12

105 24 5
                                    

Fuh lama gila tak update 😨, bentar deh🤠 ada lagi satu dua chapter sebelum fanfic ni tamat.

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12


Tepukan gemuruh penonton semakin lantang kedengaran apabila sekumpulan gadis penyorak mengambil tempat masing-masing di atas pentas yang berhadapan padang ragbi.

"Pasukan Rabgi Rawr Tiger! Rawr, rawr, rawr you!"

Rata-rata penonton tergamam, seperti dipanah dalam diam ekoran mendengarkan sorakan gadis lengkap berpompom itu.

Bagi menaikkan lagi suasana, mereka melantik Samyang bagi tampil menyerlah di hadapan pentas.

'Eh dah kenapa tempat aku jauh dari dia orang yang lain?' Samyang bersama gemuruh memandang kumpulan sorak yang berjauhan darinya.

Seperti dapat membaca raut wajah gadis itu, Sajat selaku ketua pasukan meriakkan air muka bengis untuk memaksa Samyang. Sesekali bibirnya muncung menjuih, seperti menyuruh Samyang untuk berdiri tepat pada pangkah yang dia letakkan sebelum ini.

'Kenapalah Sajat ni paksa aku dari tadi? Ada apa-apa ke?'

Meskipun kata hatinya menzahirkan perasaan ragu-ragu, namun itu belum cukup untuk membatalkan hasratnya untuk memulakan sorakan.

"Go Rawr Tiger! Go Jimin, go Jimin, GO!" sorak Samyang selantangnya, diselangi nama buah hatinya.

Dari jauh, Jimin yang baru saja meneguk sebotol air mineral lantas berdiri menghadap pentas. Bangga dapat melihat kekasihnya melontarkan kata-kata semangat buatnya.

"Jimin, tu ke awek kau?" Jimin yang ralit menonton persembahan mula berpaling ke belakang. Wajah kacak Jeon Jungkook ditenung keliru sebelum dia menjawab persoalan rakan seragbinya.

"Mestilah! Apa punya soalan kau ni?" disebabkan geram, Jimin menghadiahkan buku lima pada bahu tegak milik Jungkook.

"Seriously? Setahu aku, kau ni digelar playboy dan kaki prank sekolah. Ke kau couple dengan budak Samyang tu bersebab?" sengaja Jungkook memaparkan sengihan sinis buat Jimin.

"TIDAK!"

Baru saja Jimin mahu membalas, keriuhan dari tempat penonton mula bingit kedengaran.

Jimin mula melangutkan kepala sambil fokus memerhati keadaan pentas yang dikerumuni orang ramai. Tanpa mengendahkan permainan yang bakal bermula, jejaka itu kalut menapak ke arah pentas yang dihuni puluhan orang, rata-ratanya penonton dan pasukan sorak itu sendiri.

"Apa ja—di ni sebe—narnya?" soal Jimin tergagap-gagap, bernada khuatir.

"Waktu Samyang buat sorakan solo,  tiba-tiba ada beg sampah jatuh dari bahagian atas lampu pentas. Tapi nasiblah adik kau, Jeman sempat tolak dia." jelas salah seorang penonton yang merupakan rakan sekelas Jimin.

Jeman yang tidak henti-henti memujuk Samyang daripada menangis, mula mencerlung tajam ke arah abang kembarnya.

"Aku tau, ni mesti kerja kau, kan PARK JIMIN?" masing-masing memaling ke arah Jimin, setelah Jeman pekik menyeru nama penuhnya.

"Kau jangan main tuduh tanpa usul periksa, Jeman. Kalau be—betullah aku buat, mana buktinya?" selar Jimin sebelum mengukirkan senyuman sinis. Yakin dirinya tidak terlibat dalam sabotaj ini.

"Ada dekat sini!" kesemuanya membuntang tatkala Mamee dan Maggi mengheret ketiga-tiga orang gadis jadian, tampil di khalayak ramai.

"ODAHTHEVASSS? LUCINTAN LUNA? SAJAT!"

🌻🌻🌻🌻

Sorry, disebabkan lama tak tulis terlupa pulak nak selitkan Keu Tae Hyiak. Nanti Wauthormelon tampilkan ketiak tu kat chapter seterusnya, stay tuned! 🌼

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now