FDTKA 11

407 46 3
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh!"
...

"FUH... banyaknya." Fang membelek salah satu bantal bersaiz kecil dari kotak yang dipenuhi pelbagai bantal lain.

   Ice cuba menyorokkan pipinya yang memerah. Rasa malu pula tunjuk koleksi bantalnya pada orang lain. "Err... aku kadang - kadang guna bantal ini untuk tidur. Tapi ni bantal aku paling suka." Ice mencapai bantal berupa ikan paus biru.

   Fang dan Ice sekarang berada di halaman rumah, menilik koleksi bantal milik Ice. Semasa mereka pulang dari pokok Elemental, Tok Aba terperasan, semakin jauh tujuh cucunya dari pokok Elemental, cahaya pada daun - daun pokok itu makin malap.

   "Eh, mana kau orang dapat duit en? Nak beli bantal - bantal ini di pekan memang mahal harganya." Soal Fang. Tidak pernah nampak mereka semua keluar bekerja. Semua duduk melepak dekat rumah.

   "Oh, Tok Aba ada buka kedai di Sphere Kingdom. Nama kedai itu kedai KokoTiam." Jawab Ice sambil tangannya sibuk mengemas bantal - bantal yang dikeluarkan dari kotak.

   Fang bertanya lagi. "Sphere Kingdom. Kat mana tu?"

  "Tu." Ice menuding jari ke hadapannya, menunjukkan kota yang dibangunkan berdekatan matahari terbenam.

  "Wah." Fang mengecilkan matanya sebelum mengujarkan kata. "Jauhnya. Larat ke Tok Aba nak jalan sampai sana? Kalau nak kata Tok Aba naik kuda, tak ada pula kuda dekat sini."

   Ice mengusap matanya yang tiba - tiba menjadi kuyu. "Apa susah, Ochobot kan ada."

   "Oh, ya. Kalau kau nak pergi sana. Boleh rasanya sebab Tok Aba akan pergi melihat kedai dia hari ini."  Fang cuba menyorokkan sinar teruja dalam matanya setelah mendengar tawaran Ice.

   Fang bertanya, meminta kepastian. "Boleh ke?"

   Kotak yang sudah ditutup itu dipeluk oleh Ice. Ice lantas bangun dan menoleh ke arah Fang. "Oh... kena tanyalah Tok Aba. Tapi jangan risaulah. Tok Aba mesti kasi punya."

   "AKU SUDAH DENGAR PERBUALAN KAU ORANG!" Jerkahan Blaze dari belakang membuatkan kotak yang dipeluk Ice jatuh mencium rumput. Ice merenung kosong patung - patung yang terkeluar dari kotak tersebut.

   Blaze terlopong melihat beberapa patung yang bersepah itu termasuk Fang. Blaze segera menunduk dan mengemas kembali kesemua patung itu. Selesai sahaja, dia terus menghulurkan kotak itu kepada Ice. Ice perlahan - lahan membawa kotak itu ke dalam dakapannya.

   "Ice, kau... tak marah kan?" Berpeluh Blaze menyoal. Ice ini kalau dia marah lain macam. Dia akan berkurung dalam biliknya sendiri. Pernah satu ketika, habis beku seluruh bilik tersebut! Sebab itu tiada sesiapa pernah buat Ice marah.

   Ice menggeleng. "Taklah. Kenapa?"

   "Okay, bagus." Blaze kemudian mengalihkan perhatiannya ke arah Fang. "Kau nak ikut kan? Aku pun nak ikut juga Tok Aba. Tadi aku tanya Tok Aba, Tok Aba kasi. Jadi jomlah ikut."

   Ice menayangkan riak pelik. "Kita bertujuh  ikut?"

   Fang yang perasan perubahan air muka Ice lalu menegur. "Kenapa riak muka kau tu pelik semacam?"

   Ice menggeleng lagi. Perlahan - lahan dia menuturkan kata, "Tok Aba tak pernah bawa kami bertujuh ke Kedai KokoTiam. Selalunya bawa salah seorang dari kami sahaja. Ini... kali pertama."

...

   "ADUH!"

   Ying tersenyum puas apabila balingannya mengenai tepat pada kepala Gopal. Gopal yang sedang curi - curi makan di belakang gerai itu memandang wajah Ying terkejut. "Macam mana kau jumpa aku dekat sini?"

