FDTKA 23

485 36 17
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Terima kasih kerana tolong kami,"
"Kembar bertujuh!"
...

KEPADA Fang yang kacak dan bergaya.

   Retak'ka sudah ditahan dalam penjara Elemental. Dia sekarang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Kenal ibu angkat aku? Ha, dia pun sudah meringkuk dalam penjara PAS kerana menyalahgunakan magis yang dimilikinya.

  Pekerja - pekerja Retak'ka juga sudah terduduk di dalam penjara sambil menjalani hukuman mereka. Hmm, aku rasa bingung juga. Mana Cakada, ya?

   Sumpahan pada Tok Aba juga sudah terlerai. Sama juga dengan pemilik asal kuasa elemental Gempa. Tak ingatlah nama dia. Tok Kluster ke? Entahlah. Probe yang menawarkan diri untuk meleraikan sumpahan ke atas mereka berdua. Probe dah jadi baik sekarang.

   Semasa pertarungan itu, aku berjaya dapatkan semula kuasa aku, manipulasi bayang - bayang. Cuba teka apa jadi lepas pertarungan itu. Ala, kita kan otak terlebih cerdik. Ya, Kembar bertujuh itu sudah kembali jumpa ayah dia orang semula. Namun, sejak Solar jadi anak raja ini makin bertambah followers dia sekarang. Hek ek leh.

   Tapi paling penting, aku dapat berjumpa abang aku semula. Aku sekarang tinggal di rumah pusaka ibu dan ayah aku iaitu di kerajaan Elemental.

   "Woi, kau tulis karangan apa tu? Kata nak buat persembahan dekat KokoTiam Tok Aba." Kaizo menegur Fang yang asyik leka menulis. Entah apa benda adik dia tulis. Malas mahu ambil tahu.

   Fang menepuk dahinya sendiri. "Oh, yalah!"

   Fang melangkah menuju ke almari lalu mencapai beg galasnya. Sebelum keluar, dia sempat menoleh ke arah abangnya. "Abang tak ikut sekali ke?"

   "Tak payah. Sekarang teknologi dah maju. Aku tengok melalui telefon sajalah," ujar Kaizo sambil membelek skrin telefonnya.

   Fang memandang toya abangnya. Kurang ajar punya abang. Tak sokong adik langsung. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik, namanya diseru oleh Kaizo.

  Fang mengangkat wajahnya sekali. "Ada apa?"

   "Goodluck." Kaizo mengukir senyum. Dia sempat menghirup teh hijaunya sebelum menyambung kata. "Oh, lepas persembahan kau tu, jumpa aku dekat belakang pentas."

   Fang seakan terkedu. Belakang pentas? Cepat - cepat Fang menarik diri dari terus tenggelam dalam lamunannya. "Ha, okay. Aku pergi dulu."

...

   Halilintar menyarungkan topi baharunya. Topi itu  pemberian daripada ayah mereka. Sempat dipusing ke arah sekeliling, mencari kelibat Fang. Dia menoleh ke arah Solar. "Solar, kau nampak Fang tak?"

   Solar yang sedang mengunyah nasi goreng hanya menjungkit bahu. "Entahlah. Ala, sekejap lagi sampailah tu." Solar meneruskan kunyahannya.

   Gempa membuang pandangannya ke arah kampung kerajaan Elemental. Walaupun lantai itu kering dan retak kesan daripada pertarungan Retak'ka dengan ayahnya bersama Fang, penduduk di situ masih berusaha menjaga kawasan kediaman mereka.

   Dari jauh, kelihatan helang bayang mengibas sayap menuju ke arah mereka. Sebaik sahaja helang bayang itu menjejak ke tanah, Fang  melompat turun dari tunggangannya. Helang bayang itu terus hilang serta - merta.

   "Kenapa kau lambat?" Solar bertanya sambil meletakkan pinggannya ke atas meja bersebelahannya.

   "Aku masih baru dekat sini. Baru aku tahu kerajaan Sphere  dengan kerajaan Elemental  ini bersebelahan sahaja." Fang memberikan alasan.

   Blaze menyelak kain merah. Dia memasuki ke belakang pentas lalu menoleh ke arah Fang. "Ha, dah sampai pun kau, Fang." Pandangan beralih keenam - enam kembarnya. "Ayah kata sekejap lagi persembahan nak mula."

   "Persembahan nak mula?" Thorn tiba - tiba merasa gementar.

   "Jangan risau, Thorn. Kita kan dah pernah buat benda ni sebelum ini." Fang memberikan kata - kata semangat.

   "Buat pertama kalinya, aku bersetuju dengan landak." Sempat lagi Solar mengejek Fang.

   Fang menjeling Solar. Fang berdesis, perlahan. "Eee, nasib kau anak Putera Amato kalau tak aku telengkan kepala kau..."

   Ice menyampuk sekaligus meredakan keadaan. "Dah, dah. Jangan gaduh. Kacau aku tidur sahajalah."

   Halilintar memandang Ice. Rasa bengang sedikit timbul di dalam hati. "Tidur apa ke bendanya. Nak mula dah ni."

   Kedengaran suara Amato di sebalik tirai. "Selamat sejahtera kepada kau orang semua. Sebentar lagi kita akan menerima persembahan dari Fang Dan Tujuh Kembar Ajaib!"

   "Ish, kau ni. Bagilah aku pinjam mike pula. Asyik kau je." Suara Mechabot kedengaran tidak berpuas hati.

   "Sabarlah. Itu pun nak berkira." Amato seakan tidak mahu mengaku kalah dengan Mechabot.

   Sebelum berlaku pertarungan antara Mechabot dan Amato, Tok Aba segera naik ke pentas. "Ha, bagi mike pada atuk. Kau orang boleh turun."

   Dengan pasrah, Amato dan Mechabot turun dari pentas. Itu pun sibuk acah - acah tayang penumbuk. Memang kebudak - budakkan betul dia orang ini. Serupa benar Fang dengan Solar.

   "Tanpa membuang masa, mari teruskan persembahan!" Serentak dengan itu, tirai merah dibuka. Para  penonton mula bersorak gembira.

   Fang menyambut mikrofon dari tangan Tok Aba. Dia sempat menoleh ke belakang. Kembar bertujuh mengangguk, bersedia untuk melakukan persembahan.

FIRE AND WATER
Faizal Tahir

(Semua)
Oh oh oh oh
Oh oh oh oh
Ada masa ku mahu jadi biasa
Ada masa ku mahu luar biasa
Mahu ku jadi juara
Mahu ku berjaya

(Fang)
Kata orang hidup biar berjasa
Dunia ini hanya sementara
Berani hadapi semua
Harus kau percaya

(Kembar BoBoiBoy)
Ku cuba dan cuba
Ku tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba
Ku tak putus asa
Pasti sampai ke sana

(Semua)
I'm Fire and I'm Water

  

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now