10

145 33 11
                                    

Terimalah drama seposen Wauthormelon muehehehe 💫

🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10

Begitu gelabah Samyang untuk menerima lamaran Jimin disaat begini. Mana tidaknya, habis semua mata di dalam dewan terpaku ke arah mereka berdua, ditambah pula dengan Keu Tae Hyiak yang sememangnya mengeruhkan keadaan.

"Haih kali ni kau nak menangis sebab apa pulak? Gembira Jimin lamar aku, macam tu?" bisik Samyang yang mengetap geram giginya, tidak mahu menengking pada ketiak sendiri di khalayak umum.

"Hotak kau gembira! Aku sedihlah. Eh tak, kecewa!" ujar Keu Tae Hyiak yang menyedut 'hingusnya' daripada meleleh jatuh.

"Yang kau nak kecewa kenapa? Kau tak ada hak nak mencampuri urusan aku." selar Samyang, yang masih teragak-agak untuk menghulurkan tangan pada Jimin yang setia duduk melutut di hadapannya.

"Masalahnya, aku ni ketiak kau. Memang akan melekat dengan kau sampai bila-bila, jadi aku pun ada hak ke atas kau."

Entahlah kenapa, sejak-sejak ketahui kewujudan Keu Tae Hyiak, Samyang merasakan dirinya dikongkong, walhal dia sendiri tahu yang ketiaknya ada hak untuk menghalang perbuatannya.

"Aku tahu apa yang terbuku dalam hati kau, aku boleh baca semuanya, Samyang. Kau mungkin anggap aku ni kuat mengongkong, tapi aku buat untuk kebaikan kau.

Aku dapat jangkakan sesuatu yang mengecewakan pada diri kau akan berlaku kalau kau terima lamaran dia."

Rasanya lebih baik dia sendiri buat keputusan tanpa mengendahkan apa yang Keu Tae Hyiak perkatakan.

"Samyang?" tersentak gadis itu tatkala suara maskulin Jimin menyinggah deria pendengarannya.

Samyang lantas terlihat jejaka idaman pelajar perempuan itu kekal memandangnya dengan lirikan mata yang redup, sabar saja dia menantikan jawapan daripada gadis bertuah itu.

"Erm, erm yes sure!"


....

Naik menyampah pelajar-pelajar perempuan yang melewati tempat makan pasangan kekasih itu berada.

"Oppa, oppa~" panggilan 'oppa' diseru si gadis secara merengek, mengundang buah hatinya menoleh tepat kepadanya.

"Apa beza aegyi dengan peminat-peminat oppa?" soalan gadis itu mengundang si jejaka menongkat dagu, cuba menghadam dulu sebelum menyatakan jawapannya.

"Erm entahlah Samyang aegyi, apa dia?" terus jejaka itu berputus asa daripada menyingkap jawapan, payah sekali soalannya.

"Hanya aegyi sorang saja yang mampu Jim(in) ke dalam hati oppa, semua peminat oppa semuanya kena Jim(out)."

Makin berdesing telinga mereka ekoran tidak sengaja terdengar gelak tawa yang melantun penuh berharmoni daripada pasangan yang hangat bercinta itu.

Tetapi tidak kepada salah seorang pelajar, dari tadi kekal berdiri dalam kerumunan manusia yang lalu lalang di situ, memerhati gelagat mereka berdua yang bermesra tanpa segan silu.

"Macam ada yang tak kena saja ni. Aku kena cari puncanya!"


....


Samyang dipagut secebis gentar oleh kerana dia terpaksa pulang seorang diri dari sekolah, tidak seperti hari-hari lain dimana Jimin akan sentiasa menemaninya pulang hingga ke pintu rumah.

Disebabkan Jimin mempunyai hal penting yang perlu segera diselesaikan dan adik-adiknya balik awal, jadi Samyang pun cekalkan diri untuk melalui lorong belakang sebagai laluan alternatif pulang ke rumah.

"Janganlah takut weyh, aku ada." hampir terperanjat Samyang mendengarkan suara ketiaknya yang berintonasi garau dan sedikit serak, seperti baru saja menangis.

"Kau pun tak berguna kalau duduk di sisi aku, bukannya boleh tolong apa! 'Aku ada, aku ada' konon." sengaja Samyang mengakhiri ayatnya dengan mengajuk kata-kata Keu Tae Hyiak.

"Aku tahu aku siapa, tapi jangan kerana kekurangan aku, kau memburuk-burukkan aku.

Aku bukannya ada rupa tampan macam Jimin, tapi sedarlah Samyang, aku yang berwajah ketiak ni pun ada perasaan kau tahu?

Sebabnya kita sama-sama berkongsi perasaan dan isi hati memandangkan aku ni akan berada di sisi kau sampai bila-bila.

Jadi, apa yang kau tujukan pada aku sebenarnya terpalit pada diri kau. Ingat tu Samyang." terkedu Samyang untuk bertikam lidah dengan Keu Tae Hyiak akan kata-katanya yang agak pedas itu.

"Yelah yelah. Maaf sebab buat kau teras- heol!" terjerit gadis itu tatkala tubuhnya ditarik, menghadap terus ke arah seseorang yang sebenarnya mengekorinya dari belakang.

"JEMAN! Apa yang kau buat dekat sini?" Samyang lantas menepis tangan daripada disentuh Jeman.

"Itu tak penting! Sekarang ni, kau perlu jauhkan diri daripada abang aku." desak sekali Jeman memberikan amaran kepada Samyang.

"Kenapa pula? Jimin tu elok saja kalau nak bandingkan dengan kau tu!" Jeman hanya mampu mengemam bibir penuh geram sesuai disindir oleh gadis itu.

"Kau tak tahu apa yang Jimin rancangkan selama ni. Sebenarnya dia..."

🌻🌻🌻🌻

Sejak-sejak jarang update, makin kuat berdrama Samyang dengan Keu Tae Hyiak ni, kalah sinetron 🤡

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now