━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 02

80 68 18
                                    

Kaki Eunjoo yang lebam itu dipaksa juga untuk berjalan kearah loker miliknya. Rasa sakitnya itu hanya dia sahaja yang memahami,wajah yang kelihatan perit itu perlahan-lahan terpapar apabila Eunjoo cuba untuk berdiri seperti biasa tetapi sayangnya dia gagal."Arhh,sakitnya. . . ."

Dia menunduk memandang kakinya yang bengkak itu lalu dia menahan rasa sedihnya sebelum dia menyeluk tangan ke dalam poket baju seragamnya. Dia mengambil kunci lalu membuka loker yang berada di hadapannya kini.

'Kalau aku tukar baju seragam harap-haraplah badan ni tak berbau sangat,'menolog Eunjoo di lubuk hati. Kemudian dia membuka pemegang loker sebelum matanya memandang sekeliling barang-barang yang ada di dalam loker itu.

Kosong,tiada apa. Baju seragam lebihannya juga tiada. Dia mengeluh berat sebelum membanting loker tersebut hingga tertutup kembali. Dia sudah tidak tahan lagi menahan semua ini. "Yah! Siapa yang curi baju saya!" dia menjerit seolah-olah mengetahui orang yang mencuri pakaian masih berada di sekolah itu.

Eunjoo yang kesal itu pun,menepis air matanya dengan hati yang sudah membara. Dia memasukkan kunci loker kembali di dalam poket baju seragamnya lalu kaki pincangnya perlahan-lahan terduduk di permukaan lantai.

"Ya Tuhan,apalah salah aku. Kenapa lah aku diuji sebegini"keluhnya,dengan tangan yang menutupi wajah yang sudah basah dek air matanya itu.

Tidak lama kemudian,telinga Eunjoo menangkap bunyi seakan-akan ada sekumpulan perempuan yang sedang ketawa di arah tandas. Dengan seluruh kudrat yang masih ada,gadis itu meluru kearah tandas. Dia ingin tahu siapa yang masih berada di tandas itu,dia ingatkan semua pelajar sudah pulang dari sekolah.

Dengan rasa penasaran Eunjoo pun melekapkan telinganya ke dinding untuk mendengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan tersebut.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Seorang gadis mengambil baju seragam yang sudah koyak rabak itu dengan sengihan yang terukir di bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang gadis mengambil baju seragam yang sudah koyak rabak itu dengan sengihan yang terukir di bibirnya. Kemudian,gunting yang berada di tangan itu diletakkan di tepi"Korang,celupkan baju dalam tandas tu. Aku tak nak perempuan tu ambik baju ni dalam keadaan bersih."arah dia sambil mencangkung lalu melempar sehelai baju itu ke lantai.

Tiga anggotanya yang lain mula berasa bersalah. "Jennie,jangan lah macam tu. Tadi aku tengok baju dia basah,mesti dia nak guna baju ni lagi. Kesian dia,Jennie. Janganlah . . . ."pujuk Rose dengan tangannya yang disatukan. Memohon agar Jennie mengasihani si Eunjoo tu.

Lisa dan Jisoo mengangguk lalu menunduk untuk mengambil baju seragam yang sudah koyak itu. Terdapat juga cebisan kain dari baju itu yang berselerak di lantai tandas.

"Peduli apa aku! Dah lah,selalu merosakkan suasana kelas. Lepastu,menggedik-gedik dengan si Siho macam lah namja tu suka dia!"bentak Jennie sebelum merampas baju itu dari tangan rakan-rakannya.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now