Bab 10

4.2K 73 7
                                    

RUMAH NEK WAN

Faris tersenyum melihat ibunya yang sedang giat melipat baju itu.

"Mummy..." panggil Faris bernada manja. Sang ibu tersenyum lalu menoleh ke arah Faris.

"Hah,kenapa ni Faris?" tanyanya.

"Heheh, takde apalah mummy. Faris saja nak bermanja dengan mummy."

"Eeh, ni kalau manja macamni mesti ada apa-apa ni,cuba bagitau mummy apa yang Ris nak?"

"Mummy, Faris sebenarnya nak cakap sesuatu ni boleh?"

"Hah, tu kan ada nak cakap.Apa dia?"

"Eem, Faris kan dah cadang nak kahwin lepas je spm ni. Boleh?"

Pn.Rati sedikit terkejut namun segera dia mengukir senyuman. "Wah, kahwin ke?"

"Haah, boleh?"

"Boleh tu boleh tapi takkah awal sangat?"

"Ala, tak kisahlah mummy. Faris tetap dengan keputusan Faris nak kahwin.Boleh kan?"

"Iyelah boleh.Tapi cuba Faris bagitau mummy siapa gadis yang berjaya memikat hati batu anak mummy ni?" Pn.Rati mengusap lembut rambut Faris.

Faris tersenyum kemudian kepalanya diletakkan diriba ibunya.

"Dia bukan orang kaya mummy. Dia tak cantik. Dia ni makcik kantin sebenarnya mummy. So, mummy tak kesah kan?"

"Mak cik kantin? Macam mana kamu boleh sangkut dengan makcik pula ni?"

"Takdelah tua mummy. Dia gelaran je makcik tapi umur dia baru 26 tahun mummy."

"Ooh. Cuma mummy nak tahu betulkah kamu ni cinta dan sayangkan dia?"

"Yes, mummy. I do love her," kata Faris dengan gembiranya.

Dia memang benar-benar cintakan si mak cik kantin itu. Untung betul dia dapat ibu yang memahami akan perasaannya itu. Sudahlah itu, ibunya banyak menyokong serta mendorongnya.

Alhamdulillah.

Faris memerhati saja gerak geri Tija yang giat dengan membasuh pinggan mangkuk itu. Dia kemudiannya mengukir senyuman. Kenapa lambat betul umur dia nak meningkat kan?

"Kenapa awak pandang saya macamtu?Buat seram je tau tak," kata Tija mengejutkan Faris.

"Heheh. Saya bukan apa, sayang. Saya termenung bilalah saya dapat bergelar suami awak," kata Faris semakin tersengih.

"Sudah-sudahlah tu panggil sayang. Nanti orang dengar lah," cebik Tija.

Alolo, so cutelah my makcik nih!

"Alah, biarlah diorang dengar pun.Bukannya dorang tak tahu awak dengan saya macam mana."

"Ish kalau iyapun kawal sikit lah boleh tak? Karang jadi fitnah tahu tak? Tak malu ke?"

"Tak.Sebab saya sayangkan awak jadi habis semua malu saya,saya buang dalam longkang," lawak Faris.

Haih, ingat lawaklah? Dahlah hambar lawak kau ni Faris Rian oi!

"Yang awak dekat sini takkan tak ada tugas ke apa?"

"Takde.Sebab tu saya nak spendtime dengan awak."

"Baik awak fokus belajar dulu ea?"

"Saya selalu fokuslah wak.Sekarang ni bagi saya fokus pada awak dulu ya?Boleh?"

"Tak boleh.Awak pergi belajar lepastu dapat keputusan cemerlang barulah fokus pada saya.Kalau tidak,saya takkan layan awak lagi."

"Ooh,so kiranya awak cabar saya dapat keputusan cemerlang lah ni?"

"Ya lebih kuranglah macamtu...Dah,pergi balik kelaslah sana.Ulangkaji lagi baik."

"Baiklah!!Saya sahut cabaran awak tu!Tapi dengan syarat.Kalau saya cemerlang,saya nak awak kahwin dengan saya.Deal?"

Tija hanya meng'hmm'kan saja.

