FDTKA 22

422 37 19
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami,"
"Kembar bertujuh!"
...

"TIDAK! LEPASKAN AKU!" Retak'ka meronta - ronta dari pegangan Laksamana Maskmana, meminta dilepaskan.

   Namun, apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Sekarang, dia hanya menunggu masa untuk menerima hukuman atas apa yang dia sudah lakukan.

   Fang menarik nafas lega. "Akhirnya... semua dah berakhir."

   "Fang..." panggil Gempa.

   Fang berpaling ke belakang. Satu senyuman senang terlukis pada wajahnya. "Aku rasa lega kau orang selamat dan..." Fang tersentak melihat Thorn berdiri di hadapannya. "Eh? Kau dah tak pengsan dah?"

   "Pak Cik Deep yang buat ramuan ubatan untuk racun epal tu." Thorn menunjukkan Deep berada di belakangnya.

    Pian meluahkan pendapatnya. "Rambut kau orang masih putih."

   Halilintar yang masih lemah merenung Amato. Kenapa lelaki itu mempunyai beberapa helai rambut putih, sama seperti mereka?

    "Itu sebab kau orang masih belum terima kuasa kau orang lagi." Skrin Ochobot bertukar menjadi putih dan bercahaya. Keluar tujuh cahaya berbeza warna dari skrin Ochobot.

   Beberapa penduduk menjenguk ke luar melihat fenomena tersebut. Ketujuh - tujuh cahaya itu berkeliaran sekeliling Fang dan tujuh kembar BoBoiBoy. Akhirnya, ketujuh - tujuh cahaya itu masuk ke dalam setiap pengguna Elemental masing - masing.

   Di tempat yang berlainan, ketujuh - tujuh pokok Elemental tumbuh dari batangnya. Daun - daun muncul dan bercahaya  pada setiap dahan dan ranting.

   Rambut ketujuh - tujuh kembar BoBoiBoy bertukar menjadi sediakala. Hanya beberapa helai rambut setiap mereka kekal berwarna putih. Amato mengukirkan senyuman senang melihat situasi itu. Begitu juga Mechabot.

   Blaze meraba - raba rambutnya. "Macam pelik pula kita tanpa topi."

   "Tanpa topi ke, aku tetap bergaya." Solar tertawa dengan kata sendiri. Gempa dan Fang masing - masing memutarkan bola mata mereka. Yalah, Solar. Yalah...

  Halilintar berpaling ke arah Fang. Satu senyuman dihadiahkan. "Terima kasih kerana tolong kami, kembar bertujuh!"

  Fang mengangguk. "Sama - sama, kau orang."

   "Berhenti!" teriak Gogobi. Dia datang menyergah dari belakang bersama Kechik dan kumpulan Tiga Rob tersebut. Dia sempat memegang lutut dalam keadaan termengah - mengah. "Kau orang sekarang dalam tahanan Re... sekejap, mana tuan Retak'ka?"

   Fang menghadiahkan pandangan tajam ke arah mereka berlima. Tujuh kembar BoBoiBoy berada dalam posisi menyerang manakala Amato menggenggam tangannya yang bercahaya. Kaizo juga berura - ura mengeluarkan pedangnya.

  Berpeluh mereka berlima dibuatnya! Kechik awal - awal lagi datang ke hadapan sambil menghulurkan tangannya. Perlahan - lahan Kechik menyusun kata, "ta... tahan jelah kami."

   Kumpulan Tiga Rob dan Gogobi turut menghulurkan tangan. Ha, tahu takut!

   Laksamana Maskmana yang baru selepas menghantar Retak'ka ke penjara tergaru kepala melihat lima orang penjahat menyerah diri. "Yang ni dah kenapa pula ini?"

   "Tahanan baru. Ha, alang - alang kau dekat sini. Kau boleh bawa dia orang sekali dengan Pian." Laksamana Maskmana hampir ternganga mendengar arahan Amato.

    Laksamana Maskmana menggari kelima - lima tahanan itu. "Tch, tahanan lagi. Ha, kau orang berlima ikut aku." Laksamana Maskmana mencuit bahu Pian. "Dahlah, jom Pian."

