━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 08

61 63 44
                                    

Hyun Ah menghempas pintu biliknya lalu dia melabuhkan punggung di penjuru katil sambil mendail nombor telefon rakannya. Dengan wajah yang mendatar ,dia melekapkan skrin telefon pada telinganya.

"Hyun Ah,kenapa call aku malam-malam ni. Kau gila ke apa?"ujar suara gadis itu yang kedengaran lemah.

"Aku tak gila lah. Cepatlah,aku bosan dekat rumah ni. Jomlah,keluar lagipun eomma aku tiada dekat rumah ni."Hyun Ah menggigit ibu jarinya dengan jantung yang berdegup kencang. Minta-mintalah kawannya itu percayakan dia.

"Ish,kau nak buat apa? Kau nak lepak? Lepak lah...aku nak tidur ni!"gadis yang bernama Yen itu pun mahu menutup panggilan tersebut tetapi malangnya suara bentakkan dari Hyun Ah kedengaran nyaring di telinga.

"KAU NI!! BODOH BETULLAH!"

Muka Yen berkerut,lalu dia menjauhkan telefon dari telinganya. "Kau ni dah kenapa Hyun Ah! Kau nak bagi gegendang telinga aku ni pecah ke apa! Ish,yelah. Aku jemput kau dekat rumah !" balas Yen lalu terus melemparkan telefonnya ke kantil,dia pun berjalan kearah almari untuk bersiap.

Hyun Ah tersenyum puas sebelum dia pun menjatuhkan badan ke katil empuk itu sambil memeluk telefonnya erat "Aku sayang kau,Yen! Kau lah kawan paling baik yang aku ada!!"

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Jari runcing seorang gadis itu menempel di permukaan cermin kereta tersebut sambil melentukkan kepala. Jiwoo yang sedang mengawal stereng kereta itu memandang sekilas sosok Eunjoo yang tidak membuka mulut sama sekali.

Entah kenapa benak Eunjoo asyik memikirkan si Namjoon yang sama sekali tidak dikenalinya. Apabila dia membayangkan sentuhan hangat Namjoon,membuatkan hatinya mencair. Tanpa dia sedar,hujung bibirnya menjungkit sedikit mengingat wajah Namjoon yang tampan.

Jiwoo hanya memasang wajah hairan sebelum tangannya mencuit bahu Eunjoo. Bahu gadis itu terus terhenjut sebelum dia memandang sekeliling dengan kepala yang bingung "Eh,ada apa mama?"soalnya berulang kali.

"Sepatutnya,mama yang tanya Eunjoo. Kenapa baju kamu ni kotor sangat ni? Tu,tu kenapa ada hitam-hitam dekat muka kamu. Berbau pulak tu. Apa yang kamu buat malam-malam dekat sekolah?"mata Jiwoo hanya mencerlung pada jalan raya di hadapannya.

Eunjoo menggigit bibir sambil menundukkan kepala. Dia tidak boleh jujur dengan apa yang terjadi sebenarnya. Jika dia buat begitu,pasti pembuli itu akan membulinya lebih teruk. Dia meramas tangannya dengan perasaan yang gelisah.

"Urm,baju Eunjoo kotor sebab Eunjoo tengok Siho main basketball dekat padang. Tiba-tiba pulak,kawasan situ hujan lebat. Eunjoo tak sempat nak lari,baju dah basah lencun. Dah habis dari situ,disebabkan tanah dah licin dengan air. Eunjoo pun jatuh ke tanah yang kotor."

"Alahai,kesiannya anak mama satu ni. Habis mana pergi baju lebihan kamu sayang?"sebelah tangan mengusapkan kepala Eunjoo dengan lembut.

Gadis itu menggeling lalu dia pun melontarkan pandangan keluar tingkap dengan riak yang memucat " Baju lebihan Eunjoo tak bawak masatu,sebab dah banyak kali dah guna. Sekali-sekala kena juga basuh."

Jiwoo hanya membulatkan bentuk bibirnya sebelum dia memusing stereng kereta itu sambil melihat cermin sisi. "Kalau macam tu nantilah,mama belikan baju baru untuk Eunjoo. Mama tengok baju uniform Eunjoo cepat sangatlah kotor. Kamu lepasni kena hati-hati ya."

"Eh,mama tak perlulah nak belikan Eunjoo baju baru. Eunjoo tak mahu menyusahkan mama..."ujar Eunjoo dengan suara yang semakin perlahan.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now