FDTKA 12

415 43 12
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

"PERTUNJUKAN nyanyian? Wah, papa! Pipi nak pergi, boleh tak? Bolehlah... bolehlah..." Pujuk si anak kepada si bapa.

    Papa Zola sudah menggaru kepala. Ingatkan nak beli serbuk cili, tiba - tiba terjumpa pula poster iklan ini. "Ala, Pipi. Pipi ingat tak Nek Pi dekat rumah? Mesti Nek Pi nak main magis dengan Pipi. Pipi tak nak ke?"

   Namun tawaran sebegitu tidak menarik pada gadis kecil bernama Pipi Zola itu. "Ala papa. Pipi naaak. Papa tak sayang Pipi en?"

   Papa Zola sudah resah di dalam hati. Haih... anak dia main soal perasaan pula! Sudahlah teringat bini di rumah.Dia membongkokkan badan, cuba bercakap dengan bola kuasa yang bergabung dengannya. "Eggabot, Kebenaran nak teman anak Kebenaran pergi pertunjukan. Boleh kan kamu balik sendiri?"

   "Hmm!" Kedengaran persetujuan dari bola kuasa itu. Eggabot menyahgabungkan dirinya dengan Papa Zola.

    Belum sempat Eggabot bergolek menuju ke rumah, Papa Zola sempat berpesan. "Hah, nah cili." Dibuka tempurung atas Eggabot. Disimpan cili di dalam dlama itu. Nama pun 'Egg'abot. Mesti bentuk macam telur, bukan? "Cakap dekat dinda Kebenaran. Kanda balik lewat sikit en?"

   Pipi Zola sempat menyampuk. "Nak teman Pipi pergi tengok pertunjukan!"

   Eggabot akur. Bola kuasa itu terus bergolek menuju ke rumah.

   Papa Zola menggulung poster itu sebelum dilambungkan poster itu ke atas. Poster itu terus bertukar menjadi burung origami kertas. Sempat lagi burung origami itu bersorak riang.

  "Tunjukkan jalan ke pertunjukkan, wahai burung muda!" Sebaik sahaja Papa Zola berkata, burung origami itu mengangguk. Burung itu mengibarkan sayap dan terbang ke arah tempat yang dituju diikuti langkah Pipi dan Papa Zola.

   Sementara itu, di belakang pentas kayu (Gempa telah buatkan pentas khas bersebelahan gerai Tok Aba), kelihatan Fang sedang terjenguk - jenguk memerhati keadaan sekeliling. Sudah beberapa orang ramai datang bersila di hadapan pentas. Malah kalau orang kerabat, mereka akan duduk di atas awan magis.

   Disebabkan kaki pentas itu tinggi, Fang terpaksa menjengketkan kakinya untuk melihat para penonton. Dia terus menoleh ke arah ketujuh - tujuh kembar itu. "Okay, memang ramai gila orang."

   "Erm..." Thorn bermain dengan jarinya sendiri. "Betul ke nak buat semua ini?"

   "Ala kau ni. Beranilah sikit!" Blaze menepuk kuat belakang badan Thorn. Untuk hilangkan gemuruh katanya.

   Gempa mencuit lembut bahu Blaze. "Blaze, tak baiklah kau buat dekat Thorn macam tu."

   "Yalah," balas Blaze, perlahan.

   "Selamat datang para tetamu." Tok Aba memakai janggut palsu, menyambut kedatangan tetamu di atas pentas. Entah mengapa dia mempalsukan identitinya. "Terima kasih kerana sudi datang ke Kedai KokoTiam! Sementara menunggu, rasalah air Special Koko Tok Aba dari salah satu resepi kami."

   Yaya, Ying dan Gopal lantas menjalankan tugas, mengedarkan gelas - gelas air pada tetamu yang hadir.

   "Terima kasih, kakak," ucap Pipi yang merupakan salah tetamu di situ. Gelas air itu diambil lembut.

   Ying tersenyum senang dengan ucapan Pipi. "Sama - sama."

   "Dengan ini, saya persilakan Fang dan Tujuh Kembar Ajaib!" Tok Aba turun dari pentas sekaligus memberi isyarat supaya tujuh cucunya berserta Fang untuk naik ke pentas.

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now