlah ibu sanggup halau aku jauh ke hutan."

   "Nenek... nenek si bongkak tiga. Siang malam asyik berjaga. Mencari cucu di mana ada. Nenekku kahwin dengan suami dia." Ketika itu, Fang sudah meremang bulu roma dan bulu ketiak mendengar nyanyian seorang nenek dari arah belakang. Fang meneguk air liur, takut. Perlahan - lahan Fang menoleh ke belakang.

   Kelihatan seorang nenek memakai merunding berwarna merah jambu. Nenek itu tersenyum sehingga menampakkan gigi palsunya. "Nenek nak tanya. Cucu..."

   "Tak, saya bukan cucu nenek! Jangan makan aku! Oh, follow aku dekat Instarintis. Namanya MastershadowFang!" Nenek itu tercengang melihat Fang berlari sepantas harimau bintang dikejar bini meninggalkan tempat itu. Malah, siap promosi akaun Instarintisnya lagi!

  "Aik, pelik benar budak ni. Nek Pi nak tanya jalan jelah." Nek Pi menggeleng melihatkan keletah Fang. Tangan tua itu mengambil segulung peta daripada poket sisi begnya. "Nasiblah ada peta."

   Nenek itu berjalan mengikut petunjuk pada peta sambil menyanyi kecil. "Nenek... nenek si bongkok tiga. Siang mengantuk malam berjaga. Luangkan masa bersama keluarga. Baru hidup bahagia sentiasa."

...

   Fang memecut tanpa hala tuju. Punyalah berlari sehingga terkembang - kembang hidung dibuatnya! Kepalanya menoleh ke belakang, takut nenek itu turut berlari sama. Lagaknya seperti berlari daripada penjahat atau seorang pembunuh psiko. Walhal dia hanyalah seorang nenek yang ingin bertanyakan arah.

   Sedang syok sangat berlari seperti ahli sukan, Fang terjatuh ke dalam kolam kerana asyik menoleh ke belakang. Tubuhnya menggigil menahan rasa sejuk yang menjangkiti tubuhnya.

   "Woi, kau... du... duduk... atas... ak... ulah!" Fang bingkas bangun dan keluar dari kolam. Seekor ikan koi itu bernafas dengan lega apabila insangnya tidak lagi tersepit.

   "Anak siapa yang cakap tu?" Fang memandang ke kiri dan ke kanan, cuba mencari sumber suara itu.

   "Sudah gaharu cendana pula. Akulah!"

   Fang memandang ikan koi yang berada di dalam kolam tersebut. Dahinya berkerut, hairan bercampur takjub. "Wah, pertama kali aku bertemu dengan ikan koi yang bercakap? Agak - agak kau boleh tak menari zapin?"

   "Menari zapin itu engkaulah. Aku boleh menari tarian rancak sahaja." Ikan koi itu menggerakkan ekornya ke depan dan ke belakang berulang kali.

   "Memang macam tu tarian rancak." Fang menyindir tarian yang dibuat ikan itu.

   "Aku Tok Aba. Panggil tok sahaja. Anak muda macam kau kenapa duduk di luar pada waktu begini? Kau tahu tak warga Ghost Kingdom selalu berkeliaran pada waktu begini?" Tok Aba menyoalkan keberadaan Fang di sini.

   "Hantu apa je lalu dekat sini, tok?" Fang bertanya dalam nada perlahan.

   "Banyak, hantu berbungkus ada. Penanggal ada. Tapi jaranglah Cik Ponti datang menjenguk. Maklumlah dia dah kahwin. Kena tumpu pada keluarga." Sekali lagi, tubuh Fang menjadi seram sejuk mendengar cerita Tok Abah. Bukan sebab basah terkena air kolam tetapi mendengar jenis - jenis hantu yang sering berkeliaran di sini.

  "Nak buat macam - mana, tok? Saya kena halau dengan pekerja mak saya. Tak tahu kenapa dia orang tu. Kalau balik, mesti terserempak dengan mana - mana rakyat Ghost Kingdom. Tak mahu saya." Fang memandang ikan koi itu, berharap Tok Aba mampu beri jalan penyelesaian.

   Tok Aba kelihatan termenung sebelum memberi cadangan. "Apa kata kau tumpang tidur di satu rumah berwarna hijau berdekatan sini. Kau belok kanan dan kau jalan terus sahaja. Dan kau akan nampak rumah tu."

   "Ha? Macam mana kalau saya sesat?"

   "Mana ada sesat. Kanan tu je." Tok Aba menjuih mulutnya ke kanan.

   Fang tersengih malu sendiri. Lah... rumah itu tidak jauh rupanya. Selang tiga meter sahaja. "Okaylah saya pergi, tok."

   "Ha, pergilah."

   Fang mengorak langkah menuju ke rumah tersebut. Siapalah bina rumah di tengah - tengah hutan seperti ini? Fang bergerak menuju ke hadapan rumah apabila pintu belakang terkunci.

   Namun ianya tidaklah seperti jangkauan Fang tadi. Fang terpana tatkala menjenguk pemandangan di hadapannya. Langit senja berkilauan berserta matahari yang terbenam melengkapkan suasana. Burung - burung  berkicauan mengibar sayap pulang ke sarang masing - masing. Malah terdapat kota di hujung sana. Barulah Fang tahu yang rumah ini dibina di atas bukit.

   "Akar menjalar!"

   Eh?

  

  

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz