━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 16

52 43 26
                                    

Seorang gadis yang berseragam sekolah sambil menggalas beg itu sedang melalui sebuah jalan yang dikelilingi deretan bangunan

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Seorang gadis yang berseragam sekolah sambil menggalas beg itu sedang melalui sebuah jalan yang dikelilingi deretan bangunan. Dari sisinya terlihat anak kecil yang sedang merentap tali beg galas dari rakannya lalu dibawa lari menuju ke sekolah mereka yang berada di hujung jalan.

"Herm,budak sekarang nakal-nakal semua ya..."dia menghela nafas lalu melanjutkan perjalanan seraya memegang badannya yang sakit itu. "Aduh,kenapalah aku kena pergi sekolah walaupun keadaan aku tidak mengizinkan."

Dahinya berkerut kesakitan. Dia merengek sebelum ekor matanya melirik kearah seorang sosok lelaki yang sedang mencium kertas dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir pun melintasi diri Eunjoo begitu sahaja. Eunjoo tergamam apabila menyaksikan hal seperti itu "Gila ke apa? Cium-cium kertas macam tu?"dia memaparkan wajah jijik.

"Miang agaknya mamat tu..."Eunjoo menggelengkan kepala sebelum niatnya mahu ke sekolah itu dilaksanakan kembali. Kedua tangan mencengkam tali beg dengan kuat. Dia sebenarnya,selalu dihantar ke sekolah oleh Siho iaitu teman lelaki atas kertasnya tetapi disebabkan Siho tidak menjemput,dia pun terpaksa berjalan kaki walaupun dengan keadaan yang lemah.

Dia tidak mahu memberitahu ibunya pasal hal ini. Dia takut,jika Jiwoo akan dipukul oleh Namhyuk iaitu ayah tirinya sekali lagi. Cukuplah dia sahaja yang terseksa dan menderita sendiri dia tidak akan melibatkan Jiwoo selepas ini. "Mama,maafkan Eunjoo ya...Eunjoo salah,sebab tak melindungi mama.Eunjoo lemah ma,Eunjoo lemah."luahnya dengan penuh emosi hingga air matanya mulai deras mengalir di pipi gebunya.

Tanpa dia sedar,kaki Eunjoo berjalan secara automatik sehingga dia sudah dikepung oleh beberapa orang lelaki yang lebih tinggi darinya. Mereka memandang antara satu sama lain sambil menundukkan kepala kearah Eunjoo yang sedang menangis sambil berjalan itu.

"Urm,adik? Adik boleh ambik- ARGH!!!"baru sahaja Eunwoo mahu menghulurkan sehelai kertas untuk sosok Eunjoo yang perlahan mendongak kearahnya itu tiba-tiba terjeda kerana seseorang menyergahnya dari belakang. Eunjoo yang sedang berdiri di depan jejaka itu turut tersentak beberapa saat setelah itu dia pun menundukkan kepala 'Buat sakit jantung aku jer, perempuan ni...'

Chiyo si manis itupun terus memeluk abangnya dari belakang sambil mengulum gula-gula di dalam mulutnya "OPPA!!OPPA!!BILA OPPA NAK BALIK NI!!CHIYO RINDU OPPA!!" kata gadis yang tidak sempurna permikirannya itu. Ya,Eunwoo dah Chiyo merupakan kembar tidak seiras. Perbezaan mereka hanya Eunwoo dilahirkan dengan fizikal yang sempurna tetapi Chiyo bertingkah layaknya kanak-kanak walaupun umurnya sudah mencecah 19 tahun.

Eunwoo menoleh kearah Chiyo lalu terus mencubit pipi adiknya "Chiyo? Kenapa Chiyo cari oppa sampai sini?"tanya Eunwoo sambil menyengetkan kepala supaya Chiyo memberikan keterangan. Gadis yang sama tinggi dengan Eunwoo itupun mula bersuara dengan nada yang perlahan "Urm,oppa tak suka eh kalau Chiyo cari oppa. Chiyo cuma rindu oppa jer,"Mulut Chiyo pun menjuih ke depan menandakan dia tidak senang dengan soalan itu.

"Ya,tapi kan bahaya keluar sorang-sorang cari oppa macam ni. Kalau ada orang jahat culik kamu macam mana?"

Chiyo terus memukul dada abangnya dengan kasar "OPPA NI KENAPA?CHIYO NAK CARI OPPA JER PUN!!"secara tidak sengaja,Eunjoo sudah memancing emosi Chiyo sehingga ia tidak dapat dikendalikan lagi.Eunwoo pantas menarik tangan adiknya lalu membawa ke dalam dangkapannya. "Shh,Chiyo.Janganlah macam ni. Tenang ok? Oppa tak pergi mana-mana punlah sayang. " tangan jejaka itu mula mengelus belakang badan Chiyo dengan lembut.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now