FDTKA 20

407 36 22
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

35 minit sebelum...
1: 55 PETANG

"ADUH..." Berdenyut - denyut kepalanya saat kelopak matanya dibuka. Baru sahaja Fang ingin mengurut kepalanya, dia baru sedar tangannya digari pada dinding belakang.

   Fang menggerakkan kedua tangannya ke hadapan tapi semua itu sia - sia. Dia tersentak kerana melihat Retak'ka dan Gogobi mengukirkan senyuman seram di hadapannya.

   "Sudah bangun pun engkau, wahai Pahlawan Kegelapan," ujar Retak'ka.

   Semakin kuat Fang meronta untuk melepaskan diri tetapi perbuatan itu hanya mengundang tawa Retak'ka. Retak'ka memandang sinis, Fang. "Sia - sia sahaja. Kau tak akan mampu lepaskan diri kau."

   "Argh! Aku akan masukkan kau dalam penjara! Lepaskan aku biar aku belasah kau!" Fang berteriak marah. Retak'ka dipandang seolah - olah lipas kerdil sahaja.

   "Kau nak masukkan aku dalam penjara?" Tanpa sebarang belas, Retak'ka terus meneranjang perut budak berusia 18 tahun itu. Terasa lucu melihat Fang tergari lemah begitu. "Kau sendiri tak mampu lepaskan diri. Ada hati nak kalahkan aku?"

   Fang sempat mengerling ke sebelah. Dia boleh lihat Ochobot dikurung di dalam kotak jeriji besi  sebesar akuarium. Dia berbisik perlahan. "Ochobot..."

   "Gogobi. Keluarkan magis dari badan dia. Lepas itu aku akan bunuh dia." Fang terbuntang mata mendengar arahan Retak'ka.

   "Jangan! Jangan dekat dengan aku!" Fang cuba melarikan kepalanya dari disentuh Gogobi. Tanpa sedar, ada setitis air mata yang keluar dari tubir matanya. "Jangan! Tolong jangan keluarkan magis ni dari badan aku!"

   "Duduk diam - diam boleh tak!" Satu tamparan dihadiahkan oleh Gogobi kepada Fang.

   Walaupun ditampar Gogobi, Fang masih lagi tekad melarikan kepalanya. Sudahlah dia tak tahu bagaimana mengawal manipulasi bayang sebagaimana ketua Multimonster katakan. Kalau Gogobi keluarkan magisnya... bagaimana dia mahu tolong kembar Elemental?

   Gogobi tersenyum senang apabila berjaya memegang kepala Fang. Rontaan Fang semakin kuat. Gogobi mula membaca jampi. "Belukar sudah bertukar rimba. Susu rosak bercampur nila. Ambillah kuasa si pengguna. Jadikan dia orang biasa."

   Habis sahaja jampi itu dibaca, satu cahaya berwarna ungu keluar dari mulut dan mata Fang masuk ke dalam botol di sebelah Retak'ka.

   "ARGHHH!" Fang melaung kuat dengan air mata yang laju meluncur pipinya. Kepalanya yang berdenyut perlahan menjadi semakin kuat.

   Ochobot yang berada di dalam kotak memandang sayu, Fang. "Fa... Fang..."

   Dan Retak'ka... dia hanya melahirkan senyuman sinis. Dia seakan - akan seronok melihat Fang terseksa begitu. Jadi, tiada siapa boleh halang dia menghancurkan kerajaan Elemental.

   "Huh... huh..." Fang tercungap - cungap mencari nafas. Pandangan sayu dialihkan ke arah botol berisi gas cahaya ungu. "Ma.. gis aku."

   "Sekarang aku akan hapuskan kau." Retak'ka menukarkan tangannya menjadi penumbuk gempa. Dia mengangkat tangan, bersedia untuk menumbuk Fang sekuat - kuatnya.

   "NGOAR!" Bunyi ngauman kuat itu mengejutkan Gogobi dan Retak'ka. Retak'ka berpaling ke luar tingkap, bingung.

   "Bunyi apa itu?" Retak'ka tertanya sendiri. "Ah, pedulikanlah! Mari sini aku..."

   Tiba - tiba, dinding bilik itu roboh! Wajah garang Cattus memeranjatkan kedua makhluk tidak berperikemanusiaan di situ. Cattus mencakar gari yang mengikat Fang.

Fang Dan Tujuh Kembar Ajaibحيث تعيش القصص. اكتشف الآن