   Yaya memutarkan bola matanya memandang Gopal. "Hey, kau duduk dekat belakang gerai saja kot! Gerai ini tak adalah besar mana. Memanglah kita orang boleh nampak kau curi - curi makan dekat sini."

   Gopal menyedari aura seram dikeluarkan oleh Yaya dan Ying terus menayangkan muka dua puluh sen. "Ala, aku laparlah. Takkanlah tak kasihan dekat kawan kau yang comel ini?"

   "Woi, kita baru makan 10 minit yang lepas! Tak ada, tak ada, tak ada. Pergi ambil order pelanggan... sebelum Yaya sendiri gerakkan kau." Ying mengerling ke arah Yaya yang sudah mengangkat tangan yang mengeluarkan gelombang - gelombang graviti.

   Gopal terus bangkit dari bangun. "Eh, mana ada pelanggan." Gopal meliar memandang persekitaran kedai KokoTiam. Kalau ada pun encik cengkerik sedang terbang melintasi kedai. "Kau lupa ke kedai ni tak ada sambutan sejak kebelakangan ini?"

   Yaya mengeluh mendengar kata Gopal. "Itulah... macam manalah kalau Tok Aba tahu kedai dia masih lagi macam ni?"

   Tiba - tiba muncul satu portal berwarna biru terbuka. Tok Aba melangkah keluar dari portal tersebut diikuti Fang, kembar BoBoiBoy bertujuh dan Ochobot.

   "Wah, rombongan Tok Aba ke apa ni?" Seloroh Gopal dengan mulut yang penuh. Dia sempat lagi menyumbat burger ajaib itu ke dalam mulut, takut - takut Tok Aba tahu dia curi makan.

   Taufan terkesima melihat suasana kedai datuknya. "Aku tengah mimpi ke apa ni? Kenapa sunyi sangat?"

   Ying ketap bibir. "Erm... erm... erm..."

   Tok Aba melepaskan keluhan. "Tiada pelanggan lagi?"

   Yaya membongkokkan tubuhnya. "Maafkan kami, Tok. Kami dah cuba tarik pelanggan tapi... inilah hasilnya."

   Ying turut membongkokkan badannya. "Ya, tok. Maafkan kami."

   "Betul, tok. Maafkan dia orang sebab tak buat kerja dengan betul." Sebaik sahaja Gopal berkata, terus kepalanya terkena batu yang dibaling Halilintar.

   "Aduh..." Gopal memperlahankan nada suaranya. Dia mengusap tempurung kepalanya yang sedikit benjol. "Kenapalah semua kawan aku suka baling barang kat aku?"

  Fang memerhati persekitaran kedai. Bukan seorang pelanggan sahaja tiada, malah kelibat lalat juga tidak kelihatan! "Kedai ni memang sunyi ke?"

   Gempa menidakkan. "Aku selalu ikut Tok Aba pergi dekat kedai. Dulu meriah... tetapi sekarang. Kau boleh tengok sendiri."

   "Mungkin sebab tak ada aku kot." Solar membuat teori konspirasi sendiri.

   Blaze menayangkan muka selamba seraya bertanya. "Wey, ada baldi tak? Nak muntah."

   Taufan turut menyertai sesi 'menganjing' Solar. "Yalah wey. Aku pun rasa nak muntah juga."

   "Tukaran Baldi!" Dengan kuasanya, Gopal menukarkan sehelai daun menjadi sebuah baldi. Dia menghulurkan baldi kepada Blaze. Apa lagi? Blaze dan Taufan terus pura - pura mengeluarkan muntah ke dalam baldi itu.

   "Kurang ajar kau orang." Solar menayangkan wajah ketatnya.

    "Apa yang kau buat untuk promosi kedai ni?" Halilintar cuba mengorek hasil usaha pekerja datuknya.

    "Adalah. Ying dan aku tolong hantar surat promosi dari rumah ke rumah. Gopal ada promosi di pekan Sphere. Tapi... itulah. Macam tak ada hasil saja," keluh Yaya pada akhir katanya.

   "Mungkin dia orang perlukan hiburan?" Kini tumpuan semua orang beralih pada Thorn. Terkedip - kedip mata Thorn apabila dirinya menjadi tumpuan. "Tak boleh ke? Saya cadang je..."

   "Hiburan ya?" Fang tersengih. Idea sudah masuk! Dia berpaling ke arah Halilintar. "Ingat tak lagu yang kita main nyanyikan hari itu?"

   Halilintar bercekak sebelah pinggang. "Ingat, kenapa?"

    "Aku ada satu idea."

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now