EMPAT BELAS🌌

307 56 51
                                    

"Minho"

Minho yang baru turun sambil memakai jam itu terus memandang Puan Shin yang berada di ruang tamu.

"Kenapa eomma?" Minho menapak ke arah Puan Shin yang sedang duduk di atas sofa.

"Nak pegi kelas dah ke?" Soal Puan Shin dan Minho hanya mengangguk.

"Ohh eomma nak tanya boleh?"

"Tanya apa tu??" Minho memandang muka Puan Shin.

"Eomma bukan apa tapi, eomma kesian tengok anak eomma ni menyinggele tak bertempat jadi-" Minho terus memotong percakapan eommanya.

"Menyinggele?? Apa tu eomma?" Soal Minho sedikit blur.

"Halah ermm maksud eomma single haa single!!" Puan Shin membetulkan ayatnya. Aiyyo makcik salah sebut la!!!

Minho membuat riak muka pelik. Bukan apa, cuma dia pelik dengan eommanya kerana selama dia hidup di atas muka bumi ni, tidak pernah lagi eommanya bertanyakan tentang hal single taken ni.

Dalam kepala otaknya telah memikirkan tentang hal eommanya ingin menjodohkan dirinya dengan orang luar. Mak minho bukan boleh sangat..diam-diam ubi berisi.

"Ohhh single.....eh single? Kenapa pulak? Biar la anak eomma ni nak single..janji hensem hoho" kata Minho diselit sedikit dengan riak bercampurkan takabur sehingga sebati.

"Halah eomma tengok kamu sendu sangat..setiap kali eomma tengok kamu buat semua benda sorang-sorang tau...kamu nak tak eomma carikan yeochin untuk kamu?? Nak kenal-kenal ke? Eomma ada banyak" Minho terkejut apabila eommanya berkata begitu tetapi dalam kepala otaknya sudah diagak.

"Uishh eomma! Taknak la..biar la minho single pon..tak ada jodoh lagi nanti kalau ada jodoh Minho tunjuk la dekat eomma siapa dia..lagipon Minho taknak pon ada awek sebab semuanya tak kena taste Minho" balas Minho.

"Tapi ramai awek-"

"Eomma shhhhhhhh Minho taknak okay" bantah Minho.

"Betul Minho taknak?" Saja hendak memastikan minho nak atau taknak.

"Ye eomma"

"Tapi-"

"Eomma..bak kata lagu the tortoise and the hare...cheonnnnchonikka~cheonnnnchonikka~eomma faham kan maksud dia???" Tanya Minho.

Bukan dia ingin menderhaka kepada eommanya, tetapi memang dia tidak mahu dan tidak bersedia jadi dia harus menghalang eommanya dari mengenalkan dirinya kepada orang luar.

"Hmm yelah..dah pergi la kelas kau tu..nanti lambat pulak" kata Puan Shin kepada anaknya.

"Nae eomma..annyeong" Minho keluar dari rumah dan menuju ke keretanya.

___××___

Changbin keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur.

"Aku dah buatkan sarapan..kau makan la aku nak tukar baju jap" kata Minjung dan terus berjalan masuk ke dalam biliknya.

Changbin mengangguk dan terus makan makanan yang dimasak oleh Minjung sebentar tadi.

Minjung keluar semula dari bilik dan menuju ke dapur. Cawan diambil lalu dia menuang air susu ke dalam cawan tersebut.

Changbin yang sedang makan hanya melihat sahaja gerak-geri Minjung.

Minjung membuka telefonnya lalu menekan aplikasi kakaotalk. Ruang sembang bersama Minho ditekan lalu menghantar mesej kepada jejaka itu.

[√] Beautiful Mess || Seo Changbin Where stories live. Discover now