Bab 9

3.9K 74 26
                                    

KELAS 2

Faris menyapa Zakri yang termenung memandang mejanya itu.

"Bro? Termenung je kenapa?" tanya Faris.

Zakri memberikan senyuman tipis. Dia sebenarnya tak tahu sama ada mahu diceritakan ataupun tidak tentang kejadian dia dengan Suraya semalam.

"Apahal ni? Kau okey tak?" tanya Faris.

Dia risau dengan diri Zakri yang tiba-tiba membisu. Selalunya mesti dia yang paling banyak sekali berbicara, tidak kisahlah bilapun waktunya.

"Rehat nanti aku cerita," kata Zakri.

Faris mengangguk. Dia tak paksa juga untuk Zakri ceritakan masalahnya dengan dirinya, iyalah kalau memang tak selesa dengan cara meluah tak apa.

Suraya kembali ke sekolah seperti biasanya. Ramai juga yang tertanya ke mana dia pergi selama seminggu dan ramai juga yang senang dengan tiadanya Suraya lebih-lebih lagi Dila.

Dila ini bukanlah gemar sangat berkawan dengan Suraya. Dia hanya berkawan dengan Suraya kerana ingin meraih popularitas. Macam budak tak matang kan? Tapi itulah dia kebenarannya.

******

Cikgu David memandang tajam ke arah Suraya.

"Kamu ingat sekolah ni bapa kamu punya? Suka-suki kamu saja nak tentukan bila nak ke sekolah ya? Dengar sini Suraya! Ini amaran terakhir buat kamu! Sekali lagi diulang,ambil borang berhenti sekolah terus!" marah Cikgu David.

Dia memang tak suka dengan murid yang suka-suka saja buat pilihan mahu ke sekolah atau tidak. Dia ingat sekolah ni apa?

Suraya mengangguk faham. Terus kaki menapak keluar setelah diberi surat amaran terakhir itu. Keluhan dilepaskan. Nasib sajalah Zakri mahu menolongnya.

******

Suraya membuka buku notanya yang sudah lama dia tinggalkan itu. Dia semestinya seorang yang gemar menulis nota tapi semenjak kejadian orang tuanya meninggal ,dia hidup sebatang kera.

Tiada saudara mara, tiada keluarga lain. Sebab itulah dia selalu telat pulang ke rumah sewanya itu. Dia perlu menyara hidupnya sendiri. Segala penampilannya turut diubah kerana tidak mahu jadi bahan mulut orang.

* * *

PERPUSTAKAAN

Sengaja Zakri membawa Faris ke perpustakaan kerana dia mahu menceritakan apa yang telah terjadi antara dia dengan Suraya tadi malam.

Kerana takut orang mendengar perbicaraan mereka, Zakri bahkan sampai berbisik kepada Faris. Naik geli jugalah telinga ni dengan hembusan nafas si Zakri, terasa macam berdosa pula.

Alahai Zakri! Ni kalau orang nampak, memang tambah lagi gosip pasal Faris dengan dia gay. Uish!

"Ooh, macamtu ceritanya. Jadi kau dengan dia memang sebumbung lah sekarang?" tanya Faris.

Zakri mengangguk.

Sebenarnya tadi malam...

******

"Dekat mana rumah kau ni? Cuba cakap betul-betul," kata Zakri mulai bosan dengan jawapan Suraya yang bila ditanya dimana rumahnya, asyik dengan menjawab tak tahu.

"Saya takde rumah! Saya tinggal pun rumah sewa dan sekarang saya dah kena halau sebab dah lama tangguh pembayaran sewa," terang Suraya.

Zakri menggelengkan kepalanya. "Kenapa kau tinggal sorang-sorang? Dah bosan ke duduk dengan mak bapa?" soal Zakri terus membuatkan Suraya tunduk terdiam.

"Ooi? Aku tanya tadi,jawablah," kata Zakri.

Suraya diam seketika.

"Mak dengan ayah saya dah lama meninggal.Dah dua tahun dah.Saya sebatang kera dekat dunia ni," terang Suraya. Kali ini giliran Zakri pula terdiam.

Stereng kereta itu dipusingnya, keretanya masuk ke sebuah jalan. Berbeda arah ke rumah sewa Suraya. Suraya pula hanya mampu diam dan ikut saja.

"Aku tadi kira nak tolong bayarkan kau punya sewa tapi dengar kau ni sebatang kera aku tak jadi pula.Kalau aku bawa kau tinggal rumah aku,kau nak je kan?" tanya Zakri cuba mendapatkan persetujuan dari Suraya.

Mata Suraya terbuntang luas. Tinggal di rumah Zakri? Nanti apa pula kata mak dan ayahnya?
"Kau jangan risaulah,aku pun tinggal sorang-sorang sebab aku jenis suka bermandiri sebenarnya," terang Zakri.

Sekarang sudah menjadi masalah lagi. Takkanlah dia mahu tinggal serumah? Berdua saja? Karang timbul pula fitnah. Aduh Zakri, kau jangan buat hal!

"Kau tak payah risau pasal benda lain.Aku ni bukannya lelaki yang gila seks macam lelaki dekat luar tu," terang Zakri tenang.

Suraya masih diam saja. Dia tak mampu nak membalas bahkan membuka mulutnya. Mulutnya bagai sudah dijahit.

"Aku cuma nak kau buat apa aku suruh,kau faham?"

Suraya mengangguk kepalanya perlahan. Dah alang-alang Zakri nak membantu, biarkan sajalah kan? Tapi walaupun Zakri bilang dia tak gila seks, Zakri tetap seorang laki-laki yang punyai nafsu.

Suraya berdoa agar dia tidak diapa-apakan. Dia tak mahu menanggung dosa lagi. Cukup perit pengalamannya dinodai dahulu. Dia tak mahu benda itu berulang lagi.

******

Cikgu Pisa mulai mengedarkan jadual peperiksaan serta ujian yang akan berlangsung sepanjang tahun itu. Ini untuk melihat perkembangan dari masa ke masa standard pemikiran para pelajar. Aiseh.

"Baiklah. Minggu depan kita sudah mulai ujian pertama jadi saya mahu kamu semua bersedia. Dan anggaplah ujian ini serius kerana sebahagian guru bakal memberi markah bonus berdasarkan ujian-ujian yang berlangsung itu. Jadi, do your best," kata Cikgu Pisa.

Seiringnya waktu ujian mulai berlangsung, Faris masih juga tetap berkunjung ke kantin dengan kerap. Ya tidak juga dihalang oleh para guru kerana mereka percaya yang Faris mampu mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

"Faris....Awak fokuslah dulu dengan pelajaran awak,jangan lagi datang sini selalu.Masa rehat pun dah habis tapi awak masih lagi dekat kantin.Saya tak nak lah nanti awak punya prestasi menurun sebab saya," kata Tija.

Faris memberikan senyuman kepada Tija.

"Awak tak payah risaulah pasal saya.Saya ni selalu cemerlang kalau bab belajar,so ujian-peperiksaan ni memang dah sebati dalam diri saya.Janganlah risau okey?"

"Bukan main lagi bercakap besar kan?Karang awak tiba-tiba gagal macam mana?"

"Awak doakanlah yang baik-baik untuk saya." Faris mengedipkan matanya.

Haish Faris Rian! Mata tu nak kena cungkil keluar ke? Tak habis-habis dengan perangai bermain mata, karang kalau buta baru tahu!

Tija tersenyum.

'Saya selalu doa yang baik untuk awak,' ucapnya dalam hati.

Tak payah nak dibagi dengar pun si Faris tu, nanti makin menjadi-jadi dia punya perangai!

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now