1

661 97 122
                                    

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 01

Sekali lagi, aku membawa diri ke sebuah tempat yang boleh dikatakan dapat menghilangkan sedikit tekanan. Tak lain tak bukan, bilik tidur sendiri.

Aku menekup wajah ke permukaan bantal berbentuk hati untuk cuba lesapkan momen-momen yang ditimpa sebaik sahaja keluar dari rumah, secara spesifiknya, luar dari bilik tidur. Namun, ianya gagal. Dan kemudiannya, terlakarlah wajah-wajah mereka di benak fikiran.

"Eyuw, dah berapa minggu engkau tak mandi ea?"

"Kau dengan sampah sarap sama naik baunya!"

"Pfft, tak pernah terfikir nak tonyoh ketiak kasi harum sikit?"

Itu baru di sekolah, belum lagi di kawasan orang ramai. Lagi dahsyat hinaan, tohmahan, herdiknya. Tapi yang paling padu hinaan aku terima adalah melalui Instargram.

____________________

_produketiyakputihliplap  Bersedih kerana ketiak anda kepam😨? Berkerak😰? Cubalah produk terbaharu kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_produketiyakputihliplap  Bersedih kerana ketiak anda kepam😨? Berkerak😰? Cubalah produk terbaharu kami.

Anda pasti tidak akan lagi bersedih seperti wajah lipas di bawah laut ini😝👍🏻. Dm for more information📲

❤️ 5684829 likes

View all 58482900 comments

Odahthevasss @myanguwu hang patut try ni, kot-kot peluh ketiak hang tak membanjiri kelas lepaih ni😵
jemananakjimout @myanguwu belum cuba belum tau, ke kau nak aku belikan? 😎
bts.biglitoppicial @myanguwu @myanguwu

____________________


Siap ditag di ruangan akaun mereka. Waduh, makin bengang aku dengan hidup ni! Kerana ketiak berpeluh, aku yang mengeluh.

Akhirnya aku hambur tangis seorang diri di dalam bilik. Mana taknya, ibu bapa aku lebihkan kerjaya daripada anak gadis tunggal seperti aku ni.

"Shhh, awak. Janganlah menangis."

Aku terdiam sejurus satu suara lelaki menyapa di gegendang telinga. Setahu-tahu aku, tiada siapa pun ada di rumah melainkan diri sendiri.

Dahlah dalam berita dikhabarkan kes pecah rumah dan rogol remaja di sekitar kawasan ni. Mampuslah aku.

"Good girl. Kan elok kalau tak menangis."

Srootttt!

Perasaan curiga semakin menebal tatkala aku mendengar bunyi hingus disedut di skala 6. Cepat-cepat aku mencapai batang kayu golf milik appa yang aku curi haritu.

Sekarangkan musim orang jahat terjah masuk rumah orang, lagi-lagi bilik anak dara. Jadi, kayu golf mungkin mampu tumpaskan orang jahat tu.

"Baik kau tunjukkan diri sebelum nahas aku kerjakan" ugutku berserta nada sedikit gelabah.

SROOTT!!!

Yang peliknya, ketiak aku pun berpeluh seiring dengan hingus disedut orang jahat itu.

"Tak perlu kot rasanya saya tonjolkan diri hehehe"

Ehh mamat hingus leleh ni, menyempat kau. Dapat kat aku, hidung berhingus kau aku tarik sampai tercabut.

"Janganlah main-main, cepat keluar dari tempat persembunyian kau!" amuk ku. Kayu golf di genggaman dihayun sekeliling. Takut nanti orang jahat tersebut lakukan serangan hendap.

"Macam mana nak keluar kalau dah memang saya ada di sisi awak?"

Makin lama, ketiakku makin berpeluh teruk. Takut nak hadap orang jahat ke apa?

Aku dengan pantas menarik hujung lengan uniform sekolah untuk mengesat peluh di celah ketiak.

"Jangan tonyoh kuat sangat. Sakitlah!"

Whattttt???


🌻🌻🌻🌻🌻

Hai, ni adalah fanfic pertama Wauthormelon di akaun ni, harap korang stay support yer 🌺❤️

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now