━━━━ : 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧 13

73 62 7
                                    

Eunjoo menyumbatkan sepotong gimbap ke dalam mulut dengan lahap hingga sisa sos melekat di hujung bibirnya. Siho hanya berdiri kaku di samping Eunjoo dengan wajah yang dingin "Woii,duit..duit..kasi lah cepat,"paksanya sambil menjulurkan tangannya ke depan agar Eunjoo memberinya wang.

Gadis itu perlahan meletakkan kembali sepotong gimbap yang tinggal separuh itu ke pinggannya. Dia pun meramas seluar tidurnya yang tidak ada poket itu "A-alamak! Saya tak bawak dompetlah!" matanya bergetar memandang sosok Siho yang sememangnya dipenuhi aura kemarahan.

"K...kau nikan...BO-"belum sempat dia mahu memukul kepala Eunjoo. Tiba-tiba,suara dari arah dapur memanggilnya dengan lantang "Siho! Cepat datang sini! Ada masalah!". Dia menghela nafas kesal sebelum menatap tajam mata redup milik Eunjoo itu "Kalau kau tak bayar,mati kau aku kerjakan."pesannya sebelum dia membalikkan badan lalu beredar dari situ.

Eunjoo terus melihat seluarnya lalu suasana berubah menjadi panik. "Aku lupa lah,aku bukan bawak dompet pun tadi..habis nak bayar ni macam mana." tangan mengusutkan kepalanya sendiri dengan wajah berkerut sebelum dia mula menghentukkan dahi ke permukaan meja.

BUK!BUK!BUK!

Peduli apa pula dia kalau kepalanya sakit sekalipun! Dia harus bertanggungjawab dan menghukum dirinya yang bodoh " Yah,pabo..pabo..pabo CHO EUNJOO-AH!!"kedua tangan terus menghempap meja itu dengan kasar.

Dia menghela nafas,lalu perlahan dia mendengar suara pintu yang terkuak dari luar. Kepalanya terus diangkat kembali dengan wajah yang kepenatan. Dia melihat dua orang sosok perempuan dan juga anak lelaki yang menggalas beg kecil itu. Mereka melintasi diri tanpa menyedari akan dirinya yang sedang melabuhkan punggung di samping mereka.

Setelah,kedua sosok itu hilang dari pandangan mata. Sekilas Eunjoo merenung pintu yang tidak ditutup dengan rapat itu. Dia merenung lama dan..."Hah! Aku dapat idea!"senyuman terus terukir di bibir.

°.✩┈┈∘*┈🍋┈*∘┈┈✩.°

Siho mengikat semula apron putih itu di pinggangnya sebelum dia mula melangkah untuk membuka pintu ruang dapur tersebut. Dia pun menuju kearah tempat meja Eunjoo dengan kepala yang menunduk dek kerana kesusahan mengikat tali apron yang selalu tertanggal itu. "Apron ni..bodoh betullah!"

Dia terus menanggalkan apron itu lalu melemparkan ke bawah lantai dengan cara yang kasar. Rasa marahnya kembali membuak-buak,sudahlah dia penat menangkap tikus yang berada di dalam stor,sekarang apron pula yang cari masalah dengannya. Ish!

Di dalam emosi yang masih terkawal itu membuatku Siho teringat akan wang yang harus dibayar oleh Eunjoo. Dengan keluhan yang menerpa di bibir dia pun mengangkat wajahnya untuk bertatapan dengan gadis itu "Cho Eunjoo..cepat lah bayar ka-"

Matanya terus terbutang luas apabila melihat sosok Eunjoo yang sudah hilang dari pandangan. Dia pun mencari-cari sosok tersebut di merata-rata tempat tetapi masih sahaja tidak kelihatan sama sekali. Perasaan marah kembali bertamu "CHO EUNJOO!!!!AKU AKAN BUNUH KAU NANTI!!!!BOLEH PULAK KAU LARI DARI BAYAR ARGHH!!"

"Woi! Diamlah,hyung tengah video call dengan eomma hyung ni " ujar Seojoon sambil menyumpah Siho di dalam hatinya lalu dia terus menyapa ramah si eomma kesayangannya itu. Siho yang mendengar pantas meraup rambut hitamnya kebelakang dengan rasa kesal "Aish,michinnom."dia terus mengangkat pinggan milik Eunjoo tadi lalu terus beredar pergi dari situ.

Tanpa pengetahuannya,sekeping kertas putih yang terselit di bawah pinggan tadi mula terbang mengikuti alunan angin. Akhirnya,kertas itu perlahan jatuh ke lantai bongkah itu. Kertas itu berisikan sesuatu pesan buat Siho sebenarnya tetapi lelaki itu tidak perasan dan malah pergi.

₊˚ˑ༄ؘ just two of us ❘ knjTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang