7

223 49 15
                                    

Sapa rindu Wauthormelon angkat ketiak muehehe 🤣

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07


"Hei! kalau tak mampu nak laqi, jangan dok gatai nak join. Tak pasai-pasai nanti ketiak hang teqiyak tak berlagu tengok hang jatuh laguni" sindir Odahthevass dengan bertutur loghat utara pekatnya.

"Aku sokong banget! Asih! Asih!" terjerit-jeritnya, seperti menyokong akan kenyataan Odahthevass. Sekejap, ini Lucintan Luna atau Susanti?

"Dahlah korang, biar dia tertiarap atas jalan tu, jom" ajak Sajat yang tak henti-henti mengibas wajah ayu 'jadian'nya.

Mereka pun meninggalkan Samyang begitu sahaja tanpa menolongnya. Dalam hati, Samyang yang masih mengerang kesakitan menyumpah seranah habis-habisan.

"Myang, tak baik mencarut" Keu Tae Hyiak menitipkan nasihat sebelum menarik-narik lelehan hingus.

"Aku geram tahu tak? Punya la excited nak join, last-last jadi macam n—" omelan Samyang terhenti tatkala satu tangan dihulur padanya. Pasti orang tersebut mahu membantunya.

Sekadar untuk ketahui gerangannya, Samyang mengangkat wajahnya. Terbeliak biji matanya lantaran sudah tahu orang yang mahu membantunya.

Pantas dia meraih tangan jejaka itu. Tidak lama selepas itu, Samyang sudah terpacak berdiri.

"Terima kasih ya sebab tolong." merona merah pipinya disaat menuturkan ucapan penghargaan sebegitu pada jejaka itu.

Jejaka yang dikenali ramai di sekolah itu menghadiahkan senyuman manis, sehingga tidak menampakkan matanya.

"Kaki awak sakit lagi ke?" Samyang menggeleng, menidakkan keadaan kakinya. Walhal, lulutnya masih berdarah dan kaki terasa sedikit terkehel.

Mahu saja melangkah, Samyang terjerit kecil, perit menahan sakit. Tanpa disedari, tubuhnya melayang tinggi ke udara. Jangan kata yang—

"Jangan tipu, kaki awak tu sakit lagi." tersipu malu Samyang akibat dirinya dicempung jejaka itu dengan gaya seperti pengantin baru.

Mereka yang melalui trek larian sama hanya mampu ternganga mulut melihatkan adegan romantik itu, seperti biasa dilihat dalam k-drama.


....


"Terima kasih tau sebab tolong bawak saya ke sampai ke sini dan rawat kaki saya" tutur Samyang separa malu sambil menguis kaki.

"Hehe perkara kecik je tu" jejaka itu yang mengusap belakang batang leher, sekadar tersengih.

Tanpa berlama-lama di situ, jejaka itu cuba menapak pergi namun, sempat dihalang Samyang.

"Nak tanya, nama awak siapa?"

"Jimin, awakkan Samyang?" dia hanya mengangguk pasti.

Siapa saja tak kenal dirinya ini? Di sekolah, panggilan 'ketiak menangis' itulah seringkali disebut-sebut. Mahu saja dirinya menjadi pekak ekoran tidak tahan diejek sebegitu.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta dulu ya?"

Samyang sekadar menguntum senyuman kecil setelah Jimin beredar pergi. Namun, senyuman tadi mula mengendur seusai satu figura yang menjinjit bungkusan plastik mendekati dirinya.

"Kau nak apa lagi Jeman oi?"

🌻🌻🌻🌻

Fuh lama tak buat comeback, maaf buat korang tertunggu-tunggu 🙇🏻‍♀️

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now