Bab 4

4.6K 97 21
                                    

PERPUSTAKAAN

Faris mendapat pujian daripada para guru kerana berani menyuarakan pendapatnya untuk mengubah suai semula perpustakaan sekolah itu.

Bukan apa, semua catnya sudah luntur dan persekitaran yang agak kotor serta suram. Kerana sekolah tak mempunyai perbelanjaan yang cukup buat memperbaiki semula perpustakaan, jadi Faris dengan senang hatinya akan membiayai semua perbelanjaan.

Dia bahkan mahu membiayai perbelanjaan sekolah jikalau mahu memperbaik semula seluruh sekolah itu. Ya tak apalah, kaya kan? Tak ada salahnya juga kalau sekali-sekala keluar duit buat sekolah kan? Bertambah rezeki diorang nanti.

aamiinn...

Faris sekarang cukup senang kerana perpustakaan sekolah itu sudah mulai diperbaikpulih. Jadi semoga selepas daripada pembaharuan perpustakaan ini akan menarik banyak pelajar untuk ke perpustakaan.

Faris memerhati para pekerja yang membuat kerja mereka dengan tekun itu. Mana tidak kan? Bayaran yang ditawarkan cukup mahal, jadi tambah semangat mereka mahu bekerja.

Zakri turut tersenyum senang memerhatinya. Alhamdulillah kerana akhirnya perpustakaan sekolahnya itu dibaikpulih. Kalau tidak bertahun-tahun jugalah para pelajar akan takut untuk ke perpustakaan.

Konon ada hantu yang ganggu, eh selama ini Zakri bertugas disana elok saja. Bilang saja malas kan senang?

Mereka menapak keluar dari perpustakaan. Mulai daripada hari ini, mereka tidak dulu bertugas kerana perpustakaan sedang dibaikpulih.

Jadi mereka hanya akan memantau saja pekerjaan para pekerja itu. Macam bos pula kan? Tapi iyalah memang betul mereka itulah bos. Bos pada perpustakaan itu, bukan pada sekolah ya. Ehem.

KANTIN

"Aku tak sangka yang kau ni anak orang paling terkaya dekat muka bumi ni," kata Zakri.

Iyalah, masa pertama kali mereka jumpa pun tak ada Faris memberitahu tentang kekayaan yang dimilikinya.

Faris tersenyum.

"Aku tak naklah bagitau kau. Biarlah dirahsiakan saja kekayaan tu," kata Faris dengan tenang.

Zakri mengangguk setuju. Memang benar. Zakri ini pun apa kurangnya? Anak Dato lah katakan. Tapi sengaja dia rahsiakan kerana takut pula banyak yang menyebarkan fitnah. Malas juga kalau nak melayan budak tak cerdik ni.

"Oh, ya. Kau nak makan tak? Meh aku pesankan lah," kata Zakri.

Faris menggeleng.

"Kita pergilah sama-sama,aku pun nak juga try pesan makanan sendiri," kata Faris.

"Aik? Selama ini kau tak pernah ke pesan makanan sendiri?" Zakri mengerutkan dahinya.

Selama bertahun kau sekolah takkan tak pernah langsung pesan makanan sendiri?

"Tak. Sebab sekolah aku sebelum ni semuanya yang jenis disediakan. Tak perlu pesan, ada menu setiap hari," terang Faris.

Oh iyakan, maklumlah dia kan anak orang kaya mestilah disekolahkan di sekolah khas kan?

"Okeylah, dah jom," bawa Zakri.

Faris mengangguk. Dia kemudian membuntuti Zakri menuju ke tempat pemesanan makanan didepan sana.

"Em, mak cik," panggil Zakri.

Terdapat dua orang pekerja disana. Dan keduanya berstatus mak cik tapi eh? Faris agak terkejut ketika melihat wajah si mak cik kantin yang cukup muda.

Dia mengerutkan dahi. 'Makcik ke muda macamni?' tanya dalam dirinya. Dia pelik.

"Ya dik? Nak apa?" tanya mak cik muda itu. Ceh mak cik muda yalls.

"Emm, saya nak soto dengan ayam goreng. Kau Rian nak apa?" tanya Zakri.

