FDTKA 8

438 52 7
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami,"
"Kembar bertujuh!
...

"APA lagi yang kau tahu? Beritahu aku," Retak'ka berpeluk tubuh memandang tajam anak mata robot itu, membuatkan GamaBot menjadi takut untuk membalas pandangannya.

   Dengan tergagap - gagap, GamaBot menjawab. "A... Ada tiga orang dekat situ. Dua orang kembar dan seorang yang seiras dengan Pahlawan Kegelapan."

   Retak'ka terkedu mendengar kata - kata GamaBot. "Seiras dengan Pahlawan Kegelapan? Bukankah sudah ku bunuh dia?"

   "Tidak... Dia... Ada anak. Mungkin itu cicit Pahlawan Kegelapan."

   Retak'ka tersedar dari lamunannya yang panjang tatkala terdengar suara - suara bertengkar yang datang dari rumah pokok di sebelahnya. Entah kenapa dia seakan berminat mahu mencuri dengar perbualan mereka.

   Sementara itu, Ayuyu mengangkat tongkat saktinya ke atas. Memandang kasut ajaib itu dengan penuh marah. "APA KAU CAKAP TADI?"

   Hang Kasa cuba mengelakkan anak matanya bertembung dengan Ayuyu. "Fang... Fang lebih popular."

   "Huh!" Ayuyu menurunkan tongkat saktinya dengan laju sekali. Dia mengalihkan pandangan ke arah pekerja - pekerjanya. "Fang? Bukan kau orang dah buang dia ke hutan ke? Kenapa masih hidup?"

   "Ka... Mi... Kami dah buang dia. Sumpah!" Gogobi mengangkat tangan seperti melafaz ikrar, dengan harapan, Ayuyu percayakan kata - katanya.

   "Tipu! Kalau begitu, bagaimana Hang Kasa masih sebut nama dia? Mesti kau orang buat kerja tak betul!" Nyaring suara Ayuyu memarahi mereka. Sampai naik urat - urat pada muka hijaunya.

   "Mungkin... Sebab dia rambut warna ungu. Mata warna merah. Dan ramai followers dekat InstaRintis... Sebab itu mungkin dia lebih popular dari ahli sihir Ayuyu." Lancar Kechik memberi pendapatnya. Langsung tidak bertapis!

   Cakada dan Gogobi menyiku kepala Kechik serentak. Budak ini... Celupar sangat mulut!

   Seperti dalam filem seram, Ayuyu mengoyakkan senyumannya sambil merenung Kechik bagaikan kelaparan seminggu. Tanpa sebarang amaran, Ayuyu menghayunkan tongkatnya ke arah Kechik. Sesaat kemudian, Kechik bertukar menjadi mangkuk tandas.

   "Tolong! Maafkan aku! Maafkan aku!" Terlopong Cakada dan Gogobi melihat Kechik sebegitu rupa. Mereka berdua saling berpandangan sebelum menelan air liur masing - masing.

   Tidak semena - mena, Cakada dan Gogobi jatuh terduduk memandang gerangan di belakang Ayuyu. Beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara menyapa Ayuyu dari belakang. "Aku dengar kau sebut ciri - ciri Pahlawan Kegelapan."

    Ayuyu hairan bercampur bengang mendengar suara itu menyapanya. Terus dia berpusing untuk melihat siapa yang berani menegurnya. "Siapa pula yang masuk rumah orang tak reti bagi sa..." Katanya terhenti apabila melihat Retak'ka di hadapannya.

   "Si... Siapa kau? Macam mana kau boleh masuk dekat sini?" Soal Ayuyu sambil berjalan mengundur ke belakang.

    Retak'ka berpeluk tubuh memandang satu - satu makhluk berada di rumah pokok itu. Dahinya berkerut memandang mangkuk jamban yang tiba - tiba berada di ruang tamu itu.

  "Kau..." Hang Kasa si kasut ajaib kelihatan terkejut melihat Retak'ka.

   Retak'ka tersenyum dan mencangkung menghadap Hang Kasa. "Apa khabar sahabatku Hang Kasa? Seronok bukan menjadi kasut selama 100 tahun?"

   Ayuyu tergamam. "Sahabat?"

   "Rasakan ucapan selamat datang, sahabatku Hang Kasa." Retak'ka dengan kejam, memijak serta menggerak - gerakkan kasut itu sehingga terkeluar air dari kasut itu. Hang Kasa melaung kesakitan apabila dibuat begitu.

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now