13

115 25 1
                                    

Ninonino new chapter, sorry for sinetron update 🙂


🌻🌻🌻🌻

𝑲𝒆𝒕𝒊𝒂𝒌
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13

"Korang bertiga? Tapi kenapa! Apa yang korang dengkikan sampai bersubahat nak sabotaj awek aku, hah?" berbakul-bakul tengkingan Jimin lontarkan buat mereka bertiga.

Samyang yang berada dalam dakapan Jeman sedikit terperanjat akan lantunan suara keras milik Jimin.

"Samyang, bawak bertenang." pujuk Keu Tae Hyiak, cuba tenangkan hati Samyang yang disapa sebak yang bergelora.

Gadis itu sekadar menghiraukan kata-kata Keu Tae Hyiak, sebaliknya dia melampiaskan tangis sepuasnya pada bahu Jeman. Sungguh dirinya tidak berdaya untuk hadapi situasi ini.

"Sebenarnya, kami..."

"KAMI APA? CAKAP TERUSLAH, HAIH!" sekali lagi Jimin membentak, terdesak mahu salah seorang daripada mereka untuk berterus terang secepatnya.

"Kami... sekadar menurut perintah saja." ujar Sajat lambat-lambat sebelum menunduk pandangan, tidak mahu sesekali bertentang mata dengan Jimin.

"Siapa yang upah kau orang, hah? Jawablah!"

Lucintan Luna dan Odahthevasss mula melilau ekor mata ke merata tempat diselangi perbuatan mengemam bibir, kelihatan resah.

"Jimin, kau tak payahlah nak acah hero dekat sini. Kami sendiri ada buktinya. INI DIA!" segera Maggie dan Mamee mengeluarkan telefon dari kocek seluar masing-masing sebelum memainkan satu video berdurasi 20 saat.

Dalam paparan itu, terlihat sekumpulan gadis jadian bersama seorang lelaki, sedang berbincang untuk mengenakan Samyang sebelum mereka berjabat tangan.

Dan paling tidak disangka-sangka Jeman dan Samyang sewaktu menonton detik akhir video tersebut, dimana wajah lelaki itu jelas terpampang seraya memusing tubuh ke arah lensa kamera.

"Dah jangan nak berlakon play victim pulak ye, Jimin. Kami berdua sendiri yang curi-curi rakam pertemuan kau dengan geng pondan tu." tutur Mamee yang tak henti-henti menayangkan video buat tatapan khalayak sekeliling mereka.

Raut kebengangan jelas terlakar pada wajah Jeman selepas kebenaran sudahpun di depan mata.

"Kiranya selama ni betullah tanggapan aku pasal kau orang berempat, terutamanya kau JIMIN!

Tergamak kau buat macam ni dekat Samyang! Kau ingat dia ni apa? Patung?" Jimin cukup selamba menghadiahkan sengihan sinis pada adik kembarnya, langsung tidak serba salah akan perbuatan dia yang lain-lain kerjakan.

"Jeman oh Jeman, takkanlah kau tak kenal dengan perangai aku kot? Kita ni kan kaki prank." Jeman membalas cerlungan buat Jimin, begitu mudah abang kembarnya menzahirkan kata-kata, langsung tidak segan.

"Engkau tu dah melampau! Senakal-nakal aku pun, belum pernah lagi aku permainkan perasaan orang seteruk ni, kau tahu tu?" amuk Jeman sepuasnya, cukup membuatkan orang berdekatan terkedu. Begitu juga Jimin.

"Tapi, tapi aku kenakan dia sebab aku nak tunjukkan sayang aku pada dia." tertunduk-tunduk Jimin memberitahu, mungkin baru sekarang dia dihimpit serba salah. Mungkin.

"Kepala otak kau! Cukup-cukuplah bagi alasan semata-mata nak lari dari isu, Jimin. Cakap sajalah yang kau buat semua ni sebab nak putus dengan Samyang, kan?" tebak Jeman sebelum memandang serius ke arah Jimin dimana si abang sudahpun melarikan pandangan secepatnya.

"Yang sebenarnya, aku diupah pelajar lain untuk kenakan Samyang, si armpit crybaby. Mereka nak tengok apa reaksi dia kalau terima lamaran daripada aku. Dan aku tak sangka semudah tu saja dia terima aku tanpa rasa syak wasangka.

Memandangkan harini dorang nak aku clash dengan Samyang. Jadi, aku pun buatlah." setelah mengkhabarkan perkhabaran olok-olok, akhirnya Jimin membuat pengakuan.

Melihatkan gerak tubuh dan percakapan Jimin yang tampak selamba, Jeman dapat merumuskan bahawa abang kembarnya tidak sesekali serba salah akan perbuatannya. Dasar talam.

Samyang hanya terdiam seribu bahasa bersama linangan airmata setelah dia mendengarkan pengakuan itu. Sejujurnya, cukup perit untuk dirinya menerima kenyataan yang Jimin sampaikan.

"Aku dah agak pun! Memang ni pun tujuan kau sebenarnya kan?"

Tanpa mendengar penjelasan Jimin yang lebih lanjut, Jeman terlebih dulu menggapai perlahan tangan Samyang.

"Jom Samyang, kita blah dari sini." tubuh separuh longlai milik Samyang dipapah Jeman lalu dibawa jauh dari kerumunan orang.

🌻🌻🌻🌻

Jimin: sorry 😔

[✔️] ketiak + kthWhere stories live. Discover now