FDTKA 19

398 35 16
                                    

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh!"
...

5 jam sebelum...
9:30 PAGI

"PRAKK" Bunyi ranting dipijak memecahkan kesunyian antara Fang dan Cattus. Fang cepat - cepat mengangkat kaki apabila dia sedar dia telah membuat bunyi.

   Fang memandang ke kiri dan ke kanan sebelum menarik nafas lega. Fuh... nasib baik tiada orang dengar.

   Kini, mereka menjejakkan kaki di kerajaan Elemental dan sekarang mereka betul - betul berada di belakang kediaman usang milik Retak'ka. Disebabkan kawasan hadapan kediaman ini menjadi 'pusat lepak' pekerja Retak'ka, Cattus dan Fang terpaksa masuk melalui pintu belakang.

   "Meow." Cattus menggerakkan kepalanya ke kanan, menyuruh Fang menjejak anak tangga konkrit yang  rapuh. Ada anak tangga yang jatuh pun ada.

   Kelapan - lapan anak tangga itu ditumbuhi lumut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Kelapan - lapan anak tangga itu ditumbuhi lumut. Malah ada beberapa daun kering terhias atasnya. Anak tangga paling bawah itu masih lagi kuat berbanding dengan anak tangga paling atas.

   "Eh, anak tangga ni macam tak kukuh je aku tengok. Nanti kalau jatuh anak tangga yang lain mesti kita menarik perhatian orang - orang monyet tu. Tak nak aku." Fang menolak habis - habisan cadangan si kucing itu.

   Cattus tayang muka menyampah. Mengada - ngada betul budak ini. Cattus mengundur beberapa langkah ke belakang lalu berlari menuju ke anak tangga. Dia kemudiannya melompat melepasi anak tangga yang sudah jatuh ke tempat yang selamat.

   "Hek ek leh. Aku pun boleh buat." Fang merasa bengang melihat muka bangga Cattus. Dia mengulangi perbuatan Cattus sebentar tadi. Namun entah apa kesalahan Fang, boleh pula ketika hendak lompat itu, anak tangga yang dipijak Fang jatuh ke bawah.

   Fang sempat lagi mengutuk anak tangga itu. "Kurang ajar betul. Memang sekarang mahu jatuh."

   "Woi, siapa tu?" Suara itu menyentakkan Fang dan Cattus.

   Mereka berdua segera menyorok di sisi pintu. Selang beberapa saat, pintu dibuka dan keluar seorang pemuda memakai topi berwarna perang serta topeng muka yang sedikit panjang.

   Belum sempat pemuda itu bergerak melepasi pintu, Fang menggunakan magisnya, menolak pintu itu sekuat mungkin sehingga pemuda itu jatuh ke bawah.

   Pemuda itu merapu dalam pengsan. "Dua tiga pintu. Peningnya.." 

   Fang menjenguk ke bawah. Dia memerli pantun yang disebut pemuda itu. "Heh, pantun pun salah. Ada hati nak berpantun."

   "Meow..." Cattus mengiau menunjukkan ke arah pintu yang terbuka.

   Fang menunjukkan tapak tangannya, meminta kucing itu bersabar. Cattus memutarkan bola matanya. Pasrah sahaja kucing itu duduk menunggu Fang.

   Fang mengeluarkan tongkat saktinya. Melalui magisnya, dia mengambil topeng muka dan topi berwarna perang milik lelaki itu. Cattus memandang hairan melihat Fang menyarungkan topeng lelaki itu.

Fang Dan Tujuh Kembar AjaibWhere stories live. Discover now