   Apabila Laksamana Maskmana bersama - sama Pian dan lima orang tahanan berlalu, barulah Blaze bersuara. "Ha, ini barulah berakhir konflik kita."

   Amato memandang pelik ke arah Deep yang tidak semena - mena tersengih seperti kerang busuk. "Yang kau ni tersengih - sengih kenapa? Aku lempang kan." Amato mengangkat tangan, acah - acah ingin menampar pipi Deep.

   "Tak adalah." Deep mengambil bola kecil berbentuk bulat di atas tanah. Dia  memicit beberapa punat lalu muncul sebuah portal di belakang Deep.

   "Eh..." Ice mengonyoh matanya, memastikan dia tidak tersalah lihat gerangan yang keluar dari portal itu. "Tok?"

   Amato tergamam. Mechabot seakan memahami keadaan itu, menyahgabungkan dia dengan Amato. Belum sempat si kembar bertujuh ingin memeluk atuk mereka, Amato terlebih dahulu meluru mendakap Tok Aba.

   "Amato ingat abah dah tiada." Bergenang air mata Amato ketika mengucapkan kata itu.

   Halilintar dan Gempa saling berpandangan. Abah?

   "Abah... apa maksudnya?" soal Ice.

   Ochobot memberikan penerangan. "Amato sebenarnya ayah kau orang. Ayah kepada Gempa, Halilintar, Taufan, Ice, Blaze, Thorn dan Solar. Ayah kepada adik beradik BoBoiBoy."

   Blaze menayangkan riak terkejut. "Seriuslah?"

    Mechabot berpeluk tubuh. "Kenapa pula kau ini?"

   "PERGH! AYAH KITA TENGAH NANGIS KOT!" Blaze menjadi teruja tidak kena tempat. Serta - merta bahunya ditumbuk perlahan  oleh Halilintar.

   Halilintar menegur kelakuan Blaze. "Kau ni dah kenapa menjerit tiba - tiba? Aku lempang kan."

   Tok Aba menjuih mulutnya ke arah Amato. "Kau orang tak nak peluk ayah kau orang ke?"

   Sebaik sahaja Tok Aba berkata, kembar - kembar BoBoiBoy berlari mendakap ayah mereka. Tidak padan dengan umur 18 tahun! Solar mengusap lengan. Kekok pula.

   "Lah, takkanlah instafamous nak peluk ayah sendiri rasa malu?" Fang tersengih menyindir Solar.

    Solar memandang toya ke arah Fang. "Mana adalah."

   "Solar, tak nak peluk ayah ke?" Soalan Amato itu membuatkan hati Solar menjadi sebak seketika. Solar terus berlari memeluk tubuh Amato.

    Sempat lagi Amato mengusik. "Sinilah, Mechabot. Peluk sekali."

   "Ergh, tak nak aku terlibat dengan drama manusia."

   "Meow." Cattus yang berada dalam fizikal asalnya menggeselkan kepalanya pada badan kaki Fang. Sepanjang perlawanan antara Retak'ka dengan Amato dan Fang, Cattus bersembunyi di dalam salah sebuah rumah penduduk.

   Fang tersenyum nipis. Entah kenapa dia rasa kosong melihat keakraban antara kembar BoBoiBoy dan Amato walaupun pertama kali berjumpa.

   Deep menggeleng kecil melihat Fang. Dia mencuit bahu Fang. "Pahlawan Kegelapan, kan? Kenapa tak pergi peluk abang kau?"

   "Abang?" Fang mengerutkan dahinya. Ditoleh ke arah yang ditunding Fang. Kelihatan seorang lelaki seiras dengannya memakan roti dengan selamba.

   'Balik ni, aku nak minum teh hijau. Boleh rehatkan badan,' detik hati Kaizo. Orang lain tengah buat drama air mata, dia boleh pula syok makan roti jagung dekat situ.

   Kaizo berpaling ke kanan apabila terasa bajunya ditarik. Dia terkedu melihat Fang berada di sisinya.

   "Kaizo, jaga diri kau dan adik kau baik - baik."

    Fang menyoal sambil memandang tepat mata Kaizo. "Betul ke, kau ni abang aku?"

   Kaizo tersenyum nipis. Rambut adiknya diserabaikan. "Ya, aku abang kau."

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now