FDTKA 21

414 34 32
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
" Kembar bertujuh!"
...

"HAI Pahlawan Kegelapan." Amato tersenyum. Dia menghulurkan tangannya. "Aku Putera Amato. Perlukan bantuan?"

   "Ah!" Amato berserta Mechabot terus terbang naik ke atas apabila terasa akar - akar daun melilit mereka. Amato menoleh ke bawah sebelum memandang ke arah Retak'ka yang mengukir senyum sinis.

   "Kau ingat kau boleh kalahkanku?" Rambut Retak'ka serta merta berubah menjadi biru cair dan panjang beralun. Dia menggunakan kuasa anginnya menuju ke arah Amato. "Jangan berangan - anganlah!"

   Perhatian Fang terhadap pertarungan MechAmato dan Retak'ka teralih kepada Ochobot yang menarik - narik bajunya. Fang memandang hairan, Ochobot. "Kenapa kau ni?"

   "Kau mesti pelik sebab kau tak boleh manipulasi bayang - bayang, kan? Kau tak boleh kawal sebab..." Muncul logo asap berwarna ungu di skrin Ochobot. "...kuasa kau masih ada dengan aku."

   Fang tergamam. Satu senyuman teruja mula terlukis pada bibirnya. "Habis tu? Macam mana aku nak dapatkan kuasa aku balik?"

   "Hulurkan tangan kau."

   Berbalik kepada situasi MechAmato dan Retak'ka, perlawanan itu menjadi semakin hangat. Retak'ka sudah bertukar menjadi fizikal Retak'ka Voltra. Retak'ka Voltra melibas beberapa kali tubuh Amato yang disarung sut Mechabot.

   "Aduh, aduh. Woi, sakitlah monyet!" Mechabot mengaduh apabila tubuhnya disakiti.

   Mechabot mengawal Amato dengan menendang tepat muka Retak'ka. Retak'ka terdorong ke belakang sambil memegang matanya. Amato tidak melepaskan peluang, terus menumbuk perut Retak'ka menggunakan penumbuk plasma.

   "Retak'ka Balak!" Muncul beberapa akar dari belakang Amato. Amato terus terbang turun ke bawah diikuti Retak'ka Balak. Amato merenung Retak'ka tidak puas hati. Degil betul si Katapuntu ni.

   "Hargh!" Retak'ka Balak menumbuk angin. Serentak dengan itu, muncul akar - akar keluar dari tanah menyerang Amato. Amato membuat lompatan 'backflip', mengelak dari serangan - serangan itu.

   Kini, giliran Amato menyerang. Amato mengumpul tenaga pada tangannya manakala Mechabot memandang tajam Retak'ka. Satu pancaran cahaya keluar dari tangan Amato bergerak laju melanggar Retak'ka, membuatkan Retak'ka terundur beberapa langkah ke belakang.

   Terbatuk - batuk Retak'ka dibuatnya namun dia masih mampu menyindir sinis. "Heh, itu sahaja? Mari sini aku bagi serangan yang sebenar!" Baru sahaja dia ingin melangkah laju menyerang Amato, tiba - tiba ada beberapa tangan bayang melilit tubuhnya.

   Retak'ka Balak tersentak melihat dirinya diikat sebegitu rupa. Dia mengerling ke belakang. Budak Pahlawan Kegelapan itu!

   Fang menayangkan wajah serius. Fang menjatuhkan Retak'ka terlentang ke belakang. Keluhan sinis terlepas dari Fang. Lah, itu sahaja? Senangnya!

   "Woi, budak! Hati - hati!" Suara Mechabot menyedarkan Fang. Fang melompat melepasi Retak'ka sebelum berpusing ke belakang. Dengan itu, tali bayang yang mengikat Retak'ka terlerai. Baru Fang perasan, ada akar berduri yang hampir melukai tubuhnya tadi.

  "Kau ingat begitu mudah kalahkan aku?" ujar Retak'ka dalam nada berlagak. Dia menepuk - nepuk bajunya yang mempunyai debu tanah.

   Rasa gerun mula terbit di dalam hati Fang. Fang melangkah beberapa langkah ke belakang, sebaris dengan MechAmato.

   "Retak'ka Kristal." Tanpa membuang masa, Retak'ka Kristal terus memanggil ceracak berbentuk kristal. Ceracak tersebut muncul dari bawah tanah yang dipijak MechAmato dan Fang. MechAmato dan Fang segera meloncat jauh ke belakang kerana merasakan gegaran di bawah tapak kaki mereka.

   Retak'ka Kristal  mengetap gigi melihat musuh - musuhnya masih berdiri tegak. Retak'ka Kristal memandang sekeliling. Melihatkan pokok - pokok yang tumbuh segar itu melahirkan senyuman sinisnya.

