15 (Finale)

135 26 14
                                    

Bye bye, fanfic Ketiak bakal melabuhkan tirainya di sini 😌

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15

"Tolong jangan pergi, Tae." rayu Samyang buat kesekian kalinya.

Tetapi apakan daya, egonya yang meninggi bak puncak gunung menampakkan dirinya sukar untuk menerima pujuk rayu gadis itu.

Tanpa diduga, terlihatnya Samyang penampakan aura keunguan beransur keluar dari tubuh genitnya, sehingga membentuk kujur tubuh seorang lelaki.

Dia pasti, itu Keu Tae Hyiak yang cuba meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Sebelum dia menapak pergi, Samyang terdahulu menggapai pergelangan tangannya.

"Tae, aku menyesal. Betul-betul menyesal. Patutnya aku batalkan pembedahan tu dan sentiasa bersama kau." aura keunguan itu kembali menoleh sebelum menatap simpati wajah gadis itu.

Sesekali, dia mengangkat dagu kecil empunya Samyang diselangi senyuman nipis.

"Tak mengapa Samyang. Aku terima seadanya akan takdir yang tertulis buat kita berdua. Kalau berkesempatan, aku akan munculkan diri dalam 'mimpi'." bicaranya lambat-lambat, seperti tidak ingin menamatkan perbualan.

Samyang yang tidak mahu Keu Tae Hyiak berganjak daripadanya mula mendakap erat aura keunguan itu. Entah bagaimana dia merasakan pelukan kian longgar.

"Saranghaeyo, Samyang."

Dengan perlahan-lahan mencelik, baru gadis ini sedar. Rupa-rupanya aura keunguan itu dibawa pergi oleh angin.

Keadaan ini telah mengundang sebak di dadanya. Sehinggakan-

....

"Samyang! Kenapa ni, sayang?" pandangan gadis itu bertembung dengan keluarga yang sudahpun mengelilingi katil. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa sebenarnya itu semua hanyalah sekadar mainan tidur.

Air mata yang jatuh berjuraian ke pipi dikesat lembut oleh ibunya.

"Kamu dah sihat sepenuhnya, lepas ni tiada siapa yang mengejek kamu. Cerialah sikit." ujar si ibu bersuara pujukan, mahu menyedapkan hati gusarnya.

Namun, ianya sedikit sebanyak tidak mengubati perasaan rindunya pada Keu Tae Hyiak. Dengan pengharapan, dia betul-betul ingin melupakan Tae secepat mungkin.

....


Keluhan berat aku helakan bersama sesalan. Ya, meskipun sudah 2 tahun berlalu, akan tetapi perasaan rindu itu masih kekal dalam hati.

Daripada aku ditenggelami perasaan sebegini, ada baiknya aku lakukan perkara lain. Jadi aku kembali bangkit dari bangku yang tersedia di taman rekreasi sebelum melangkah pergi.

Kakiku dihayunkan separa kencang, mahu memulakan semula larian yang tertangguh.

Mana tidaknya, sebagai atlet kebanggaan universiti, aku seharusnya mengekalkan stamina untuk kekal aktif.

Sedang aku berjogging, pandanganku tertancap pada seekor anak anjing melilau ke sana sini. Akibat rasa simpati mula bertandang, aku pun memperlahankan langkah sebelum mendekati anak anjing berbaka Pomeranian.

"Awak ni sesat ke?" bicaraku sambil mengelus bulunya sebelum membelek kolar yang longgar terjerut mengelilingi leher anjing berbadan kecil itu.

Mahu saja aku meneliti nama pada kolarnya, aku didatangi seorang jejaka tampan yang air mukanya sedikit gelabah. Melalui pengamatanku, dia kelihatan dalam awal 20-an.

Lantas tubuh kecil anjing didukung jejaka itu sebelum membelainya penuh kasih.

"Di sini rupanya si kecil appa ni. Merata appa cari kamu tahu tak?" ujar si jejaka bernada kerisauan.

Sebelum dia ingin melangkah pergi, aku pun berdehem kuat. Nampak sangat aku ni umpama tunggul kayu.

"Ouuh, tak perasan pulak. Terima kasihlah ye tolong temankan si Yeontan ni. Kalau tak ada awak dekat sini, entah ke mana dia ni pergi." ucapnya bersama tunduk hormat lalu menatap wajahku buat pertama kalinya.

Kening sabit milikku bertaut, keliru akan reaksi jejaka itu yang terkejut memandang tepat padaku.

"Erm, ada apa-apa pada muka saya ni?" laju saja jari jemariku menyinggah pada wajah, takut-takut ada bekas makanan tengah hari tadi masih melekat padanya.

"Eh tak ada apalah. Anyways, saya Kim Taehyung. Awakkan Choi Samyang?" aku mula terpinga-pinga lantaran orang tidak dikenali sepertinya mengenaliku, cuma mengangguk yakin.

"Boleh saya tahu, macam mana awak kenal saya?" soalku ingin tahu. Mahu tahu jikalau si Taehyung juga penuntut universiti yang sama seperti aku.

Dia hanya membiarkan persoalan tadi dengan mengulum senyuman sinis. Eh tiber mamat ni.

"Kalau saya bagitahu pasal ni, awak jangan terkejut ye?"

Terkejut? Baru pertama kali saja bertemu, buat apa aku nak terkejut akan perkhabarannya? Mustahil sama sekali.

"Teruskan saja." selamba aku bercakap, yang sebenarnya tidak berapa minat untuk mendengar pemberitahuan Taehyung.

"Actually I'm your Keu Tae Hyiak this before, dear love Samyang."


🌻🌻🌻🌻

Sorry kalau endingnya tergantung, Wauthormelon ketandusan idea hiks. Btw terima kasih sebab sudi membaca fanfic mengarut ni 🍓💜

Kalau berkesempatan, Wauthormelon cuba nak buat siri kedua untuk fanfic, tapi main cast lain, Jeon Jungkook maybe😊. Tajuknya pun Wauthormelon takleh bagitau, rahsia😝

Keylah bubye remi-remi😚🖤💜

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now