━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 03

76 67 37
                                    

Lisa dan Rose terus mengunci tangan Eunjoo dari belakang sebelum mengetawakan gadis itu "Hahahahahaha!Bodoh!"mereka saling membalas tepukkan,sementara Eunjoo masih bergelut untuk dilepaskan.

"Lepaskan akulah!"Eunjoo cuba untuk menggerakkan tangan dia tetapi malangnya,dia memang lemah dah tidak kuat untuk melawan dua gadis ini.

Jisoo dan Jennie mendekati Eunjoo dengan wajah yang sememangnya evil. Hujung bibir Jennie perlahan terjungkit sebelum mengelus perlahan wajah berbintik Eunjoo. "Kenapa kau ada dekat sini,Eunjoo? Kau curi-curi dengar ke?"

Eunjoo yang sudah dikelilingi dengan ketakutan pantas menggeleng laju sebelum hembusan nafas kembali tidak teratur. Jennie terus memberi isyarat kepala kepada Jisoo untuk menguruskan Eunjoo,sementara dia kembali duduk di penghadang pili air itu.

"Arhh!lepaskan akulah! Aku cuma nak baju aku tu balik jer! Aku tak mahu kacau korang! Serius!"jujur Eunjoo, sebelum sempadan air jernihnya itu mulai pecah.

Jisoo yang tidak memberikan pandangan kasihan itu terus merentap hujung rambut Eunjoo dengan suasana wajah yang dingin "Kau diam eh! Kitorang tak peduli pun lah. Buat pengetahuan kau,kalau kau mati lagi bagus! Aman sekolah ni. Betul tak korang?"soal Jisoo pada rakan-rakannya.

Lisa dan Rose kembali mengetatkan pegangan mereka. Eunjoo yang hampir terkulai layu itu hanya mampu menangis "A-apa salah aku! Salah a-aku apa sampai korang b-benci aku !"Eunjoo menjerit sepuas-puasnya hingga membuatkan Jennie turun dari penghadang pili air itu lalu terus menampar wajah Eunjoo.

Pang!

Kepala Eunjoo terus terteleng ketepi lalu air matanya semakin deras mengalir. Jisoo yang melihat hanya bermain dengan hujung rambutnya sebelum ikut serta mengetawakan Eunjoo yang terlihat longlai itu.

"Eh,perempuan. Kau bodoh ke? Buat-buat bodoh. Kau ni belajar pun tak pandai. Patutlah otak tu bengap. Kau dah bergedik-gedik dengan Siho lepastu kau tak mengaku kesalahan!" marah Jennie hingga wajahnya memerah.

Hentaman itu diberikan tepat pada wajah Eunjoo,gadis itu terus tertunduk dengan rambut yang masih terjuntai ke hadapan. Dagu runcingnya pantas dicengkam kuat oleh Jennie. Dagunya yang sakit membuatkan Eunjoo merengek kesakitan.

"Yah,niga mwonde? Kau ingat lelaki tu suka perempuan macam kau,hah?! Dia tengok muka kau pun,dia dah benci tahu tak! Apatah layan perangai annoying kau. For him, you are just a useless girl,"tutur Jennie dengan nada yang sengaja di tegaskan seraya merenung tajam pada wajah Eunjoo. Dengan segala kekuatan dagu runcing Eunjoo itu terus diganjal oleh sosok itu hingga membuatkan dagu Eunjoo mempunyai kesan lebam.

Eunjoo hanya mampu berdoa di dalam hati bahawa dia tidak lagi berdaya mahu melawan empat gadis ini. 'Ya Tuhanku,aku tahu ini ujian bagiku. Aku berharap aku dapat menghadapi ujianmu dengan baik.'kata hati Eunjoo walaupun sebaliknya dia sangat kasihan dengan dirinya yang sudah tidak serupa manusia itu.

Jisoo yang mempunyai idea itu terus berbisik di telinga Jennie. Gadis yang sedang mendengar itu pantas memetik jari sebelum menyuruh Lisa dan Rose melepaskan genggaman dari Eunjoo. Mereka berdua mengangguk lalu melepaskan pegangan.

Badan Eunjoo terus terjatuh ke lantai dengan sendirinya. Ya,memang fizikalnya sekarang sudah sangat lemah dan tidak berdaya lagi. Wajahnya yang pucat,rambutnya yang kusut-masai,bibir yang kering dan mulai merekah dan baju yang kotor dikernakan air sabun.

"Haih,kesian aku tengok kau ni. . . ."perli Lisa sambil menggosok rambut Eunjoo sambil tersenyum lebar. Mereka berempat pun mula menjauhi Eunjoo hingga mereka berhenti di hadapan pintu tandas sambil mengeluarkan sesuatu dari poket baju seragam.

Eunjoo yang berada di kondisi yang keletihan itu hanya mampu mengesot kearah pintu tandas yang terbuka "J-jangan kunci pintu ni. Jebal!Yah,Jebal!Mianhaeyo . . . . Jennie,Jisoo,Rose,Lisa yah! Tolonglah! Maafkan saya!" suara serak basah Eunjoo hanya kedengaran perlahan di telinga mereka.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now