Bab 18

2.3K 72 8
                                    

RUMAH BANGLO MILIK ZAKRI

Suraya termenung memandang ke lantai. Air mata mulai menetes satu demi satu. Dia tak sangka orang itu kembali mencarinya. Ingatkan sudah pupus, tapi rupanya masih ada!

******

Suraya bergegas ke belakang untuk membuang sampah. Dia menghelakan nafas panjang kerana lelah seharian menjaga bahagian kaunter kemudian membuang pula sampah.

Ini kerana pekerja yang ditugaskan membuang sampah itu tidak ada, katanya dia ada emergency. Jadi mahu tak mahu, kenalah Suraya buat juga.

"Suraya," panggil seseorang dari belakang.

Suraya perlahan-lahan memusingkan badannya kemudian anak matanya tepat memandang ke arah lelaki itu. Suraya terkejut melihat lelaki itu!

"Kau!"

"Suraya sayang...Do you miss me?" kata lelaki itu.

Dia mendekati Suraya namun Suraya pantas saja mengundur. Dia tidak mahu hal dulu berulang kembali padanya.

"Kau jangan dekat aku, kalau tak aku jerit!" ucap Suraya membuatkan lelaki itu tertawa.

"Kau berani dengan aku sekarang?" kata lelaki itu.

Pandangan tajam diberikan oleh lelaki itu ke arah Suraya.

"Kau tak nak throwback kisah kita dulu? Masa dekat stor tu? Ingat lagi tak?" lelaki itu sengaja mengingatkan Suraya tentang kejadian 'itu'.

"Kau binatang! Kau yang rosakkan aku!"

"Aku binatang? HAHAHAH, aku yang rosakkan kau? Eeh aku bukan bertepuk sebelah tangan, kau yang nak sangat kan benda tu? Aku dah bagi kau berani pula lari?"

"DIAM! KAU YANG BUAT AKU JADI ROSAK! KAU MEMANG BINATANG! IBLIS! AKU BENCI KAU!" jerit Suraya lantas kaki menapak masuk kedalam cafe itu semula.

Air mata menetes dengan derasnya. Tak! Dia yang perangkap Suraya! Suraya tidak bersalah dalam hal ini! Argh!

Apa yang jadi sebenarnya?

***

"Suraya,awak ikut saya kejap," arah Cikgu Arman ke arah Suraya yang giat membuat nota itu.

Suraya tanpa berlengah terus dia ikut saja Cikgu Arman itu.

.

Mereka masuk kedalam bilik stor. Bilik stor ini sudah lama tidak digunakan, ini kerana ruangnya yang terhad jadi stor ini dibiarkan dan barangan lain dipindahkan ke stor baru.

"Kenapa kita ada dekat stor lama ni cikgu?" tanya Suraya.

Dia yang sibuk memandang ke sekeliling stor itu tidak perasan kalau Cikgu Arman sudah mengunci pintu.

Arman tersengih miring. Dia sudah lama memerhati Suraya. Ingin sekali dia merasai tubuh langsing Suraya itu. Dan sekarang pemangsa sudahpun memerangkap si mangsa.

"Cikgu?" Suraya pusing dan pantas tangan Arman menekup mulut Suraya dengan tangannya.

Suraya tak henti-henti berteriak cuba meminta bantuan. Air mata keluar deras membasahi pipinya

***

Ya! Orang itulah yang sudah menodai dirinya!

ARMAN!

******

Suraya mengelap sisa air matanya itu. Dia harus bangkit melawan orang gila itu! Baru saja dia merasa bahagia, kenapa kau datang pada masa ini Arman? Kau memang keji! Kau iblis bertopengkan manusia!

* * *

"Suraya," panggil Zakri.

Suraya segera ke arah Zakri yang sedang duduk bermain telefon di sofa itu.

"Ya ada apa?" tanya Suraya.

Zakri mengalihkan pandangannya ke arah Suraya.

"Kau masakkan aku kari ikan boleh?"
Suraya mengangguk dan terus membawa diri ke dapur.

Ya sejak Suraya tinggal dengan Zakri, Suraya lah orang gaji Zakri. Habis takkanlah nak bagi dia senang-senang duduk saja di rumah?

* * *

Selesai saja makan, Suraya terus mengemas meja kemudian diteruskan kerjanya pula mencuci pinggan-pinggan kotor. Tiba-tiba air mata turun tanpa dipinta.

Sambil tangan membilas pinggan, air matanya jatuh berguguran. Apa yang terjadi antara dia dan Arman terimbas kembali. Lagi dan lagi. ARGH !

Suraya terus melempar pinggan yang dipegangnya itu ke lantai. PAKK! Habis pecah pinggan itu dibuatnya. Suraya terus menutup kedua telinganya dengan kedua belah tapak tangannya.

Dia asyik teringat akan suara-suara milik Arman itu!

"AH JAUH! JAUH DARIPADA AKU! JAUHKAN DIRI KAU! PERGI! PERGI! JANGAN GANGGU AKU! ARGHH!" jerit Suraya.

Kepala digeleng-geleng berharap akan suara itu pergi

Zakri pantas berlari menuju ke arah dapur. Terbuntang luas matanya melihat pinggan pecah dengan Suraya lagi jerit-jerit dah macam kena histeria.

"Kau kenapa ni Suraya?" soal Zakri cuba mendekati Suraya.

Suraya terdiam, perlahan-lahan dia pusing menghadap Zakri .

Mata Zakri terus terarah ke arah tangan Suraya yang sedang memegang erat sebilah pisau. Zakri menelan air liurnya.

"Suraya,kau nak buat apa ni?" soal Zakri lembut, dia cuba menahan dirinya yang sedang gugup itu.

Suraya tersenyum miring. "Kau buat aku apa?Kau fikir aku ni hamba kau ke?Kau fikir aku siapa hah?!!!" marah Suraya.

Apa yang kau cakapkan ni Suraya ?

Zakri terkejut. "Suraya! Apa yang kau merepek ni?!"

"KAU ROSAKKAN AKU! KAU YANG BUAT AKU ROSAK! KAU KENA MATI! MATI! MATI!" Suraya mengangkat tinggi tangannya, mata pisau tepat menghadap Zakri.

Apa yang ada dimatanya adalah Arman yang sedang tertawa melihat dirinya, padahal Zakri yang ada dihadapan dia, bukannya Arman !

"MATILAH KAU!!" Suraya berlari ke arah Zakri.

Dia mahu menusuk tepat pada jantung! Biar dia terus tidak bernyawa ! MATILAH KAU ARMAN ! MATI ! Itulah yang ada difikiran Suraya.

"SURAYA!"

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now