Bab 2

6.9K 118 21
                                    

FARIS menggeliat di tilamnya itu. Wah, serius tidur atas katil dengan tidur atas lantai tak sama. Aku baru tahu! Haih, ingat apa? Aku kaya pun tak bererti aku ni tak reti tidur atas lantai, memang dah selalu sangat pun.

Tapi selalunya aku dari atas katil turun ke bawah lantai, biasalah kalau orang yang tak reti tidur diam ni akan jatuh. Hem. Sebab tu selalu sakit pinggang bagai.

Faris mengambil telefonnya yang berada tidak jauh daripada tempat tidurnya itu. Tak boleh telefon jauh dari badan, nanti mati katanya.

Terpapar jam pada skrin telefonnya yang tidak ada calar sama sekali itu. Faris ni memang macamni, semua barang dia tak ada yang rosak sebab tu dia ni limited!

Faris bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu. Ingat apa? Orang oversea tak pandai solat? Tidak okey. Mummy ada je selalu nasihatkan suruh solat, katanya tenang hidup kalau solat, dan benda tu tak boleh dinafikan memang betul sahabat, jadi jangan lupa solat kay?

Usai saja solat subuh, Faris duduk di tilam itu. Tak salahkan nenek sebab tak mampu nak beli katil, yelah diorang orang kampung katanya tak minat tidur atas katil.

Lagi selesa kalau tidur dekat lantai. Memang betul pun tidur dekat lantai ni lagi selesa, serasa macam luas pula. Kalah katil saiz king tuew.

   "Akak,nak tak kalau harini kita jalan-jalan kat bandar?" tanya Niah ke arah sang kakak yang giat dengan mengemas baju itu.

"Hmm boleh je tapi nak kemana aje?"

"Alah pergilah dekat mana-mana pun,bosanlah Niah asyik terperap dalam rumah ni...nak keluar takde duit." Niah melepaskan keluhan.

"Takde duit? Kan akak dah ada masukkan dah duit dalam bank mak tu, kenapa tak guna je?"

"Mana boleh macamtu kak, lagipun tu bukan hak Niah. Nanti habis mak cubit Niah ni."

"Haduh...takdanya mak marah. Hah yelah harini akak belanja kau shopping amacam?"

"Serius ni kak? Kalau Niah nak borong satu kedai sekali takpe ke?" Kata Niah dalam nada berguraunya.

"Boleh je, dengan kedai-kedai sekali kau nak angkut pun takpa. Yang pentingnya semua pakaian yang kau beli tu kau habis pakai, kalau tidak sayang, membazir." Pn.Rati menasihat adiknya itu.

Dia tahu sangat dengan si Niah ni, memang dari dulu kaki shopping. Cumanya tak ada duit buat nak belanja jadi angan-angan jadi Miss Shopaholic dia tu terus padam!

   Rambang mata Niah melihat baju-baju yang digantung rapi dalam barisan di kedai itu. Fiza Boutique. Ya itulah nama kedai yang penuh dengan kepelbagaian jenis baju disana.

Dari baju kurung lama hingga ke moden, dari baju kebaya lama hingga ke moden dan yang sejenis dengannya.

"Kak, kita masuk sini!" Niah menarik tangan Puan Rati masuk kedalam kedai itu.

Puan Rati pula hanya turutkan saja. Iyalah, dia sudah janji nak belanja adiknya itu.

Faris hanya menghantar pandangan ke arah aunty dan mummynya itu masuk kedalam kedai baju itu. Kerana dalam kedai itu semuanya baju wanita dia melangkah pergi dari sana.

Cuba mencari kedai minum sementara menunggu dua wanita tua itu siap. Oh ya Nek Wan mana? Nek Wan tak ikut, katanya dia nak ke rumah kawan baiknya di hujung kampung.

Faris memesan Bubble Milk Tea. Nak try juga macam mana rasanya. Hek, bukan tak pernah minum benda alah ni tapi dia tak minat. Korang lainlah, tekak tu lain sikit. Hahaha!

