━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 12

61 62 9
                                    

Kini,mereka bertiga berkumpul di meja makan di suatu kedai serbaneka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini,mereka bertiga berkumpul di meja makan di suatu kedai serbaneka. Masing-masing hanya mendiamkan diri sambil menghirup udara segar di malam hari. Eunjoo sedang menongkat dagu masih aja merenung tajam pasangan yang berada di hadapannya.

"Kenapa tak bagitahu dekat unnie?"soal gadis itu lalu memukul permukaan meja dengan keras. Wajahnya berubah dingin dan tidak berperasaan.

"Buat apa nak bagitahu kau? Bukan selama ni kau kesah pasal aku pun."ujar Hyun Ah,dia pula mengusap lembut tangan Jungkook itu.

Eunjoo menatap bengang lalu dia cuba untuk menenangkan diri "Haih,korang dah makan dah?"tanya Eunjoo dengan nada yang lebih lembut dari tadi.

Hyun Ah menjeling lalu berkata "Tak payah nak acah baiklah. Kitorang ni tahu lah cari makan sendiri. Lagipun,banyak lah kedai makan. Kalau kau lapar,makan lah sorang-sorang. Tak kuasa aku makan dengan kau!"mereka berdua terus berdiri dari kerusi tersebut lalu mula menuju kearah motorsikal.

Eunjoo yang terpinga-pinga dengan jawapan adiknya bingkas berdiri sebelum kakinya melangkah kecil untuk mengejar mereka "Hyun Ah! Tunggu dulu! Arghh!" tanpa sengaja,kakinya tersepak akan kaki kerusi kayu tersebut hingga kesan lebam yang sememang sudah ada lama,mulai terasa menyengat.

Hyun Ah menjengketkan kaki mahu memasangkan helmet pada kepala Jungkook begitu juga jejaka itu. Mereka langsung tidak mahu terlibat dengan Cho Eunjoo. Bagi mereka perempuan itu hanya mental dan cemburu dengan hubungan mereka. Ish,menyibuk sahaja!

Mata Eunjoo hanya melihat kepergiaan adiknya yang dibawa lelaki rawak. Siapa lelaki itu? Baik ke tidak? Apa namanya? Umurnya berapa? Arghh! Kenapa lah kamu ni selalu buat unnie risau Hyun Ah!

Eunjoo menghela nafas sebelum dia mula memfokuskan pada kakinya yang sakit "Aduh,masa nilah kaki aku buat hal..."keluhnya sebelum air matanya mula menitik-nitik jatuh ke tanah bumi. Menahan derita seksaan ini bukan mudah baginya. Kondisinya yang lemah hanya diri sahaja yang tahu,orang lain? Tidak. Mereka tidak perdulikan dirinya. Lebih baik dia cepat mati lagi bagus. Itu sahaja yang difikirkan Eunjoo yang sememangnya lemah dan tidak tahu berbuat apa.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

°

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now