━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 10

62 64 25
                                    

Sepasang tangan mengacau bubur itu menggunakan senduk kayu,wajah yang datar dikernakan perasaan bercampur dek perintah Jiwoo yang menyuruhnya membuatkan bubur untuk si kakak. Dengan perasaan geram,tangannya mula mencapai bekas garam tersebut sebelum mengambil beberapa cebisan lalu di pun meletakkan cebisan itu ke dalam bubur. Menyusahkan aja perempuan ni ! Mati kau!

Dia kembali mengacau dengan cara yang kasar. Di dalam hati tidak lekang memaki Eunjoo yang selalu sahaja membuatnya emosi. Air jernih yang mula memenuhi sekitar wajah pun ditepis. Ish,panas betullah dekat dapur ni. Eunjoo tu pun,bukan nak tolong aku. Kalau ya pun sakit,jangan lah duduk dalam bilik sahaja!

Eunjoo yang masih berada di dalam bilik itu,merenung wajahnya di pantulan cermin. Dia memegang kulitnya yang tidak rata itu. Penuh dengan jerawat,ruam dan bintik-bintik hitam. Tangan pun beralih memegang rambutnya yang tidak terlalu panjang itu.

"Erm,buruknya aku. Kalau macam ni lah. Macam mana lah orang tak benci aku,buli aku. Haih,apa patut aku buat eh?"keluhnya lalu dia terus melangkah keluar dari bilik itu setelah lelah melihat wajahnya sendiri. Dia tahu apa kekurangannya,tetapi jelas dia tidak bersalah jika wajah dia sebegini pun.

Telinga Hyun Ah menangkap suara derapan kaki yang sedang meneruni anak tangga tersebut. "Alah,dia ni. Aku suruh turun dia buat betul-betul pula..."rungutnya lalu badan pun perlahan memusing. Belum sempat mahu berbuat demikian, sepasang tangan tiba-tiba menjalar di pinggang rampingnya lalu kepala sosok itu menyandar di leher Hyun Ah.

"Dah kenapa kau keluar dari bilik. Masuk dalam bilik lah,nanti aku datang. Ke kau nak buat sendiri bubur ni,"Hyun Ah menghulurkan senduk itu dengan tangan yang terpusing ke belakang. Eunjoo hanya merenung senduk itu lalu terus melekapkan kembali hidung mancungnya di leher Hyun Ah.

"Kau tak nak tolong aku masak? Gila kau,pemalas betul kau ni! Ish,tepilah boleh tak jangan dekat dengan aku! Aku rimas lah!"Hyun Ah pantas menepis tangan Eunjoo dengan air muka yang dingin. Eunjoo terundur kebelakang sehingga pinggangnya terkena bucu meja kaca tersebut. Dia merengek kesakitan sambil meminta pertolongan adiknya itu.

"Bisinglah! Boleh tak kau ni senyap! Bising! Bising! Kau ni sehari tak menyusahkan aku memang tak boleh kan! " walaupun mulutnya memaki hamun Eunjoo yang sedang menangis tapi tetap sahaja dia melakukan pekerjaan sebagai adik dengan menyediakan semangkuk bubur dan air mineral.

Kemudian dia memaparkan wajah datar pada Eunjoo. Semangkuk bubur dan segelas mineral telah di siapkan di dalam dulang lalu di terus melintasi tubuh Eunjoo yang mempunyai banyak kesan lebam itu. Entah kenapa,harini dia melihat adiknya agak berbeza.

Selalu nya,pasti Hyun Ah akan mencederakan diri Eunjoo seperti menuangkan air panas ke tangannya dan menarik rambut hingga rambutnya gugur. Dia perlahan tersenyum melihat perubahan Hyun Ah,matanya hanya melihat sosok tersebut masuk ke dalam biliknya.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Hyun Ah melilitkan baju tebal milik dirinya pada badan Eunjoo. Wajahnya yang mulus ditenung oleh kakaknya "Baik lah,adik unnie ni ya..."puji dia sambil mengusap kepala Hyun Ah yang berada di depannya itu.

"Tak payah lah pegang-pegang,"Gadis itu menurunkan tangan Eunjoo dengan kasar lalu dia terus memegang bahu kakaknya agar posisi bersandar di palang katil itu berasa selesa.

"Kau okey tak kalau posisi macam ni,ke kau nak aku turunkan sikit badan kau?"kedua mata Hyun Ah memandang Eunjoo yang masih sahaja tidak beralih pandang pada wajahnya. "Kau ni apahal pandang aku macam tu. Aku ni bukan lah jahat sangat macam kau fikir. Yelah,sebab kau kan bodoh mana tahu apa-apa." kata dia selamba, seraya mengemaskan selimut yang menutupi kaki Eunjoo.

"Hyun,unnie lapar lah...badan unnie sejuk pula rasanya"Eunjoo ingin mengambil bubur tersebut tetapi tangan tidak dapat mencapainya. Melihat kesulitan Eunjoo itu,pantas Hyun Ah mengambil semangkuk bubur lalu melabuhkan punggung di sebelah Eunjoo.

