5

249 55 17
                                    

Ketiak tercinta readers kembali di sini muehehehe

🌻🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 05

"Tae, pahal hidung kau asyik berhingus setiap kali aku gelabah teruk?" aku menyoal sebaik sahaja merebahkan tubuh atas katil.

"Kau rasa apa yang penyebab hidung berhingus?" kening sabitku bertaut keliru lantaran Keu Tae Hyiak kembali menyoal. Kita tanya dia, dia tanya balik.

"Kau selesema kan?" tebakku.

"Tak"

"Habis apa?"

"Aku baru menangis" tuturnya sambil menarik lelehan hingus.

Menangis? Dengar dia merintih pilu dalam diam pun tak ada, inikan meratap hiba.

"Menangis? Ouh! Ni mesti awek sebelah kiri kau tak ada, kan?"

"Kau ingat kami bersanding macam raja sehari ke? Hey, dari dulu aku duduk sini sorang-sorang, mana ada awek.

Sebab tulah aku ada saja di kiri kanan kau" bentaknya dengan suara besar. Seram pulak dengan ketiak sendiri.

"Manalah aku tahu. Dah tu, kau menangis sebab apa?" soalku kemalasan, dari tadi aku tak dapat kupaskan jawapannya.

"Em kalau aku bagitahu, jangan terkejut tau"

"Cakap je"

Keluhan kecil terhambur keluar, entah apa yang sukar dia luahkan.

"Aku sedih tengok kau gelabah sorang-sorang sebenarnya. Macam kau takut nak harungi detik-detik tu.

Disebabkan aku berada di celah dan di bawah bahu kau, aku tak mampu buat apa-apa melainkan menangis.

Dan sebab tulah kau rasa tak selesa lepas-lepas gelabah, peluh pasti membasahi baju kau"

Aku mengangguk faham setelah Keu Tae Hyiak memberitahu perihal sebenar. Buat apa nak terkejut, dah Keu Tae Hyiak sebahagian diri. Tetapi dalam diam, aku nak tergelak sebenarnya.

Mana taknya, suaranya besar kalah suara bapak-bapak tapi hati cenggeng kalah mak-mak.

"Jangan nak gelakkan aku pulak, Samyang oi. Aku boleh baca isi hati kau" Keu Tae Hyiak menitipkan peringatan sebelum menarik hingus berupa peluh itu.

"Yelah tak nak gelak dah. Jadi, apa aku perlu buat untuk lenyapkan kesedihan kau?"

"Easy, ceriakan diri kau. Kau gembira, aku pun tumpang gembira jugak"

Alunan suara vokalis daripada kumpulan Buy That Shirt bergema segenap bilik, menandakan panggilan masuk.

Aku pun cepat-cepat menggapai telefon untuk menerima panggilan. Ouh Mamee rupanya.

"Petang ni? Ouh ya aku pergi. Kau tunggu kat tempat biasa" aku mencampakkan telefon atas katil sebelum pecut memasuki bilik air. Lagi 20 minit oi!

🌻🌻🌻🌻🌻

Lembut jugak hati Keu Tae Hyiak ni kan muehehehe.

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now