14

89 20 0
                                    

Setelah berkurun hiatus, Wauthormelon akan tamatkan fanfic ni 😸

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14

"Hei Tae." sengaja aku menegurnya setelah dibawa pulang oleh Jeman, namun dibalas sepi. Apa dia sudah bencikan aku?

"Keu Tae Hyi—" mahu saja aku memanggilnya buat kali kedua, pantas sekali dia memintas.


"Haritu aku dah cakap, jangan nak percayakan si Jimin tu. Tengok apa jadi? Kita sama-sama merana!" hambur Keu Tae Hyiak sepuasnya sebelum bergenang air mata; lain situasinya, habis kebasahan ketiak aku dibuatnya.

"Tapi aku taklah sedih dan kecewa macam yang kau sangkaka—"

"Tak sedih? Tak kecewa lagi? Kau ni cuba dustakan kenyataan ke? Hei Samyang, aku ni berkongsi sebahagian diri kau, sudah tentu kita sama-sama kongsi perasaan.

Tiada rahsia antara kita. Ingat tu, Samyang. Aku akan berada di sisi kau sampai bila-bila tapi..."

"Tapi apa, Tae?"

"Kalau kau dah rasa muak dengan kewujudan aku di sisi kau, elok saja kau buang aku jauh-jauh." sayu sekali Tae Hyiak menuturkan kata-kata.

"Mana ada, aku takkan buang kau."

"AH! Sudah-sudah nak bohong aku! Apa ingat aku ni buta tuli ke sampai tak tahu kau pergi jumpa doktor tadi?"   tengkingannya membuatkan fikiran aku mula memutarkan kembali situasi di hospital tadi.

....


"Setelah diperiksa, saya mendapati bahawa cik menghidapi hiperhidrosis, dimana cik akan sentiasa berpeluh dengan banyaknya tanpa mengira waktu.

Boleh saya tahu, keadaan ni betul-betul mengganggu rutin hari cik?"

Sebenarnya, aku memang tidak sampai hati untuk jawab, tapi apakan daya masalah ini takkan hilang begitu saja jika dibiarkan. Jadi, terpaksalah aku mengangguk.

"Kalau begitu, saya syorkan cik untuk menjalani pembedahan sebagai cara alternatif untuk hilangkan hiperhidrosis ni." sebelum melanjutkan percakapan, Doktor Choi Siwon lantas mengambil iPad lalu memaparkan proses pembedahan itu.

"Seperti cik lihat, di sini akan berlakunya pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh berlebihan yang dikenali 'sympathectomy thoracic' dan pembedahan pembuangan kelenjar peluh juga dijalankan pada bahagian-bahagian tertentu."

Tekun sekali aku memerhati lagak pegawai perubatan itu tidak henti-henti memberikan gambaran tentang pembedahan yang bakal aku jalani.

Tanpa disangka-sangka, ketiakku pun tiba-tiba berpeluh. Jangan-jangan, si Tae...

....


"Tak perlulah nak throwback. Kalau aku mengamuk pun dah tak berguna. Hm, dah itu keputusan kau, memang aku tak ada hal nak halang.

Apa-apapun terima kasihlah sebab sudi berkawan dengan aku selama ni. Mulai saat ni aku akan kekal diamkan diri, sepertimana sebelum ni. Okeylah aku pergi dulu, selamat tinggal Samyang." pamit Keu Tae Hyiak buat kali terakhir sebelum suara besarnya lesap dari pendengaranku.

"Tae, Tae? TAE! JANGAN PERGI!" raungku seoktaf, merayu agar Keu Tae Hyiak kembali bersuara. Namun hampa, tiada sahutan daripadanya, dia betul-betul tidak main dalam hal ini.

Dengan tersengguk-sengguk menahan tangis, aku pun membaluti tubuh dengan pelukan yang aku sendiri ciptakan, sekadar mahu memujuk diri.

🌻🌻🌻🌻

Hoho, nak habis dah fanfic ni 😔

[✔️] ketiak + kthМесто, где живут истории. Откройте их для себя