Faris menyedut perlahan airnya itu. Boleh tahan juga rasa dia, patutlah viral kan?

Kerana leka menikmati minumannya, bahunya tak semena berlaga dengan bahu seseorang. Habis jatuh minuman dia. Ah, baru berapa kali sedut dah jatuh pula. Faris menoleh, cuba mengecam siapakah gerangan yang berlanggar dengannya itu.

"Eh sorry," kata lelaki itu.

Faris memberikan senyuman. Lelaki itu sedikit terkejut namun dia kawal reaksi wajahnya. Mungkin sebab dia terkejut muka Faris. Iyalah, anak kepada orang Belanda kan?

"Sorry bro, I don't look where I'm going. Sorry again." lelaki itu berkata.

Faris tertawa. Speaking ke? Alah tak perlu pun lah bruh! Lelaki itu mengerutkan dahi, dah kenapa? Apa salah ke yang dia cakap? Ke memang tak betul dia cakap?

"Tak payahlah speaking pun, aku tahulah bahasa Melayu," kata Faris sontak membuatkan lelaki itu tersengih malu.

Ooh manalah dia tahu kalau Faris yang berwajah memang orang oversea fasih dengan Bahasa Melayu.

"Wah, pandai Melayu rupanya kau ni," kata lelaki itu tertawa kecil.

Faris mengangguk dan tersenyum. "Mestilah tau."

"Ah tapi pasal air kau, aku betul minta maaf tau. Tak sengaja, aku fokus sangat dengan telefon."

"Alah takpa, dah alang-alang sembang ni kita berkenalan boleh tak?"

Lelaki itu tersenyum.

"Aku Zakri. Kau?" Zakri menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Faris.

Faris segera menyambutnya. "Aku Rian," jawabnya.

Memang sengaja dia intro pakai nama kedua sebab nama pertama khas untuk orang yang special saja.

"Ahh, nice name," puji Zakri.

Faris hanya tersenyum mendengarnya. Tangan mereka leraikan dari terus bercantuman itu. Karang ada pula orang mengata diorang ni gay padahal elok tengah salam perkenalan.

"Eh, jomlah kita lepak dulu kat sana," bawa Faris. Dah alang-alang nak kenal tu bolehlah kan ajak borak dulu.

Gelas tadi dibuangnya ke dalam tong sampah, untung saja ada pak cik tukang bersih lalu sana. Jadi boleh dia bersihkan terus kotoran tadi.

   "Mana Rian ni kak? Tak nampak dia ni? Takkan dah hilang?" mata Niah melilau ke sana sini mencari anak buahnya itu.

"Alah tak hilang mana pun dia tu. Akak tahu ni mesti dia pergi cari minum, marilah kita cari."

Hampir 30 minit diorang cari si Faris ni dekat kedai-kedai makan yang berhampiran. Akhirnya jumpa juga. Rupanya tengah bersembang dengan Zakri dekat Cafe hujung tu. Patutlah.

Mereka mengatur langkah mendekati Faris dan Zakri yang rancak bersembang itu.

"Faris?" panggil Puan Rati lembut sontak membuatkan Faris dan Zakri terus menoleh ke arah mereka.

"Eh, mummy." Faris berdiri lalu menapak ke arah Pn.Rati.

"Sorrylah kalau Ris tak bagitahu mummy yang Ris ada dekat sini," kata Faris tersengih.

"Tak apalah. Hah, yang ini siapa?" tanya ibunya yang sudah memandang ke arah Zakri itu.

"Yang ni kawan baru Ris, Zakri nama dia. Bro perkenalkan ni mak aku," kata Faris memperkenalkan mereka.

Zakri hanya mampu memberikan senyuman. Malulah katakan, heheh.

"Amboi, mak Rian aje ke Rian perkenalkan? Habistu your prewty aunty ni nak buang ke mana?" kata Niah membuatkan mereka tergelak.

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now