━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 15

65 60 19
                                    

" Mana,dokumen?"soal lelaki yang bermisai lebat itu seraya mengelus hujung misainya. Namjoon yang berada ditengah-tengah kerumunan calon-calon pekerja itu mula berasa gelisah "U-urm,aduh mana pulak eh?"jejaka itu terus meletakkan begnya di bucu meja.

Fikirannya semakin berserabut kerana persiapan yang langsung tidak dibuat. Arhh! Ini semua sebab semalam,Aku dahlah ada temu duga harini! Keadaan semakin sesak,nafasnya terpaksa diatur. Jarinya ligat mencari dokumen yang telah dia masukkan kelmarin.

Lelaki bermisai yang sedang duduk itu terus berdiri tatkala rasa amarahnya memuncak "Hey! Kamu ni memain dengan saya ke?! Kalau tak bawa dokumen,Kamu boleh pergi dari sini,"tangan terus membanting meja kayu tersebut dengan mata yang mencerlung tajam kearah Namjoon.

Namjoon mengeluh nafas berat,sesaat dia menduga yang dia akan kehilangan kerja terus menerus. Padahal titik kejayaan sudah berada di hadapannya hanya dia yang leka dan terlalu lemah untuk memilikinya. Badan Namjoon yang terkaku itu terus ditolak oleh beberapa orang yang berebut dengan urutan barisan tersebut. Mereka berlumba-lumba menjulurkan dokumen masing-masing dan mengabaikan seseorang yang malang seperti Namjoon.

Badan longlai Namjoon yang seakan-akan berputus asa itu terus dihimpit oleh orang ramai. Wajahnya pucat kerana kehilangan harapan dengan apa yang dia impikan selama ini dan perlahan dia mula mengingat akan kata-kata ayahnya di benak.

'Appa bukan apa Joon. Appa tak mahu Joon jadi macam appa. Dihina. Dicaci maki. Disebabkan appa tak lulus sekolah,gaji pun cukup-cukup makan jer untuk kita berdua. Kalau Joon ikut jejak langkah appa tak ke,rosak masa hadapan Joon nanti. Lagipun,eomma kamu nak sangat tengok kamu lulus sampai universiti. Nak sangat tengok kamu berjaya. Jadi tolonglah,jangan kecewakan dia. Appa pun tak rasa menyesal kalau appa mati nanti pun, anak appa ni sudah berjaya dan menjadi kebanggaan appa.'

Kepala lelaki itu terus tertunduk,tanpa dia sedar air matanya tiba-tiba mengalir di pipi. Seketika,suasana yang bingit dengan teriakkan orang ramai itu tidak memberi kesan pada Namjoon malah dia semakin pasrah dengan dugaannya "Aish,sshibal" tanpa peduli orang ramai dia terus melagakan bahu pada mereka yang langsung tidak memberi ruang kepadanya untuk pergi dari situ.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Beg pejabat milik Namjoon terus dilempar ke luar tingkap tanpa belas kasihan dua orang lelaki yang berbadan sasa terus mengheret badannya dan mencampakkan Namjoon ke tanah lembab itu "Lain kali,kalau nak minta kerja kenalah cermin diri tu sikit. Kau belajar pun tak habis,"selamba sahaja lelaki kurus yang memakai baju berbunga-bunga itu membentak Namjoon yang masih tertiarap.

Jika ikutkan hati Namjoon, mahu sahaja dia mengeluarkan jurus bela dirinya tetapi bila difikirkan balik jika dia melawan pun pasti tiada peluang baginya untuk menang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika ikutkan hati Namjoon, mahu sahaja dia mengeluarkan jurus bela dirinya tetapi bila difikirkan balik jika dia melawan pun pasti tiada peluang baginya untuk menang. Namjoon merengek kesakitan lalu lelaki yang kurus itu menghampirinya sambil dikelilingi oleh dua orang pengawal yang berbadan tegap.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now