   "Sedutan Elemental!" Retak'ka menyedut elemen - elemen bumi di sekeliling kerajaan Elemental. Fang terbuntang mata melihat  tanah - tanah menjadi kering dan retak akibat diserap Retak'ka.

   "Kita kena hentikan si bedebah ni." Mechabot mengawal tangan Amato, menuding jari ke arah Retak'ka Kristal yang berseronok menyerap elemental bumi.

    Sementara itu, Pipi memeluk Mama Zila kerana ketakutan. "Mama, Pipi takut."

   Amato memandang Retak'ka, tidak puas hati. Dia memberi arahan tanpa menoleh ke arah Fang. "Fang, ikut aku!"

   "Baik!" Fang mengangguk. Fang mula berlari mengikuti larian MechAmato.

   Sedang Retak'ka Kristal bersuka ria menyerap elemen - elemen bumi, satu sepakan dihadiahkan pada mukanya dari Retak'ka Kristal. Terteleng kepala dibuatnya.

   Fang membuat posisi tangannya seakan bentuk harimau. "Harimau Bayang!"

   Keluar harimau berwarna hitam keunguan dari bayang - bayang Fang. Harimau itu mencakar muka Retak'ka Kristal sehingga tertinggal luka pada wajah berkulit biru itu.

   "Ergh!" Retak'ka Kristal mengeluarkan kuku merahnya yang panjang. "Cakaran Kristal!"  Retak'ka Kristal terus melibaskan kukunya ke arah harimau bayang lalu harimau bayang terhapus.

   Amato menendang lutut Retak'ka Kristal dari belakang. Tubuh Retak'ka jatuh itu mendapat sorakan dari rakyat. Retak'ka bingkas bangun dan melibas menggunakan kukunya membuta tuli. Dia dikuasai dengan perasaan marah.

   Bagaikan terbiasa dengan kuasa bayang itu, Fang membuat bentuk anjing sebelum melakukan bentuk gorila dan bentuk angsa.

   Mechabot menjongketkan keningnya. "Seriuslah? Angsa?"

   "Ya, angsa," kata Fang.

   Ketiga - tiga haiwan itu keluar dari bayang - bayang Fang. Ketiga - tiga haiwan itu menyerang Retak'ka Kristal. Paling teruk si angsa itulah. Terus dipatuk berkali - kali pipi Retak'ka. Memang gangster kampung betullah.

    "MERIMASKAN!" Retak'ka mendepakan tangannya. Keluar beberapa duri kristal ke arah kanan dan kirinya. Ketiga - tiga haiwan bayang itu pun hilang.

   Retak'ka menggenggamkan tangannya lalu dihayunkan ke bawah. "Sudah, aku tak ada masa mahu bermain dengan kamu semua. Anak kau akan mati dalam tahanan aku!"

   Amato membulatkan matanya. Tetapi, dia kemudian tersenyum tenang mengundangkan tanda tanya kepada Retak'ka.

   "Hargh! Retak'ka Gama!" Laung Retak'ka Kristal tetapi hairan... fizikalnya langsung tidak bertukar. "Apa... apa yang berlaku?"

   "Kau dah kalah." Pian keluar membawa Ochobot dari salah satu rumah penduduk. Pian tersenyum bangga. "Sedang kau sibuk berlawan tadi, aku dah serap semua kuasa kau melalui Ochobot."

   "Tidak..." Retak'ka menjadi panik melihat fizikalnya berubah menjadi biasa. Rambutnya kembali menjadi warna biru muda. Iris matanya kembali menjadi biasa. "TIDAK! TIDAK! TIDAK!"

   Muncul sebuah portal dari belakang Amato dan Fang. Keluar Laksamana Maskmana, Kaizo dan Deep serta tujuh Kembar BoBoiBoy yang saling berpapah sesama sendiri.

   Retak'ka yang ingin melarikan diri dari situ terhenti tatkala tubuhnya diikat dengan tali bayang. Laksamana Maskmana berlari laju sehingga berada di hadapan Retak'ka. Tangan Retak'ka digari.

   Laskamana Maskmana berpeluk tubuh. "Semuanya dah tamat, wahai si tamak."
 

📎📎📎

YAY RETAK'KA DAH KENA TANGKAP! YAY! PADAN MUKA KO RETAK'KA. (Kenapa atuk buat saya macam ini, huhuhu. Tidak salahkan atuk jadi baik?)

Saya akan update esok dan bersedialah untuk mengeluarkan air mata anda kerana cerita ini akan habis! Huhuhu, sedihnya.

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now