━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 09

58 63 3
                                    

Eunjoo terus membuka pintu kereta Lykan Hypersport-nya itu. Kakinya menjulur keluar lalu dia mula melangkah kearah gerbang besar dan mula berdiri tegak menunggu sensor milik keluaganya itu berfungsi.

Pintu pagar moden itupun mula terbuka mempersilakan tuan rumah untuk masuk ke dalam. Jiwoo yang sedang mengunci kereta itu terus terkedek-kedek menghampiri anaknya yang sudah berada di hadapan pintu mewah yang disaluti emas asli tersebut. Kaya sangat tu.

Eunjoo mengeluh berat sambil memikirkan nasib malangnya harini. Belum sempat tangannya mahu memegang tombol pintu tiba-tiba,pintu itu tertarik ke dalam lalu muncul seorang gadis remaja yang sedang mengenakan pakaian yang kurang sesuai untuk disarungkan.

 Belum sempat tangannya mahu memegang tombol pintu tiba-tiba,pintu itu tertarik ke dalam lalu muncul seorang gadis remaja yang sedang mengenakan pakaian yang kurang sesuai untuk disarungkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eunjoo dan Hyun Ah saling membalas pandang hingga akhirnya berhenti gara-gara Jiwoo mencelah "Hah! Hyun Ah kamu nak pergi mana dengan pakaian macam tu? Kan sejuk ni sayang...."Hyun Ah tersenyum kecil pada eommanya sebelum menyintingkan lengan bajunya hingga ke siku lalu dia pun menyilang tangan ke dada memandang tajam Eunjoo yang mulai lemah itu.

"Ani,mama. Hyun Ah tadi nak keluar beli makanan sikit. Perut lapar lah pulak hehehe." gadis itu terkekeh sebelum Jiwoo membalas "Ouh yeke,makanan dekat dalam rumah kan cukup. Banyak jer bahan,ada dalam peti ais tu kenapa kamu tak masak jer?"

"Aish,apa mama ni?suruh orang masak pulak. Hyun Ah ni makan makanan Ahjumma Park sahaja. Kalau nak masak sendiri,Aduhh sampai bila entah siapnya huhuhuhu."Hyun Ah menepuk kepala sambil menutup mulutnya yang sedang ketawa kecil itu.

Jiwoo menggeleng kepala seraya memandang sekilas wajah pucat Eunjoo yang dari tadi mendiamkan diri. "Eunjoo....kamu okey tak ni?"wajah Jiwoo terus berubah risau dia pantas melekapkan telapak tangannya ke dahi Eunjoo.

Hyun Ah yang melihat perbuatan eommanya pada Eunjoo itu berasa cemburu. Air mukanya yang tadi terlihat senang mula memudar. Dia berdecit jengkel melihat si kakak yang sengaja mahu mengambil perhatian Jiwoo darinya.

"Mama,tak payah lah. Eunjoo sihat,cuma panas sikit jer tak perlulah nak risau ya."kata sosok itu sebelum terus berdesup masuk melintasi Hyun Ah yang sedang bersandar di pintu tersebut.

Jiwoo mengeluh melihat anaknya yang bersikap dingin lalu dia meraup rambut panjang ke belakang. Pandangan kini beralih pada Hyun Ah yang memaparkan riak memasam itu. "Hyun,nanti tolong suruh unnie kamu tu mandi dah siapkan diri dan tidur lepastu kamu buatkan dia bubur ya. Badan dia panas tu,kalau dibiarkan boleh demam. Kamu tolonglah eomma ya."

Drrr...Drrr...Drrr

Wanita itu sibuk meramas-ramas poket kotnya hingga dia mengeluarkan telefon lalu menjawab panggilan itu "Hello?Yes, Mr.John. Oh, all right.  I will go to the office now.  Huh, what?  Is there a problem with the client?  Yes, I will take care of it, Mr. John does not have to worry about that.  I have all that information.  Yes, goodbye."

Setelah menamatkan panggilan tersebut,Jiwoo terus mengusap kepala anaknya kemudian mengaturkan paras ketinggian supaya dia dapat melihat wajah cantik Hyun Ah.

"Sayang,mama ada urusan kerja dekat pejabat. Tiba-tiba,pula ada masalah dengan maklumat yang mama dah hantar tu. Kamu tak perlu risau ya,biasalah ada masalah sikit. Mama dah biasa. Kamu tu,jaga unnie kamu. Dia tak sihat,buatkan dia bubur lepastu tengok-tengokkan dia kalau dia batuk ke apa telefon mama."

Hyun Ah berpura-pura tersenyum sambil mengangguk sebelum melihat figura mamanya semakin kabur dari penglihatan. Dia melambaikan tangan kearah Jiwoo yang sudah berada di kereta itu,dengan beberapa saat kereta mewah itu mula menghilang dari pengkarangan rumah.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Yen yang kesejukkan itu mula menggosok-gosok tubuhnya yang kecil. Hoodie ditarik sehingga menutupi rambutnya yang kerinting halus itu. Matanya sejenak melihat sosok Hyun Ah yang mahu masuk ke dalam rumah.

