Bab 13

2.4K 71 27
                                    

SABTU, Restoran Saleh

Tija hanya mampu diam saja kerana gementar yang sudah memuncak dalam dirinya itu. Pn.Rati memerhati saja Tija yang berada dihadapannya itu. Tija hanya menunduk.

Kau nak tahu apa dia rasa sekarang? Memang macam nak pengsan pun ada. Mana tidaknya kalau ditenung bakal mak mertua kan? Takut!

"Tija ye nama kamu?" soal Pn.Rati.

Tija mengangkat wajahnya perlahan-lahan memandang ke arah Pn.Rati, dia kemudian mengukir sebuah senyuman.

"I-iya mak cik," katanya Tija.

Pn.Rati tersenyum.

"Kenapa panggil makcik?Panggil sajalah mummy," kata Pn.Rati.

Terbuntang luas mata Tija mendengarnya. Belum apa-apa lagi sudah disuruh panggil mummy? Aduh, kekoklah pula.

"S-saya seganlah," kata Tija perlahan membuatkan Pn.Rati tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Alah,tak payah segan-segan.Mummy ni kan mummy Tija juga," kata Pn.Rati.

Berbunga hati Tija mendengarnya. Iyalah, dia ini pun anak yatim piatu.

"Baiklah ma-mummy," kata Tija sambil mengukir senyuman.

"Macamtulah mummy nak dengar.Hah,jadi lepas si Faris ni ambil keputusan dia,bolehkan kalau diteruskan saja dengan perkahwinan?" soal Pn.Rati.

Faris yang berada disamping ibunya itu tersenyum lebar. Memang itupun yang dia mahu. Dia kemudian memandang ke arah Tija. Dia mengangkat keningnya.

Dia mahu Tija bersetuju. Lagipula, lambat lagi kalau nak bertunang dulu.

"B-Baiklah mummy.Dah kalau itu yang terbaik,saya ikut saja," jawab Tija.

Faris tersenyum menang. Yay! So bagus Tija! Itu yang saya mahukan! Getus Faris gembira.

* * *

"Mummy,macam mana mummy tengok Tija tadi?Dia okey kan?" tanya Faris.

Pn.Rati tersenyum, tangan Faris diambilnya lembut.

"Mummy bangga dengan anak mummy ni sebab dapat pilih orang yang paling sesuai buat Faris," balas mummynya membuatkan Faris terus tertawa kecil.

Tengok orangnyalah siapa kan? Tak lupa juga tengok ibu serta ayahnya heheh!

* * *

"Apa?!FARIS NAK KAHWIN?!!" terkejut beruk Aunty Niah bila mendengar dari kakaknya yang Faris ingin berkahwin.

"Iyalah,kahwin.Kenapa?" tanya kakaknya.

"Kak are you serious kak?Dia tu baru 17 tahun! Tak boleh,tak boleh!!" bantah Niah.

Aik? Anak siapa sebenarnya ni?

"Biarlah dia nak kahwin awal,mak pun sokong dengan apa yang Faris buat tu," sampuk Nek Wan pula.

"Mak! Mak dah gila ke apa?!!"

Pakk! Satu tamparan hinggap di lengan Niah. Pasaipa kuang ajaq sangat?

"Kamu tu berani betul nak cakap mak gila ya?" marah Nek Wan.

Niah mengusap lengannya itu. Habis merah.

"Sorrylah mak,orang tak sengajalah.Terlepas." Niah memuncungkan bibirnya. Eleh, konon merajuk heh!

"Yang kau tak setuju sangat tu kenapa?" tanya Nek Wan.

"Yelah,memanglah orang tak setuju.Mana aci si Rian yang baru 17 tahun nak kahwin? Malulah Niah yang dah 30 ni belum kahwin.." terang Niah.

Lah? Pasal tu pula haih, ingatkan apa. Nek Wan menggelengkan kepalanya.

"Itu je kau risau? Salah kau juga,dulu mak suruh kau kahwin kau cakap awal lagi kan?Sekarang padanlah muka kau," kata Nek Wan membuatkan Niah terus mencebik geram.

"Eeh dahlah Niah nak masuk tidurlah." Niah terus bangun dan menapak masuk kedalam biliknya.

Faris, Nek Wan dan Pn.Rati tertawa melihat Niah. Hadeh Niah, itupun nak terasa ke? HAHAHA JAHAT DOH!

Niah; author memang jahat. sengaja bagi orang terasa!

Author; sorrylah weh,saja nak bagi lawak sikit. itupun lawak tak sampai lagi ni. hambar!

Niah; author sedar diri pun tak pandai buat lawak!

Author; kau nak aku buang kau dari cerita ni?

Niah; 😶 Please don't!

Author; jadi jangan kuang ajaq noh 😪

Niah; o-okey...

-saja nak menyampuk lagi 😂! takesah kan? HAHAH! tahu korang menyampah kan? hm, 😢-

* * *

Faris memandang ke arah ibunya.

"Mummy,kalau Ris nak kerja sementara tunggu result keluar boleh tak?" tanya Faris.

Pn.Rati menoleh ke arah Faris.

"Kerja?Kamu nak kerja apa?" tanya Pn.Rati.

"Tak kesahlah kerja apa pun mummy.Asalkan benda tu halal.Boleh?"

"Boleh tu memanglah boleh Ris.Nanti mummy bagitahu daddy tolong carikan kerja buat kamu okey macamtu?"

"Daddy? Tak naklah,nanti daddy bagi Ris kerja pejabat pula.Tak naklah," tolak Faris.

Dia tahu betul dengan sifat daddynya itu. Pasti dia mahu Faris bekerja di pejabat. Sedangkan Faris tak minat kerja pejabat.

"Lah,kan elok tu kerja pejabat,senang" kata Pn.Rati.

"Memanglah senang mummy tapi Ris tak minat kerja pejabat,benda tu membosankan," terang Faris.

"Hmm kalau macamtu,kamu carilah kerja sendiri.Mummy sokongkan aje,yang penting halal."

"Hah kalau macamtu,Ris rasa nak buka cafe.Boleh?"

Pn.Rati berfikir sejenak. Cafe? "Modal?" tanya Pn.Rati.

Iyalah, ingat senang-senang cakap? Kenalah ada modal juga nak meniaga. Tak ada modal, apa pun takdak!

Faris tersenyum. "Mummy mesti lupa siapa daddy kan?" Faris menjongket-jongketkan keningnya.

Pn.Rati mengerutkan dahinya, lupa?

"...daddy kan kaya mummy...Alahai mummy ni,lupa dah ke?"

Pn.Rati tertawa kecil. Haahlah, kaya! Dah lama sangat tinggal di rumah usang ini, sampai lupa latar belakang dia dengan suaminya itu. Wah, lupa pula ye? Hikhok!

"Iyelah,nanti mummy tolong bagitahu daddy ye?" kata Pn.Rati.

Faris terus menyalam tangan ibunya dan terus menciumnya. Dia tersenyum gembira. Boleh juga dia bawa kawan-kawan dia kerja sekali kan? Tak salah kita nak berkongsi right? Kongsi rezeki, sama-sama senang. HIKHOK!

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now