━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 06

71 65 7
                                    

Namjoon melabuhkan punggung ke kerusi yang berada di belakang bilik pengawal tersebut. Dia tidak sanggup menerusi lagi,di bait bibirnya berterusan mencaci maki kucing hitam tadi. Tangannya memegang lembut mukanya yang sakit dicakar kucing itu.

"Ish,bodoh punya kucing! Habis muka ganteng aku! Dia ingat boleh beli ke muka hensem macam aku ni! Limited edition tahu tak!"marahnya sebelum dia membuka kotak plester itu lalu mengambil dan pantas mengoyak plastik plester itu lalu ditampalkan ke hidungnya.

Setelah melakukan hal itu,tiba-tiba dia mendengar seperti seorang gadis sedang menangis di arah sekolah yang tidak diterangi lampu itu.  Dia pun bingkas bangun dari posisinya lalu dia pun mengusap dada. Terdengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu seakan-akan kesakitan.

Bulu roma mula terangsang sebelum dia terkaku mendengar suara tersebut yang masih kedengaran. "Aduh,siapa pulak lah yang menangis malam-malam ni. Padahal semua pelajar dah balik,siapa pulak lah yang ada dekat sekolah tu!" Namjoon terus menyambar tombol pintu bilik pengawal itu.

Entah kenapa pula,pintu itu susah untuk dibuka "Appa! Buka pintu ni! Woii pintu apa masalah kau!"tangan Namjoon memegang tombol sementara kakinya menahan
permukaan pintu tersebut. Dahinya berkerut,peluh mula membasahi seluruh badan.

"UWAAAAA!BUKAK LAH!BUKAK LAH! AKU TAK NAK MATI!! JANGAN BUNUH AKU !!"air mata Namjoon sudah mengalir deras. Dia memang penakut orangnya,kalau ternampak lembaga hitam sanggup dia melompat dari bangunan.

Belum sempat hentaman yang keempat kalinya,pintu itu terus dibuka dari dalam. Disebabkan hal tersebut,badan Namjoon pun terpelanting jatuh ke tanah. "Aduh,perlahan-lahan lah!"badannya menggeliat sakit,mata perlahan memaparkan sosok tubuh kecil Daejung yang memegang botol soju.

"Yah! Appa!"kedua tangan Namjoon terus menyokong badannya. Matanya terbutang melihat sosok Daejung yang sedang menggaru perut buncitnya itu "Dah,masuk-masuk. Malam-malam pun memekik,kata jantan. Jantan apa macam ni,benda macam tu pun takut."perli Daejung seraya membuat isyarat tangan kepada anaknya untuk menyuruhnya masuk.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Dari memandang wajah jejaka itu sahaja,Daejung sudah tahu bahawa Namjoon sedang ketakutan "Dah kenapa kamu ni? Terencat?"Daejung menyandar diri ke dinding sambil merenung wajah berkerut Namjoon itu.

Kedua tangan Namjoon terus memegang bahu ayahnya sambil termengah-mengah "Ad-ada,Hantu ke dekat sekolah ni appa!"Daejung terus memulas telinga Namjoon kerana kerenah Namjoon tadi dianggap konyol baginya "Apa kamu merepek ni!"

"Ah,Ah. Appa! Sakitlah!"kepala Namjoon terus mengikut gerakan pulasan Daejung sebelum lelaki itu berhenti "Tapi,ada lah kes yang appa dengar tentang sekolah ni. Dengar jer,tak tahu betul ke tidak."kata Daejung sambil merampas kotak plester dari tangan si Namjoon.

Namjoon yang melihat kotak plester yang dirampas itu terus memuncungkan bibir sebelum dia mendongak memandang Daejung yang sibuk mengemas tempat kerjanya itu "Kes yang macam mana appa? Cuba cerita!"dia yang bersemangat terus duduk di kerusi bersebelahan dengan meja itu.

Tangan Daejung ligat memasukkan sisa bekas makanan dan juga botol kosong itu ke dalam plastik hitam. Badannya terbongkok-bongkok,Namjoon bukan mahu menolong ayahnya malah dia duduk bersantai sambil meminum sisa kuah ramyeon itu.

"Haihh,kalau ya pun! Tolong lah aku ni kemas. Boleh pulak,kau sedap-sedap duduk saja. Kau ingat aku ni apa? Bibik kau!"marah si ayah sambil memukul-mukul badan anaknya dengan plastik sampah itu.

Namjoon terus mengangkat kakinya keatas. Posisi badan melengkung seperti bayi di dalam perut ibu mengandung itu "APPA! JANGAN LAH PUKUL ORANG JER MEMANJANG! ORANG NI PENAT KERJA TAHU TAK!"

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjDove le storie prendono vita. Scoprilo ora