"WOII! HYUN AH! KAU AJAK AKU TADI,LEPASTU SEKARANG KAU NAK SURUH AKU BALIK! KAU GILA KE APA!!" Yen menghentak-hentak kakinya ke tanah dengan wajah yang dibiarkan cemberut.

"Ish,dahlah rumah kau ni jauh. Harap jer orang kaya,bukan nak jemput aku dekat depan rumah. Ni aku pulak jemput dia jalan kaki. Dah tahu aku tak reti bawak kenderaan tolonglah sikit kawan kau ni!"bebel Yen sebelum dia mengambil telefon lalu mula mendail nombor Hyun Ah dengan hati yang membara.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Eunjoo yang masih melabuhkan punggung itu didekati Hyun Ah yang berwajah dingin "Eh,kau ni dahlah busuk lepastu duduk dekat sofa ni dah kenapa? Kau bangun sekarang,kalau sofa ni busuk siapa nak basuh? Kau? Memang takkan lah kau nak basuh,sebab kau tu pura-pura sakit depan mama kan! Bukan aku tak kenal kau ni! Nanti mama suruh aku basuh pulak! Senang betul jadi anak pemalas macam kau ni!! " jari runcing gadis itu menunding kearah Eunjoo dengan muka yang memerah.

Eunjoo terkial-kial untuk berdiri tetapi entah kenapa kakinya begitu lemah sehingga beberapa kali punggungnya terhempas ke sofa itu kembali. "Mianhae,unnie tak bermaksud untuk menyusahkan adik..."

Hyun Ah hanya memberi pandangan tajam. Dia menyampah betul dengan perangai Eunjoo ni ! Bila lah perempuan ni nak mampus senang sikit hidupnya. "Ish,kau ni! itupun susah sangat! Cepatlah!"tangan dia terus menarik tangan Eunjoo hingga membuatkan sosok itu berdiri semula seperti biasa.

Eunjoo tersenyum manis,melihat Hyun Ah yang sedang meniup tangannya itu. "Gomawo,Hyun-Ah! Kalau tiada Hyun,mesti unnie tak boleh berdiri. Maaflah,kaki unnie ni lemah sikit. Nanti cepatlah pulih,Hyun tak payah risau." Eunjoo ingin memeluk Hyun Ah.

Dengan pantas telapak tangan memenuhi muka kakaknya lalu mendorong sehingga badan Eunjoo turut kebelakang. "Ish,tepilah! Aku ni lagi bersyukur lah kalau kau sakit ! Tapi kalau kau sakit pun nanti aku pulak yang kena jaga kau! Kalau aku tak jaga kau,mulalah mama tu bising macam aku ni bukan anak dia! Kau tu cepatlah mati! Aku pun tak kesahlah!"

Kedua bahu terhenjut mendengar ayat yang keluar dari mulut sosok itu. Eunjoo memegang dadanya, tidak percaya apa yang dikatakan adiknya kini. Dia pun perlahan menundukkan kepala seraya menahan sakitnya hati. Dia juga turut menahan rasa sedihnya.

Hyun Ah hanya melihat Eunjoo dari ekor mata sahaja. Entah kenapa,perempuan itu tiba-tiba menangis di sisinya. Bising lah! "Eh,kau tu menangis pulak dekat sini! Pergi lah mandi,kalau dah siap nanti turun dapur! Itupun aku nak suruh kau ke! Dasar otak lembab! Aku nak buatkan bubur untuk kau tapi satu syarat! Kau jangan lagi nak sakit macam ni! Menyampah aku!"

Eunjoo menepis air matanya lalu dia memanggung melihat wajah dingin Hyun Ah. Dengan sekelip mata,badan Hyun Ah terus ditarik ke dalam pelukkan Eunjoo. Dia meletakkan dagunya ke bahu Hyun Ah. "EH,LEPASKAN AKULAH! KAU TU DAHLAH BUSUK LEPASTU PELUK AKU MACAM NI! EW! LEPASKAN LAH!"

"Hyun Ah,gomawo....unnie sayang dengan Hyun. Hyun jangan lah marah unnie macam ni ya,unnie tahu unnie salah. Unnie bukan kakak yang baik tapi unnie cuba,Hyun. Hyun lepasni kalau ada yang mahu diluahkan,cerita lah pada unnie. Unnie akan sedia mendengar dan membantu. Jangan pendam,adikku."

Eunjoo mengusap badan adiknya dengan senyuman yang perlahan terukir. Hyun Ah terkesima mendengar kata-kata Eunjoo itu,dirinya yang dari tadi meronta pun mula terkaku sendiri. Mata kosongnya hanya menjurus pada dinding bersalut emas asli itu. Semua emas dalam rumah dia ni,boleh kalau nak curi. Satu dinding harganya seposen HAHAHAHA.k

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now