━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 07

65 66 14
                                    

Namjoon masih mengamati kawasan sekolah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namjoon masih mengamati kawasan sekolah itu. Kelihatan lorong yang sunyi itu memberikan rasa yang tidak enak pada dirinya. Kini,dia berjalan menerusi lorong tersebut bersama lampu suluh yang masih dipegang.

"Gelapnya sekolah ni,memang sengaja je buat aku meremang."figura itu menggosok-gosok tangannya yang sudah dibasahi air keringat.

BUM!!BUM!!

Kini,disebelah kanannya terdengar seperti seseorang sedang mengetuk pintu sambil menjerit "TOLONG!TOLONG SAYA! SAYA TERKURUNG DI DALAM TANDAS! SAYA PERLUKAN PERTOLONGAN!"suara seperti seorang gadis itu membuatkan hati Namjoon bergetar. Dia terus berpaling kearah pintu itu,kerana dia takut. Lebih baik dia melihat tempat loker dari periksa tandas tersebut.

"Fuhh,jangan lah ganggu aku. Aku tak salah apa pun. Aku takkan tergoda dengan kau meski kau cantik sekalipun. Iman aku kuat tahu tak!"jujur Namjoon sambil mengatur nafasnya yang semakin berat.

Badan Namjoon seakan-akan mengeras,dahinya pun semakin berkerut. Tiba-tiba,cahaya lampu suluh terpadam sendiri. Dia terlihat gelisah "Apa lagi! Woi! Apa lagi,sudahlah tolonglah jangan main rosak sekarang. Kau ingat aku ada masa nak main-main"Namjoon terus melempar lampu suluh itu kearah loker.

Telinganya perlahan mendengar suara ketukkan itu beralih ke suara tangisan seorang gadis yang berada di dalam tandas tersebut. Disebabkan sikap penasaran,Namjoon pun memusingkan badannya kembali lalu kaki berjalan selangkah demi selangkah untuk menyapa 'makhluk' tersebut walaupun kini,tiada lampu suluh yang menerangi penglihatannya.

Sosok Namjoon berada tepat di hadapan pintu tandas tersebut. Semakin dia mendekat semakin terdengar jelas suara tangisan itu. Dalam hatinya hanya mampu berdoa semoga 'makhluk' itu tidak menyerangnya.

"Annyeonghaseyo?ada orang ke tidak? Kalau dalam ni bukan  tolong jangan menangis malam-malam. Saya takutlah kalau awak macam ni. Saya manusia,nama saya Kim Namjoon. Tolonglah ya,saya tahu awak benci lelaki tapi saya tak berniat nak ganggu awak. Maafkan saya ya,kalau awak rasa terganggu dengan kehadiran saya."ucapnya dengan suaranya yang lembutnya minta ampun.

Namjoon menutup matanya,berharap agar 'makhluk' itu berhenti menangis. Ya,makhluk itu berhenti menangis lalu Namjoon pun perlahan mencelikkan matanya. Tangan mula mencapai tombol pintu tersebut lalu memulasnya dengan jantung yang berdegup laju. Dia ingin tahu,kalau sosok tersebut manusia atau tidak.

Tiba-tiba,terpapar lah sesosok gadis berbaju putih dengan rambut yang panjang terjuntai kehadapan dengan wajah yang gelap gelita. Badan Namjoon terkaku seketika,sebelum dia berkata "Hai,awak? Dah makan ke belum?"sebelum jasadnya terus terlentang jatuh ke lantai.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now