9

172 32 32
                                    

Lama bebenor che mendiamkan diri, but now I'm back!

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 09

"Kau pasti ke nak sertai larian tu?" aku yang menilik wajah pada pantulan cermin terhenti lantaran Keu Tae Hyiak menyoal, seperti tidak berpuas hati pada halwa telingaku.

"Eh mestilah, kau sendiri katakan yang kau akan tumpang gembira kalau aku gembira.

So, aku cuba nak ceriakan diri, kenapa? Tak boleh?" soalku kembali padanya. Sambil menunggu jawapan daripadanya, sempat aku mengoles gincu pelembap pada bibir.

"Bukan tak boleh. Cumanya, aku rasa tak sedap hatilah, rasa macam sesuatu yang pelik bakal berlaku." olesan gincu terlorot keluar dari alur bibir setelah mendengarkan bicara dari firasatnya.

"Apa yang pelik? Takut kau jadi orang ke?" soalku bernada seloroh.

"Ish, ke situ pulak dia fikirkan."

"Apa-apa sajalah Tae oi, kau cakaplah sampai suara besar kau hilang pun, aku tetap nak pergi." tekadku berkata-kata.

Setelah bersiap, aku pun mula pergi ke sekolah.


....


Perkara yang berlaku seminggu lalu masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiran, namun cepat-cepat lupakan, lagipun aku tahulah siapa Jeman dimataku.

Dia hanyalah pelajar lelaki yang selalu kenakan orang, lagi-lagi aku.

Pin! Pin!

Lamunanku mengenainya terhapus begitu saja sebaik sahaja hon yang ditekan Cikgu Hang Meon mula kedengaran lantang.

Dengan terujanya, aku melangkah memasuki trek larian seperti orang lain. Dan tak disangka-sangka, aku dapat melepasi pelajar-pelajar lain hinggakan berada kedudukan paling hadapan.

"Patutnya aku cungkilkan bakat ni dari awal-awal masuk sekolah dulu, haih." omelku sendirian, namun perbuatanku tadi terhenti setelah suara berdehem pada halwa telinga.

Aku pun mula menoleh ke kanan dimana punca suara itu didengari.

"Eh Jimin?" sapaku bersama riak wajah sedikit terkejut. Dia hanya membalas senyuman manis hinggakan anak matanya tidak kelihatan.

"Erm jom lari sama-sama nak tak?"

Aku pun membalas anggukan, tanda ingin sertai larian bersamanya.

Jadi, kami pun memulakan larian hingga tiba di sekolah.


....

Berombak-ombak dadaku, cuba melepaskan kepenatan setelah berlari sampai ke sini.

Setelah 10 minit terduduk atas rumput bersama penat lelah, akhirnya muncul dua orang sahabatku.

"Wow Samyang, daebak! Laju betul kau pecut" tolehanku terarah kepada Mamee dan Maggie yang baru tiba di padang sekolah, yang berkeadaan termengah-mengah.

Aku pun sekadar membalas sengihan, cakap lebih-lebih nanti jadi riak.

"Dah dah jumpa cikgu, pergi tulis nama korang." ujarku sambil menjuih bibir ke arah tempat Cikgu Meon berada. Mereka pun melangkah ke arah sana.

Tak lama lagi keputusan larian maraton bakal diumumkan. Harap-harap aku dapat apa yang aku inginkan.

....

Gugup. Dari tadi tiada pun namaku dipanggil oleh pengerusi majlis untuk naik ke pentas, menerima pingat. Rasanya, mungkin aku tak tersenarai.

"Pemenang utama larian maraton sekolah bagi kategori lelaki diberikan kepada PARK JIMIN! Tahniah diucapkan." tepukan gemuruh dihadiahkan kepada Jimin yang berlari anak menghampiri atas pentas.

"Pemenang utama larian maraton sekolah bagi kategori perempuan jatuh kepada CHOI SAMYANG dari rumah indigo!" masing-masing melemparkan pandangan tidak disangka-sangka, tepat padaku.

Dengan gementar, aku tetap melangkah ke sana. Akibat itu, ramai pelajar berganjak ke tepi dewan, seperti memberi ruang buatku bagi mudah melewati laluan sempit.

Tetapi, tidak sebenarnya. Mereka cuba mengelak daripada aku yang sudahpun berbau seperti pekasam. Ini pasti berpunca tangisan Keu Tae Hyiak.

"Tae, berhenti menangis. Habis basah ketiak aku." bisikku sewaktu menghampiri pentas.

"Ini tangisan kegembiraan, kau apa tau? Hiks!" terus aku mengguling anak mata, naik menyampah dengan ketiak berhati tisu ini.

Sedar tak sedar, aku sudah tiba di atas pentas. Dengan melunjur sedikit leher, pingat emas berjaya dikalungkan pengetua pada batang leher.

"Tahniah Samyang saya ucapkan." berkerut-kerut pengetua mengucapkan tahniah untukku. Pasti dia perit menahan nafas akibat bau aku.

Disebabkan tidak mahu berlama-lama di situ, aku pun cuba untuk menuruni tangga pentas, namun satu tangan perlahan-lahan menggengam erat tangan. Terkedu aku tatkala tanganku dipaut Jimin yang cuba mencapai tangan sebelahku.

Dan pastinya, kesemua yang ada di dalam dewan terpempan dengan tindak tanduk Jimin itu.

Dengan tidak segan silu, Jimin mula mengungkapkan satu ayat keramat yang menggoyahkan lututku.

"SaMyang, will you be my girlfriend?"

🌻🌻🌻🌻

Cuba teka apa reaksi Samyang? 🌚

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now