8

202 48 17
                                    

Yuhu I'm back ✨

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08


Pantas aku menarik muka dari memandang wajahnya, menyampah sebenarnya.

"Em, aku nak cakap sikit dengan kau"

"Apa dia? Cepatlah bagitahu" ujarku yang sudahpun memeluk tubuh, rasa tak berminat untuk dengar apa yang bakal diperkatakan Jeman.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Jimin, dia bukannya baik macam kau sangkakan."

Aku mencerlung tajam sehabis-habisnya pada wajah Jeman, rasa tak percaya dia cakap begitu.

"Apa maksud kau ni? Ke kau dengki aku mula rapat dengan dia nanti?" tebakku bernada cemuhan.

"Nak dengki apanya? Dia tu abang kembar akulah" terpempan aku setelah mengetahui status mereka berdua.

Kenapa selama ni aku langsung tak tahu perkara sebegini? Mungkin mereka jarang bersemuka di sekolah. Sudahlah perangai bagai langit dengan bumi.

"Please satu je aku mintak, tolonglah jangan terima apa-apa ajakan daripada Jimin. I'm begging you." bicaranya penuh pujuk rayu.

"Whatever!" ujarku sambil menguak rambut ikal mayang paras pinggang, hinggakan hujung rambutku terkena wajah selekeh Jeman.

Dalam berkira-kira aku ingin melangkah pergi, pantas pergelanganku digapainya.

"Haih, kau nak apa lagi?" pandanganku menoleh semula ke arahnya, berserta riak wajah tak berpuas hati.

"Ada lagi satu perkara aku nak bagitahu" tutur katanya mengundang riak wajah apa-dia? pada wajahku.

Tanpa diduga, jejaka bernama Jeman mula duduk melutut di hadapanku sambil menghulurkan sesuatu objek yang pastinya bukan kotak cincin.

"Maaf kalau selama ni aku selalu ejek kau, tapi semua tu hanyalah gurauan semata-mata. Sebenarnya aku dah lama sukakan kau.

Jadi hari ni aku nak lamar kau. Choi Samyang, sudikah kau jadi awek kepada Park Jeman a.k.a adik kembar Jimin ni?" luahnya yang mengakhiri kata-kata dengan lamaran.

Terkeduku akan tindak tanduknya. Tetapi aku rasa terganggu disebabkan sesuatu, yang pastinya kotak yang dipegang Jeman.

"Aku maafkan kau pasal ejekan haritu, tapi aku takkan terima lamaran kau kalau kau tak bagitahu apa benda dalam kotak tak berbalut tu"

"Ouh yang sebenarnya aku tak mampu nak beli cincin, jadi aku hadiahkan satu set pemutih ketiak untuk kau"

"APA?" ternaik satu oktaf suaraku disebabkan pengakuannya tadi. Dan ya, aku rasa tertipu dengan lamarannya

Lantaran itu, aku pantas merampas set kotak pemutih ketiak itu sebelum dilemparkan terus ke arahnya.

Setelah berpuas hati melihat benjol yang mula naik pada dahinya, aku terhentak-hentak melangkah pergi dari situ.

Dalam diam, aku dah tarik balik kata-kata tadi, tak nak maafkan Jeman tatkala peristiwa sebelum ini menerjah kembali dalam benak fikiran.

Disebabkan dia mention aku pada feed sebuah akaun pemutih ketiak haritu, sampai sekarang aku terpaksa tebal muka semasa berada di sekolah.

"Aku rasa betullah apa yang Jeman cakapkan, jangan sesekali terima apa-apa ajakan dari Jimin tu." tutur ketiakku sebelum menghembus keluar hingusnya.

"Kau diamlah Keu Tae Hyiak!"

🌻🌻🌻🌻

Fuh konflik sungguh chapter kali ini muehehe, btw stay tuned😝

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now