FDTKA 17

396 36 10
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

RAKSASA Tidur terjaga dari lenanya apabila mendengar bunyi tapak kaki menuju ke ruangan penjara. Mahu berjaga - jaga, malas pula. Tidak mungkin ada orang akan selamatkan tujuh kembar Elemental di sini.

   Bunyi langkah kaki itu terhenti di hadapan pintu penjara. Raksasa Tidur memalingkan wajahnya ke arah pintu penjara. Rasa curiga mula tumbuh di dalam hati. Entah - entah, pegawai kerajaan Elemental yang datang menyerang. Aduh, kacau dia tidur sahajalah!

   Dengan malas, Raksasa Tidur bergerak menuju ke pintu. Diintai melalui celah bawah pintu itu. Hmm, tidak ada seorang makhluk pun. Untuk mendapat kepastian, Raksasa Tidur memulas tombol pintu dan menjenguk ke luar. Serentak dengan itu, satu jerkahan menyapa dirinya dari sisi pintu. "BAA!"

   "Opocot, tembakan tidur!" Kechik rebah ke tanah akibat serangan tidur dari Raksasa Tidur yang melatah tadi. Gogobi terkebil - kebil memandang Kechik sudah melayari alam mimpi. Siap mengusap jari lagi!

   Gogobi menyoal. "Kenapa kau tembak Kechik?"

   Raksasa Tidur menayangkan riak menyampah. "Woi, dah kau sergah aku! Memang aku melatah jawabnya."

   "Ala, maaflah. Dahlah, aku nak hantar makanan ni." Gogobi masuk sambil memegang sisi dulang. Di atas dulang itu terdapat tujuh mangkuk yang berisi ulat merah besar yang masih bergerak.

   Setiap dulang itu dimasukkan ke dalam tujuh ruang sel penjara yang berbeza. Sampai sahaja di hadapan sel penjara Solar, Solar tegas bersuara. "Jangan letak. Aku tak akan makan benda jijik tu."

   "Aku pun!" Teriak Taufan dari sel bersebelahan sel penjara Blaze.

   Gogobi tayang muka bengang. "Bersyukurlah sedikit. Makan sahajalah ulat ni. Susah sangat ke?"

   Solar yang terbaring menghadap dinding mengalihkan pandangan ke arah Gogobi. "Kalau macam tu, aku nak kau makan sebelum aku. Mesti lapar, bukan? Yalah, kau dah jaga kita orang dari malam semalam."

   Masih segar di ingatan Solar, Gogobi membawa bangkai kucing untuk mereka berenam makan. Thorn dibiarkan kelaparan dalam pengsan sejak semalam. Malah, dengan kejamnya, Kechik membenamkan wajah Halilintar ke bangkai kucing yang masih berdarah. Disebabkan mereka berenam berdegil tidak mahu makan, mereka bertujuh direnjat dengan elektrik serentak.

   Betapa jahatnya mereka sehingga kembarnya yang lain  terbaring lemah. Thorn juga diseksa walaupun dia pengsan. Kini, hanya Taufan dan Solar yang masih segar membuka mata.

   "Hahaha, susah - susah saja! Aku dah makan tadi." Gogobi menolak. Perutnya diusap - usap. Gila! Tidak mahu dia menelan ulat - ulat merah itu. Menggelikan tekak sahaja.

   "Tak apalah, Solar. Mungkin dia dah makan berudu. Rupa pun macam ikan buntal. Patutlah tak kahwin lagi." Muka Gogobi merah menahan marah mendengar kutukan Taufan.

   Solar terus menyertai sesi kutukan. "Ha'ahlah. Mungkin dia dah makan banyak berudu tadi. Maaf tadi pelawa abang Gogobi. Mesti abang dan kenyang, kan?"

   "Eh, makan jelah! Banyak bunyi pula." Raksasa Tidur menghampiri Solar, bersedia untuk tidurkan Solar dengan kuasanya tetapi dihalang Gogobi.

   Gogobi bertanya dengan satu senyuman yang menyeramkan. "Aku tanya kau lagi, nak makan... atau tidak?"

   "Tak nak." Taufan dan Solar berkata serentak.

   "Baiklah." Gogobi mengeluarkan tongkat saktinya.

   Terketar - ketar Solar mengujarkan soalan. "Woi... kau... kau... na... nak buat apa... tu?"

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now