"Okey!Saya akan buktikan pada awak yang saya ni bukan calang-calang orangnya!SPM tahun ni saya akan pastikan saya orang yang paling cemerlang!!Dan awak kena tunaikan janji awak."

"Hah baguslah kalau macamtu.Saya tunggu awak naik pentas nanti."

"Dan saya akan tunggu awak naik pelamin dengan saya." Faris mengangkat memainkan keningnya itu.

Tija menggeleng,budak ni kalau tak kerjanya menyakat mesti nak mengusik. 'Sakit hati titew, tapi syukaaa!!'

Faris menapak keluar daripada dapur itu. "AWAK TUNGGU SAYA MASUK MINANG AWAK!!" teriak Faris sambil berlari anak keluar daripada kawasan kantin.

Tija tertawa kecil, macamni punya orang pun ada kah? HAHAH.

UJIAN, KELAS 2

Hari ini adalah ujian terakhir mereka. Jadi selepas ini mereka fokus pula kepada SPM mereka yang akan berlangsung sebulan saja lagi.

Masa yang tersisa hanyalah sedikit, jadi mereka perlu sentiasa peka dengan apa yang dibilang guru.

"Baiklah tahniah kepada kamu semua kerana berjaya menamatkan ujian.Tapi jangan hora hooray dulu sebab ujian besar bakal menanti kamu dihadapan," pesan Cikgu Pisa.

"Cikgu,kalau kami semua cemerlang,cikgu kena belanja kitorang!!"

Cikgu Pisa tersengih. "Heh,mampu ke?"

"Eeh cikgu,apa pula tak mampunya,lebih daripada mampu ni hah!!"

"Habislah duit poket cikguuu..!"

"Makanan kalau boleh bagilah yang mahal sikit cikgu.."

"Iyalah cikgu!"

"Iya-iya nanti cikgu belanja.Itupun kalau semua straight A."

"OKEY!"

"BOLEH CIKGU!

Para pelajar kelas 2 itu teruja dengan hadiah yang bakal diberi oleh cikgu. Cikgu Pisa menggelengkan kepala melihat kepelbagaian ragam dan telatah para pelajarnya itu. Haih.

-12:48PM-

Semua pelajar mulai mengosongkan sekolah. Kini tinggal Zakri dan Suraya saja disana. Sengaja mereka lambat balik supaya tak di syak apa-apa oleh pelajar lain.

Lagipula, Zakri malas bila ada orang yang nampak dia dan Suraya pulang bersama. Karang tambah gosip lagi di sekolah. Cukup gosip pasal si Faris itu saja yang tengah hangat sekarang.

Mereka berdua masuk kedalam kereta. Kali ini Zakri tidak memandu kerana dia merasa malas jadi dia menyuruh si supir saja. Zakri menoleh ke arah Suraya yang menunduk saja itu.

Entah kenapa sejak kejadian tempoh hari, Suraya menjadi semakin pendiam. Dia bahkan selalu bersendirian, tidak seperti dulunya lagi yang suka lepak dan bercanda dengan pelajar lain.

"Kau okey tak?" tanya Zakri masih lagi memandang ke arah Suraya.

"O-okey.." balas Suraya.

Entah kenapa dia merasa takut pula. Mungkin juga kerana traumanya kembali? Ya mungkin barangkali.

Zakri terus mengalihkan pandangannya. Dia tertanya kepada dirinya, kenapa dia membantu Suraya yang gedik itu? Padahalkan dia dari dulu lagi memang sangat benci dengan Suraya.

Kisah apa dia cantik? Kalau perangai buruk tak guna juga. Buang masa saja. Jangankan dia, bahkan semua orang benci dengan Suraya. Heh, sebab gaya dia jugalah.

Suraya segera masuk ke dalam biliknya yang berada ditingkat bawah itu dekat dengan dapur. Dia kemudian terus membersihkan dirinya. Dia sebenarnya malu dengan dirinya sendiri.

Dia merasa sangat tertekan. Lebih lagi SPM sudah semakin hampir. Dia perlukan seseorang untuk tempat dia meluah, tapi siapa sajalah yang mahu mendengar kisah jijiknya itu?

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Kde žijí příběhy. Začni objevovat