━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 14

64 61 30
                                    

Suara tangisan Eunjoo itu menembusi hingga ke bilik Hyun Ah. Gadis itu pun berasa terganggu lalu dia mula menurunkan selimut yang menutupi tubuhnya. "Aish! Bising lah Eunjoo!" jerit Hyun Ah dari biliknya. Disebabkan ketidakpuasan hati,dia mula mengambil telefon di atas meja kecil yang berada di tepinya sebelum dia menyentuh skrin telefon itu.

Hyun Ah
Kau ni memang tak boleh
senyap eh? Bising tahu tak.
Aku nak tidur,aku penat!
Kau tak faham ke bodoh!

Hyun Ah
Amboi,kau palau aku pulak!
Woii! Ko buka telefon kau sekarang sebelum aku belasah kau!😠

Sial lah perempuan ni!

[ 2 minit kemudian ]

Eunjoo
Mian,tadi unnie tertidur

Oh yeke...maaf lah,unnie bising tengah-tengah malam ganggu Hyun tidur...

Hyun tidur lah,unnie pun dah penat

Selamat malam...❤

Hyun Ah
Ew,jijiknya aku!
Eh,tak payah lah nak
send emoji love bagai!
Tak payah nak acah
baik konon! Mati jelah
kau!

Eunjoo
Adik,kenapa adik cakap unnie
macam tu. Unnie sayang adik

Hyun Ah
KITA! TAK AKAN PERNAH
JADI ADIK BERADIK PUN!
KAU BUKAN UNNIE AKU! AKU
BUKAN ADIK KAU! KAU INGAT
EH KAU HIDUP SENANG SELAMA
NI UN SEBAB PAPA AKU KUTIP KAU
DARI MANA TAH!LEPASTU JUMPA
LAH MAMA KO TU!

KALAU IKUTKAN HATI AKU!NAK
JER AKU HALAU KAU DARI
RUMAH TAPI DISEBABKAN MAMA
KAU TAK GUNA TU SAYANG SANGAT
DENGAN KAU NI!AKU TERPAKSA DIAM!

Eunjoo
Hyun,unnie faham Hyun tak suka
unnie tapi janganlah buat unnie
macam ni. Apa salah unnie pada kamu?unnie ada buat salah ke?

Seketika,tiada lagi mesej yang
muncul di skrin telefon. Eunjoo mengeluh perlahan sebelum dia menyelitkan telefon itu ke bawah bantal dengan hati yang berat. Sakit hatinya,tetapi apa dia boleh buat melainkan bersabar dengan dugaan ini.

Baru sahaja dia mahu melelapkan mata. Tiba-tiba,seseorang merempuh masuk ke biliknya dengan wajah yang bengis. Kedua bahu Eunjoo terhenjut kerana kedatangan tak terduga sosok tersebut "Hyun Ah? Kenapa datang bilik unnie ni?"soalnya kebingungan melihat sosok Hyun Ah yang sedang berdiri kaku sambil memegang sesuatu itu.

"Kalau ikutkan hati aku,aku pun tak mahu lah jejak masuk dalam bilik kau. Geli tahu tak? Tapi disebabkan ada benda yang harus aku buang jadi aku bagi kau jelah kan. Kan kau punya bilik ni tempat pembuangan hahahaha. Oh ya,nah ambil benda tu. Aku dah tak nak simpan benda yang tak berguna. Buat semak mata aku jer tengok benda tu," Hyun Ah melempar satu album kearah Eunjoo lalu dia pun pergi dari situ.

Album itupun terhempap ke bahu Eunjoo "Aduh!"dahinya berkerut menahan kesakitan. Dia pun perlahan mengambil album yang berisikan gambar Hyun Ah dan dirinya semasa kecil. Hatinya kian berasa sebak "Kenapa Hyun nak buang kenangan kita..."entah mengapa,air mata mula bertakung sambil menyelak helaian album tersebut satu persatu. Dia melihat semasa kecilnya yang indah bersama Hyun Ah tetapi kini semua itu hanya menjadi sebuah kenangan yang hampir punah.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now