Dia mengerutkan dahi memandang Faris yang bagai terpana ais itu, kaku diposisi.

"Rian." Zakri menyiku lengan Faris.

Sontak Faris mengedipkan mata kemudian menoleh ke arah Zakri.

"Hah?" soal Faris.

Zakri menggeleng. Dah kenapa pula budak ni?

"Kau nak apa?" tanya Zakri.

"Ah, aku ikut kau jelah," kata Faris sedikit tergagap.

Zakri menghelakan nafas panjang. Dah kalau pesan benda sama baik tak payah ikut tadi, hadeh.

"Hah, makcik dia ni pun kasi sama saja macam saya pesan tadi," kata Zakri ke arah makcik muda itu.

Makcik itu mengangguk lalu masuk kedalam dapur semula. Zakri dan Faris pun balik semula ke tempat duduk mereka tadi.

Mata Faris masih leka memandang ke arah tempat pemesanan makanan itu. Dia tertanya-tanya siapakah makcik muda itu tadi. Cantik dan cukup memukau dirinya.

"Hah? Dah kenapa mata kau tu?" tanya Zakri mengejutkan diri Faris.

Faris tersengih kemudian menoleh ke arah Zakri.

"Kau kenal ke siapa makcik muda tu tadi?" tanya Faris.

Zakri mengerutkan dahi. "Makcik muda? Siapa makcik muda ni?" tanya Zakri binggung. Entah apa-apa saja kau ni Faris.

"Alah, yang makcik tadi tu hah."

Zakri cuba mengingat kembali siapa makcik yang dikatakan oleh Faris ini.

"Oh, makcik tadi tu? Kenapa?"

"Takdelah. Aku saja nak tahu. Kenapa kau panggil dia makcik padahal dia muda lagi." pelik pula Faris rasa.

"Eh, dia muda? Mana ada muda lagi.... Dia dah 26 tahun dah."

"Baru 26 tahun pun. Kenapa tak panggil kakak je?"

"Dia cakap dia tak layak dipanggil kakak. Dia lagi suka orang panggil dia makcik. Baru nampak macam dewasa sikit," terang Zakri.

Faris mengangguk faham, oh macam itu konsepnya. Kemudian Faris tersenyum, dia kembali memandang ke arah dapur itu.

"Hah dah kenapa?" tanya Zakri. Pelik dia nampak Faris yang tak habis-habis tersenyum. Senyum tu tak salah tapi dah kalau senyum tak henti-henti boleh dikatakan mental.

"Kau cakap dia baru 26 tahun kan?"

"Haah, kenapa?"

"Aku ingat lepas habis sekolah aku nak lamar dia."

Pergh, tersedak membe! Tak makan, tak minum lagi dah tersedak. Kalaulah dia makan tadi memang nahaslah!

"Kau dah kenapa? Kau waras ke tak? Kau baru nampak dia. Tak kenal pun lagi dah nak lamar? Kau biar betul?"

Faris menoleh ke arah Zakri. "Aku terpegun tengok dia weh. Tak pernah aku tengok perempuan seistimewa macam dia sebelum ni. Aku rasa aku dah sukakan dia lah."

Zakri menggaru kepalanya yang langsung tak gatal itu. "Kau biar betul suka dekat makcik tu?"

"Kenapa? Tak salah kan? Dia manusia juga"

"Tak salah, tapi umur kau dengan dia jauh beza weh! Tak kau malu ke nanti kalau kahwin dengan orang lagi tua dari kau?"

"Tak. Lagipun jodoh tak kira umur, status dan wajah. Itu hak Allah nak bagi kita berjodoh dengan siapa saja. Dan aku yakin dialah jodoh aku."

Zakri mati kata. Dia tak tahu apa lagi mahu cakap dengan Faris. Dah kalau macam begitu, baiklah. Dia boleh apa lagikan? Biarkan dia melayan perasaannya itu.

"Yelah. Kalau dah suka aku nak buat apa lagi kan? Yelah, teruskanlah..... Aku sokong je apa benda yang kau buat kalau benda tu memang buat kau bahagia," sokong Zakri.

Yalah, dia nak buat apa lagi kan kalau orang tu dah berkenan. Sokong ajelah.

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now