11

134 30 5
                                    

Drama sinetron kembali bersambung di sini muehehehe 🍿

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11

Dari tadi, Samyang mendengarkan penjelasan daripada Jeman mula acah-acah menguap kecil, menandakan dia betul-betul tidak berminat untuk mendengar walaupun sepatah kata.

"Adik jenis apa kau ni? Nak kutuk depan-depan dialah, tak baik tau talkback macam ni." selamba saja Samyang berbicara, langsung tidak perasan Jeman hampir mengamuk.

Disebabkan tidak mahu memburukkan keadaan, jadi ada baiknya jikalau Jeman kekal bertenang.

"Aku tak kutuk dia, dah itu dirinya yang sebenarnya. Aku taknak kau kecewa disebabkan dia, itu saja." hampir putus harapan jejaka itu tatkala berbuih mulutnya cuba menjelaskan sehabis-habisnya kepada Samyang.

"Okey, apa yang boleh aku simpulkan tentang apa kau merepekkan tadi tu, 'dengar boleh percaya jangan'. Dah aku nak balik dulu, bye!"

"Samyang, wait! ERGHH!" begitu geram Jeman meramas rambutnya seusai menghantar pandangan ke arah Samyang yang jauh berlalu pergi.

....


"Hei, apa kau tengah buat tu?" perbuatan Samyang terhenti sejurus Keu Tae Hyiak bertanya penuh minat.

Pompom yang digenggam erat juga terlorot jatuh ke atas katil.

Entah kenapa saban hari, perasaan menyampah kian bercambah dalam diri Samyang tatkala bersama-sama dengan Keu Tae Hyiak.

"Memerut. Ish, buta ke apa aku tengah berlatih jadi pasukan sorak ni?" angkuh sekali gadis itu membalas pertanyaan ketiak sendiri.

"Tapi, kenapa? Baru harini aku nampak kau terhegeh-hegeh jadi cheerleader, sebelum ni tak ada pun." decitan kecil terhambur dari ulas bibir Samyang, seperti terasa akan kata-kata sinis Keu Tae Hyiak.

"Terhegeh-hegeh apanya? Minggu depan kelab sorak buat persembahan separuh masa untuk sokong ahli ragbi sekolah kami nanti." terus Samyang memberitahu akan sebabnya.

"Ouh patutlah. Lupa pulak yang si Jimin tu kan ahli ragbi sekolah. Awek mana tak nak sokong pakwe sendiri, kan?"

Mahu saja dia mencerlung tajam ke Keu Tae Hyiak, tapi malangnya ketiak itu berada di bawah pelipat, jadi dia pun membatalkan niat kurang murninya.

"Eh biarlah, kenapa kau nak dengki?"

"Masalahnya, aku langsung tak dengkikan kau dan aku rasa apa yang Jeman cakapkan semalam tu semuanya betul.

Kalau betullah Jeman tu nak menipu, kenapa dia bersungguh-sungguh ekori kau semata-mata nak bagitahu itu saja. Kau ni langsung tak rasa ke kebenaran yang Jeman cuba sampaikan pada kau?" Samyang terdiam seribu bahasa, kelu habis lidahnya.

Namun perlahan-lahan dia cuba meraih keberanian untuk bertikam lidah.

"Ouh kiranya kau nak berpaling tadah pada Jeman si pendusta tu? Kenapa kau lebih percayakan dia daripada tuan badan kau sendiri!" tidak semena-mena, Samyang menggapai sesuatu bagi melemaskan Keu Tae Hyiak.

Sedang dia menggeledah almari, Samyang menjumpai set pemutih ketiak pemberian Jeman yang pernah dia lemparkan kepada jejaka itu tempoh hari. Namun, dia kembali mengutip set itu setelah ketiadaan Jeman.

Seusai kotak itu dibuka, pandangannya terpaku pada deodorant.

Tanpa berfikir panjang, Samyang lantas menonyoh pada Keu Tae Hyiak.  Akibatnya, ketiak itu tidak terdaya untuk bercakap lantaran mulutnya dipenuhi cecair deodorant yang berbau strawberi.

"Hah, diam pun kau! Senang sikit aku nak sambung berlatih." ujar Samyang kedengaran puas lalu sebelum mengambil semula pompom di atas katil.

....

Hari yang dia nanti-nantikan sudahpun tiba. Dia bakal menyertai pasukan sorak, sepertimana gadis-gadis yang lain.

Sejujurnya, Samyang tidak menyangka bahawa dia diterima masuk menjadi sebahagian kumpulan gadis yang mempunyai populariti di sekolah.

"Hoi~ tengah mengelamun apa lagi tu? Cepatlah buat last rehearsal ni." pantas Samyang ke arah pemilik suara yang sedikit garau.

Garau? Jangan kata yang turut serta pasukan sorak pun ada...

"Hoi! Pekak anak ayam ke?" terbungkam Samyang melihatkan pemilik sebenar suara tadi.

Patutlah garau semacam, rupa-rupanya Sajat, Odahthevass dan Lucintan Luna pun turut sertai.

"Macam mana korang boleh masuk jadi cheerlead—"

"Jangan banyak tanya, cepat-cepat girls! Berkumpul dekat sini!" bertempik-tempik Sajat memanggil gadis-gadis yang bertempiaran ke sana sini.


🌻🌻🌻🌻

Lama tak buat comeback tiga serangkai ni muehehehe 🐊

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now