Bab 19

2.7K 70 10
                                    

Zakri menahan tangan Suraya dari terus menusuknya itu.

"SURAYA! SEDAR SURAYA! AKU NI! ZAKRI!" kata Zakri berharap yang Suraya bakal sedar tapi tidak.

Suraya sudah dibutakan dengan sejarah gelapnya itu.

"AKU AKAN BUNUH KAU! AKU AKAN PASTIKAN KAU MATI DITANGAN AKU!" jerit Suraya lagi.

Zakri terus menarik Suraya, tangannya pantas menepis pisau itu dari genggaman Suraya. Kini dia tidak ada pilihan selain mendakap erat tubuh Suraya, ini sajalah jalan untuk dia menenangkan Suraya.

Zakri tidak melepaskan pelukannya meskipun Suraya begitu kuat meronta-ronta mahu melepaskan diri.

"Mengucap Suraya!" jerit Zakri.

Perlahan-lahan Suraya mulai tenang namun air mata mengalir deras. "Tolong..." ucap Suraya.

"Shh...sudah, sudah...aku ada sini, jangan risau..shh..." kata Zakri menenangkan Suraya.

"Dia...dia rosakkan saya...saya dah kotor...saya tak suci..." ucap Suraya dengan esakannya semakin kuat.

Zakri menepuk perlahan bahu Suraya, bagai ayah yang sedang mendodoi anaknya. Suraya pula menggenggam erat baju Zakri, tangisnya tak henti.

******

Zakri memberikan segelas air hangat kepada Suraya. Selepas saja kejadian tadi, Zakri bergegas membawa Suraya ke bilik milik Suraya.

Serpihan pinggan yang pecah itu pula dia segera bersihkan, kemudian barulah dia mengambilkan air hangat untuk Suraya minum.

"T-terima kasih," ucap Suraya, kepalanya masih menunduk.

Lepas kejadian tadi dia tak berani nak memandang Zakri, lebih-lebih lagi bila dia ingat dia dah berani peluk Zakri. Memang tidak beranilah dia nak memandang Zakri.

Zakri menghelakan nafas panjang. Kemudian dia duduk mencangkung dihadapan Suraya.

Tangannya pula memegang kedua bahu Suraya, boleh terasa dengan jelas yang Suraya sudah bergetar ketakutan.

"Kau ceritakan pada aku sekarang,apa punca kau jadi sampai macamni?" kata Zakri

Dia mahu tahu semuanya.

Suraya perlahan mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah Zakri. Zakri menatapnya bersungguh mahu tahu apa yang menganggu fikiran Suraya sehingga dia boleh jadi histeria tadi.

Suraya menghelakan nafas panjangnya. Mungkin sudah masa untuk dia meluahkan segalanya. Segala-galanya...

* * *

"Sayang...sini kejap sayang," panggil Faris.

Tija yang sedang menonton televisyen itu terus mengangkat punggung dan membawa dirinya ke arah Faris yang berada di dapur.

"Kenapa ni hubby?" soal Tija.

Faris tersenyum lalu dia menunjukkan meja yang telah siap dia dekorasikan sendiri, dengan ada lilin, bunga dan satu pinggan sandwich.

Wah, sempatnya buat semua ni ye?

Tija tersenyum.

"Ya Allah,bila hubby buat semua ni?" Tija melabuhkan punggung di kerusi, Faris juga turut sama.

Dia tersenyum.

"Hubby siapkan masa sayang leka tengok tv tadi tu hah.Nasib baiklah sempat. Hah ni hubby buat khas untuk sayang."

"Kita kahwin baru berapa hari hubby,anniversary pun lama lagi."

"I know sayang,hubby saja buat.Nak juga ada romantic dinner with my wife kesayangan ni," ucap Faris membuatkan Tija tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Thanks for everything hubby," ucap Tija pula.

Faris mengambil tangan Tija lembut. "Anything for you sayang," ucapnya.

Amboi kemain kau feelingnya ooi! Sendulah author kalau macamni huhu...

* * *

Calling Rian

Zakri : Rian, I need your help. Now.

Kedengaran jelas suara yang mendatar dari Zakri.
.

"Saya terima nikahnya Suraya binti Mahmod dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai."

Sah, sah, sah.

Alhamdulillah.

Mereka menadah tangan membaca doa.

Alhamdulillah Suraya sudah bergelar isteri kepada Zakri.

* * *

"Tak sangka kau pun ikut aku sekali kahwin awal ye?" kata Faris memerli sahabatnya itu.

"Aku buat bersebablah Rian," jawab Zakri.

Dia kemudian memandang ke arah Suraya yang duduk dibangku sana dengan Tija itu.

"Su?Su okey tak ni?" tanya Tija.

Suraya hanya mengangguk perlahan. Zakri mengahwininya kerana Zakri ingin menjaga kehormatan Suraya. Walaupun Suraya bukan lagi dara tapi dia tetap mahu menjaga Suraya, lagipula semua itu bukan salah Suraya.

Arman itu yang salah, gara-gara melayani nafsunya dia sanggup merosakkan pelajarnya sendiri. Dasar tua nak mampush!

"Suraya lepasni tak perlu lagi risau okey?Dah ada Zakri yang akan jaga Suraya," kata Tija.

Suraya memberikan senyuman tipis kepada Tija, terus dia memeluk tubuh Tija itu.
Tija tersenyum lalu membalas kembali pelukkan Suraya.

Sedang mereka dibuai dengan suasana kesedihan dan kegembiraan, tiba-tiba lengan Tija ditarik hingga terlerainya pelukan dia dengan Suraya.

"Tak payah nak peluk-peluk ya? Aku sorang je boleh peluk dia," kata Faris membuatkan Tija menggeleng.

Nak jeles kenapa? Dia peluk perempuan, bukannya lelaki kan? Aduhai Faris!

Suraya tertawa kecil. "Tak sangka Rian ni orangnya tukang cemburu ya?" kata Suraya.

"Ehh memanglah," kata Faris.

Pergh kau !

* * *

Suraya memandang ke arah Zakri yang sedang fokus pada pemanduannya itu.

"Kenapa tenung saya macamtu?" tanya Zakri.

"Terima kasih," ucap Suraya, kemudian dia perlahan mencium pipi Zakri.

Zakri sedikit terkejut. Stereng kereta dipusing dan kereta diparking ditepi jalan.

"Aik?Kenapa berhenti ni?" tanya Suraya.

Zakri melepaskan keluhan kecil. Dia menoleh ke arah Suraya.

"Awak sengaja kan?" kata Zakri membuatkan Suraya mengerutkan dahinya.

Sengaja apa pula? Dia cakap terima kasih kan tadi? Ke salah dia cakap?

Zakri terus mencium bibir Suraya.

AI SENDU PULA I TAIP BENDA NI HADEH!

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now