Sudu yang dipegang,mengacau permukaan bubur yang panas itu. Matanya terlihat kosong terus menyedok bubur tersebut lalu dihulurkan di depan mulut Eunjoo "Tiup dulu,kau nak ke lidah kau tu cacat nanti."

Eunjoo tersengih manja lalu terus meniup bubur tersebut dengan hembusan yang halus. Kemudian,dia mula memakan bubur yang disajikan oleh adiknya itu. Dia mengunyah perlahan lalu matanya membulat "Kenapa tak sedap ke? Aku dah agak dah,aku mana pandai masak ni. Mama lah ni paksa aku!"Hyun Ah tiba-tiba berasa kesal terus dipeluk oleh Eunjoo.

"Sedap lah Hyun! Ish,hebat betullah lah Hyun masak! Sedap gila! Kalah Gordon Ramsay ni ! " Badan Hyun Ah terhuyung-hayang di peluk Eunjoo yang seketika kasar itu.

"Dah! Lepaskan aku! Aku letak garam pun kau suka! Pelik betullah kau ni !!Minum lah air, lepastu kau makan ubat! Tak selera dah aku nak hadap muka kau lama-lama! Buruk! Hodoh!"Hyun Ah terus menghempaskan semangkuk bubur itu kearah meja kecil,lalu dia pun melangkah keluar dari bilik Eunjoo.

Suasana yang tegang tadi membuatkan jantung Eunjoo berdegup kencang. Kenapa sikap Hyun Ah ini berubah-rubah. Adakah dia telah melakukan kesalahan dan membuatkan Hyun Ah marah? Eunjoo mengeluh perlahan,tanpa buang masa dia pun membuka laci meja lalu mengambil beberapa pil lalu menelannya bersama air mineral itu.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Disebabkan kesan dari ubat demam tersebut membuatkan Eunjoo tidak sedarkan diri ditemani dengan bantal peluk kesukaannya. Sebalik tidurnya,dahi dia kelihatan berlapis-lapis menahan sakit di kepala. Air keringat di seluruh badan membuatnya berasa tidak selesa.

Dengan pantas,tangan menarik selimut bercorak bintang itu hingga menutupi seluruh badannya. Rasanya terlalu sejuk dan kepalanya berasa pusing. Tiba-tiba,telinga menangkap suatu bunyi dari arah bawah. Mata Eunjoo terus terbuka luas sebelum dia terus mencampak selimut yang menutupi badannya tadi ke penjuru bilik.

Bum!

Suara hempasan pintu itu membuatkan Eunjoo mengejar bunyi tersebut hingga dia hampir terjatuh dari anak tangga. Dengan kaki yang masih lemah dia tetap berlari mengejar si sosok. Tetapi malangnya,dari arah tingkap dia hanya melihat sosok berbaju hitam keluar dari perkarangan rumah.

"Hyun Ah! Ohh Hyun!Mana kamu ni?!"jeritnya hingga bergema satu ruang rumah agam tersebut. Dia masih sahaja memegang kepalanya yang sakit sambil mencari-cari sosok adiknya itu.

Dia pergi ke ruang dapur,tiada. Dia pergi ke ruang pejabat,tiada. Dia pergi ke bilik Hyun Ah,tiada. Dia pergi ke tempat gim,tiada. Dia pergi ke ruang tetamu,tiada. Dia pergi ke ruang mesyuarat,tiada. Dia pergi ke bilik-bilik pembantu,tiada. Dia pergi ke tandas,tiada. Sampai satu tahap,Eunjoo terus berputus asa dengan menendang rumput yang berada di hadapannya.

"DEKAT HALAMAN PUN TAKDE! MANA PERGI ADIK AKU NI! YA TUHAN,JANGAN KATA DIA PERGI LEPAK PUKUL 12 MACAM NI. ISH,BAHAYA NYA BUDAK NI!" Eunjoo terus menuju kearah tempat penyimpanan kenderaan tanpa berfikir untuk menyiapkan diri terlebih dahulu. Peduli apa pula dia,kalau pakai baju tidur sekalipun. Janji,adiknya selamat di luar sana. Dia perlu bertindak cepat. Jika tidak, boleh sahaja orang jahat mengambil kesempatan terhadap Hyun Ah itu.

'Hyun,tunggu unnie ya sayang. Unnie akan cari Hyun Ah sampai jumpa. Sabar ya ....'menolog Eunjoo seraya mengambil kunci motor di tempat gantungan berpuluhan kunci tersebut. Matanya meneliti kunci motor lalu mendongak memandang motor yang berwarna merah jambu tersebut. Bibirnya terjungkit sedikit dengan wajah yang terpaksa dia berjalan kearah motor yang comel itu.

 Bibirnya terjungkit sedikit dengan wajah yang terpaksa dia berjalan kearah motor yang comel itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjWhere stories live. Discover now