6

253 49 18
                                    

Udah lama tak update, ada rindukan Wauthormelon tak? 😝

🌻🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 06

"SaMyang, pahal lambat?" wajah kusut ditayangkan MaMee kepada SaMyang.

"Hehe mianhae, urgent tadi" SaMyang tergaru-garu kepala setelah menjelaskan alasan dia lewat ke sini.

Dia pun terus menjatuhkan punggung atas kerusi di luar kafe.

"Senyum meleret kalah Joker ni dah kenapa? Buang tabiat?" selar Maggie apabila menatap sekilas wajah SaMyang.

"Mana ada! Korang tau kan, ni kali pertama aku sertai larian maraton tu"

"So...?"

"Aku excited la!"

"Teruja tu teruja jugak. Tapi apahal bawah ketiak kau nampak besar?"

Terkedu Samyang setelah disoal sahabat-sahabatnya bersama pandangan tajam, mengalahkan detektif. Mati kutu dia untuk merencana alasan relevan.

"Em— lengan baju sukan ni besar sangat. Tu nampak gelebeh ni hehe"

Maggie dan MaMee mengangguk faham seusai itu. Fuh, lega tak terkata SaMyang sekarang. Kalau mereka berdua tahu perkara sebenar, pasti tergelak sakan kalah setan nanti.

Tidak lama selepas itu, mereka terus berangkat ke sekolah untuk latihan larian yang bakal berlangsung minggu depan.

....

"Even dalam latihan pun, jangan tinggalkan kami tau Samyang?" pinta MaMee berserta wajah berharap, moga-moga SaMyang dapat tepati janji.

"Wokeyh!" balasnya bernada ceria, rasa teruja untuk sertai larian buat kali pertama.

Apabila hon ditekan, kesemua pelajar pun memulakan larian dalam kadar perlahan, tetapi tidak kepada—

"SaMyang! Kata nak lari sekali?" laung MaMee dan Maggie serentak tatkala tidak menduga akan sahabat mereka itu.

Mana taknya, SaMyang memulakan larian pecut, berdesup laju meninggalkan mereka, mengalahkan kambing terlepas dari kandang. Mungkin teruja sangat gamaknya.


.....

Berpeluh. Satu situasi yang amat tidak menyenangkan buatnya ketika ini.

"Hiks...hiks..." satu teriak halus menjengah ke gegendang telinganya. Ini pasti—

"Keu Tae Hyiak! Jangan nangis teruk sangat, nanti tisu 16 lapisan bawah kau tu jadi berat. Payah la aku nak lari" ujarnya berbisik, takut-takut peserta-peserta lain perasan akan keadaan bawah ketiaknya.

"Aku sedihlah kau lari laju gila. Tu aku menangis tak berlagu tiba-tiba kau tau?"

"Ye tau, nangis sikit-sikit dahl—" percakapan SaMyang terhenti disebabkan dia terlanggar sesuatu sehingga terjatuh atas trek larian.

Beberapa suara acah-acah ayu ketawa mula kedengaran sejurus SaMyang membelek luka pada lutut.

"Eh eh tengok sapa yang join maraton kali ni? Choi SaMyanglah!" pantas dia mendongak ke atas, cuba memandang insan yang bersuara garau itu.

Sungguh, dia tidak menduga tiga orang yang berhadapan dengannya.

"Lucintan Luna? Odahthevasss? Sajat?!"

🌻🌻🌻🌻🌻

Watak antagonis sudah mali ma hahaha

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now