━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 05

77 68 47
                                    

Daejung yang hampir terlena itu berkata "Kamu pergi awasi sekeliling kawasan sekolah ni. Appa dah tak larat dah ni. Kamu tolong lah sekejap,"lelaki paruh baya itu sempat memberikan anaknya itu lampu suluh dan cota untuk langkah berjaga-jaga sebelum kedua matanya tertutup rapat kerana keadaanya yang tidak mampu lagi menyedarkan diri itu.

Namjoon yang juga sedang mabuk itu pun menyepetkan matanya sebelum dia menggeserkan kedua alat tersebut,lalu kepalanya disandarkan di kerusi yang tersarung bantal. "Aish,jebal..."keluhnya sebelum dada diusap.

Daejung yang berpura-pura mabuk itu memandang sekilas Namjoon yang masih berada di dunia mimpi itu pantas membuatkan dirinya kesal. 'Tidur pulak budak ni,bertuah punya anak!' dengan senyap-senyap tangannya pantas menduku kepala Namjoon yang berada sebelahnya itu.

Pak!

Daejung pantas tertidur kembali seakan-akan tidak terjadi sesuatu. Namjoon yang masih mamai pun mengelap air liurnya yang mengalir itu lalu terus menggosok-gosok kepala "Tch! Siapa pukul aku ni! Sakitlah!"

Bibirnya dimuncungkan sebelum memandang Daejung yang masih tertidur itu. Namjoon memberikan pandangan helang lalu dia pun melihat kedua alat tadi dengan wajah yang mencuka "Haihh,nak tidur pun tak boleh lah. Penat tahu tak..."

Tangannya terus menyambar alat itu sebelum dia mengambil tali pinggang hitam milik Daejung. Alat cota itupun digantung di pinggang manakala lampu suluh dihidupkan tetapi tidak mengeluarkan cahaya pula. "Apahal pulak benda ni! Cari masalah betullah!" dia memukul-mukul lampu suluh itu hingga cahaya muncul di permukaan cermin dihadapannya.

"Bagus! Sekarang,jom balik!Hahahaha"ujar Namjoon dengan hati yang berbunga-bunga. Tiba-tiba,kakinya ditendang dengan kuat hingga membuatkan badannya terdorong ke depan. Lampu suluh yang dipegang pun terjatuh "Yah,appa!!" badan Namjoon memusing ke belakang,tetapi sosok Daejung langsung tidak bergerak malah dengkuran yang terhasil dari mulut lelaki itu membuatkan Namjoon berasa geram.

"Ish,appa ni sengaja jer!"marah Namjoon lalu mengusap lembut kakinya sebelum dia menunduk mengambil kembali lampu suluh itu.

Dia pun mula memulas tombol pintu dan pantas keluar dari bilik pengawal itu. Dengan kakinya yang sudah sakit,membuatkan kaki terlihat pincang sebelah. Dahinya yang berlapis-lapis itu hanya mengerling tajam kearah appanya yang tertidur di posisi kaki di atas meja,kepala terdongak ke belakang dengan mulut yang terbuka. Eh,seronok betul tidur orang tua ni.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Seorang sosok yang berada di ruang tandas itu masih terbaring lemah di lantai kotor. Badan Eunjoo yang banyak kesan lebam itu membuatkan dirinya kelihatan tidak seperti manusia normal lagi.

Cahaya yang menjurus masuk dibalik cermin memantulkan cahaya bulan itu membuatkan mata Eunjoo terasa perih sebelum kedua tangannya menutup wajahnya yang tidak berasa selesa dengan kehadiran satu-satunya cahaya di ruangan itu.

Eunjoo perlahan mencelikkan matanya sebelum tangan menyokong badannya untuk berada di posisi duduk. "Aduh,sakitnya badan aku. Dah berapa lama lah agaknya aku tertidur." dia mahu melihat jam,tetapi bila dia teringat bahawa jam tangannya tidak dibawa ke sekolah terus membuatkan dia menepuk dahi.

"Tiada siapa-siapa ke yang nak tolong aku... Haihh,tak sedar pula dah malam. Mesti mama risaukan,"gumamnya lalu dia pun berdiri tetapi disebabkan lututnya sakit membuatkan dia terjatuh kembali.

Pukk!

"Aduhh,sakitnya. Apa nak jadilah dengan aku. Kalau hari-hari aku begini. Boleh mati."katanya dengan nada yang menahan tangisannya. Dia sudah penat menghadapi hari-hari yang akan datang. Fizikal yang dulunya sehat semakin merosot. Air mata yang mengalir pun ditepis sebelum dia mengesot kearah satu-satunya pintu tandas itu.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now